BAB 15: BILIK GURU TINGKAT 8

230 7 0
                                    

Pukul 3 pagi, di luar kawasan persekolahan....

"Hmmmm.... Hmmm.....🎶"

Encik Keith sedang meronda di kawasan persekolahan, tiba-tiba, dia ternampak ada bilik guru yang bernyala. Bilik guru tersebut ialah tingkat 8 dan sudah beberapa tahun tidak digunakan. 

tanpa membuang masa,Encik Keith terus memasuki ke dalam bilik guru tersebut. Encik Keith terus membuka tombol pintu itu dan ternampak seorang 'guru' sedang membaca buku. 

"Maafkan saya,cikgu. Cikgu ni cikgu baru ke? Sebab sekolah tutup dan kalau cikgu nak ke sekolah ni,cikgu perlu meminta kelulusan daripada tuan pengetua."lebar Encik Keith.

'Guru' itu menoleh dengan dingin.

"Oh,iyakah? Baiklah, saya akan pulang sekarang jugak...."balas 'guru' itu.

Dalam sekelip mata, 'guru' itupun menghilangkan diri.

"Aik,sekelip mata pulak cikgu tu hilang.... Kejap! Sekelip mata.... Tak.... Tak mungkin! Tak mungkin aku tersalah nampakkah?!! Sebab ada khabar angin mengatakan cikgu yang dulu pernah belajar kat sekolah ni dah lama mati sebab keracunan minuman.... Jadi,benda yang aku nampak tadi adalah...."desis Encik Keith.

"......HANTU!!!!!!!!"

Keesokan paginya,pukul 8:10 pagi, kelas renang....

"Kenapa kau asyik toleh ke sana sini,Cora?"tanya Lisa.

"Oh,sebab aku tak nampak pun pak cik guard yang selalu meronda kat kawasan persekolahan ngan asrama kita tu, sebab biasanya pakcik guard tu akan meronda pada pagi sampai malam."balas Coraline.

"Oh ya, pakcik guard tu kena demam sebab dia ternampak ada orang dalam bilik guru yang dah lama tak digunakan pada beberapa tahun yang lalu."balas Penny.

" Aku rasa.... Entah-entah, pak cik guard terserempak dengan 'benda tu'."Felicia menyampuk.

"Itulah,kan? Sebab ada khabar angin misteri Nombor Sepuluh semalam."Rose mula bersuara.

"Jom siasat pada pukul 12 tengah malam."balas Lisa.

"Hmmm!"semua mengangguk.

"Kalau korang terjaga, kitaorang akan ikut dan lindungi korang".

Mereka berlima sekawan perempuan menoleh suara yang mereka kenal.

"Harris! Will! Louis! Ben! Jos!"

rupanya, lima putera atau pemburu hantu mereka.

"Baiklah,pukul sebelas malam kita berkumpul kat luar."arah Lisa.

"Baik."semua setuju.

Skip habis sekolah, tandas perempuan Blok Y....

AMARAN:DILARANG MENGGUNAKAN TANDAS INI, KERJA KEBERSIHAN SEDANG DIJALANKAN.

Mereka berlima termasuk budak lelaki daripada kelas 4-B sedang mencuci tandas.

"Wah, semakin meriah nampaknya sebab korang ajak boyfriend korang tolong korang cuci tandas".

"MEL!!!!!" marah Lisa, Felicia, Rose,  Penny dan Coraline kerana Melynna berkata begitu.

"Ala.... Orang gurau pun takleh ke?"sindir Melynna.

"Bergurau tu biarlah bertempat. Lagipun kitaorang tak kisah pun kalau kitaorang menolong diorang lima sekawan ni mencuci tandas sebab kitaorang nak lindungi diorang" balas William.

"Hehehehe.... Yelah,korang lelaki dibenarkan masuk kumpulan ni tapi dengan syarat" kata Melynna.

"Syarat apa?"balas Harrison, William, Joseph, Louis dan Benjamin.

KISAH MISTERI HANTU ASRAMA Where stories live. Discover now