BAB 22: BILIK SIMPANAN BARANGAN LAMA

171 5 0
                                    

Pada pagi hari Sabtu yang indah, empat sekawan dibenarkan berjalan keluar atau outing kerana mereka mahu merasai kebebasan.

"Haih.... boringnya Penny takde ikut dengan kita sekali sebab minggu ni warden membenarkan kita keluar outing."kata Lisa sambil membaca majalah fesyen.

"Sabar ajelah, dah dia sulung dan dia kena bertanggungjawab sebab nak jaga adik-adik dia tu. Nak buat macam mana."Rose menyahut.

"Eh, jomlah kita pergi minum kat kafe sebelah sana tu. Sebab dengar cerita ada menu baru."cadang Felicia.

Mereka berempat pun memasuki kafe itu. Sebaik sahaja mereka menduduki tempat kosong, mereka mengambil menu kafe dan melihat.

"Ya,selamat datang ke David's Pastry Cafe. Boleh saya ambil pesanan?"

"Eh, macam pernah kita kenal aje suara tu...."desis Lisa, Felicia,Rose dan Coraline.

Mereka berempat pun menoleh. Mereka terkejut.

"KORANG?!!"

"PENNY?!!!"

rupanya, Penny bekerja sambilan di David's Pastry Cafe itu.

rupa Penny sangat berbeza daripada di sekolah.

(rupa Penny apabila bekerja part- time/kerja sambilan)

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

(rupa Penny apabila bekerja part- time/kerja sambilan)

"Penny, kenapa bising sangat ni? Bukankah kamu sepatutnya melayan tetamu dengan baik dan sopan?"

Mereka menoleh kearah suara memanggil nama Penny.

"Maafkan saya,tuan. Ini kawan-kawan saya daripada Sekolah Menengah Classic Academy. Saya cuma terkejut sahaja."jawab Penny.

"Baiklah, sambung kerja kamu."balas Encik David.

Encik David terus beredar.

"Okey, korang nak order apa?"tanya Penny sambil mengeluarkan sebuah buku tulis kecil dan sebatang pensel.

"Errr..... Kitaorang nak cuba menu baru kat sini. Ada tak?"tanya Lisa.

"Hmmm..... Oh, ada. Menu terbaru kami adalah iaitu air bunga sakura sejuk,sup mushroom special, air kopi aiskrim dan pencuci mulut, kek kopi krim."jawab Penny dengan sopan.

"Errr..... Kitaorang cuma nak minum aje. Bagi kami berempat air bunga sakura sejuk empat."jawab Lisa.

"Air bunga sakura sejuk empat,siap!"

Penny terus beredar.

"Tak sangka Penny bekerja kat sini..."bisik Coraline.

KISAH MISTERI HANTU ASRAMA Donde viven las historias. Descúbrelo ahora