AE. VI

287 70 7
                                    

" halmeoni! dah siap! " seorang lelaki muda mengelap keringat dingin yang menitis di dahinya, reban ayam yang dibuatnya kini telah siap sepenuhnya.

" wah, terima kasihlah. kamu mahu tolong halmeoni, " nenek tua itu hendak memberikan sejumlah wang sebagai balasan. namun, ditolak oleh lelaki itu.

" saya ikhlas tolong halmeoni.. tak perlu bayar saya." dia tersenyum manis.

" kamu ni sudahlah baik, kacak lagi itu. halmeoni harap kamu dapat perempuan yang sama macam kamu.. "

" ah halmeoni... "

kemudian, lelaki muda itu berjalan keluar dari rumah sewa nenek tua tadi, buku nota kecil dalam poket mantelnya.

kebaikan ke-999 selesai.

------

juhee pergi ke restoran seafood itu, dia ke belakang restoran dan ada kucing hitam tidur atas bangku kayu. juhee mendekati kucing itu dan berbisik perlahan.

" shh, goyangi... "

tiada sahutan.

" saya juhee, saya nak pegi Gumiholand." choker juhee keluarkan.

kucing itu bangun, namun tidur semula. juhee diabaikan.

" ohh mungkin saya salah orang一 maksud saya.. salah kucing. " juhee hendak berganjak pergi.

" mari. " kucing hitam itu bangun dan bercakap kemudian merenggangkan otot tulang sendinya. dan kucing itu berlari menyelesuri lorong gelap, juhee terkejar-kejar akan kucing itu.

------

kini, juhee di bawa oleh kucing hitam itu menelusuri lorong gelap. walaupun waktu pagi, keadaan dalam lorong itu lumayan gelap.

" hei! kucing, tunggu lah saya! " juhee berlari laju namun, kucing itu lagi lah laju.

sampailah mereka tiba di sebuah rumah, rumah warna coklat. sebaik sahaja mereka masuk, suasana dalam rumah itu berubah, sepertinya baru tiba di alam lain.

Gumiholand.

" baron! awak dah sampai rupanya. " seorang gumiho perempuan menegur mereka, jangan hairan semua makhluk dalam alam ini gumiho. yah namanya saja Gumiholand.

rupanya, kucing hitam itu namanya Baron.

" sampai di sini sahaja tuan puteri. patik minta diri dulu, " kata baron si kucing hitam. kemudian dia berlari keluar dan lenyap begitu sahaja.

gumiho itu memimpin juhee masuk ke dalam istana, " putera dah lama tunggu puteri tau! mari sini patik hias puteri."

masuk di bilik di raja, juhee dihias dengan cantik sekali. tak ubah pakaian kerabat raja negeri Barat. namun, juhee hairan kenapa semua memanggilnya puteri, bahkan dalam menuju ke istana tadi, ramai yang menunduk hormat padanya.

pasti ada yang di rancang.

------

" tuan puteri dah siap! " sentuhan terakhir adalah mahkota. dengan design yang megah. juhee sedikit terkaku, semacam upacara pertabalan sahaja ini.

" tunggu dayang, hari ini ada apa? "

" makan malam dengan raja, untuk sesi perkenalan puteri dengan ayah mertua puteri, raja shin! " kata dayang gumiho itu, juhee refleks terkejut dengarnya.

" perkenalan untuk apa? " juhee masih tak faham keadaan.

" tuan puteri akan berkahwin dengan putera Seungyoun. " jelas dayang itu, " wah tuan puteri untung tau! ramai yang idamkan putera.. "

' tidak mungkin. lelaki gumiho yang hari itu? ' batin juhee tidak karuan. mereka berbeza, manusia dan gumiho? ingat ini macam drama my girlfriend is a gumiho kah apa?

" ketibaan wangseja! "

*wangseja - tuanku raja

dari luar bilik kedengaran suara bailif, raja Shin datang melawat juhee. ingin memastikan bakal puteri mahkota itu sudah bersedia apa tidak.

*bailif - anak gundik

➳❥ tbc

Angel Eyes. ✔Where stories live. Discover now