AE. XVII

233 74 23
                                    

seminggu selepas juhee melepaskan seungwoo pergi, dalam seminggu juga juhee tercari-cari akan seungwoo. tiada yang dapat menghiburkan hatinya.

kata sahaja kaya, rumah beesar banyak harta. milik ayah angkatnya, tetapi money can't buy happiness.

malam itu, tengah malam dalam jam 12 malam. juhee mengalami insomnia. tak dapat lelapkan mata, jadi dia putuskan untuk mengambil udara di luar rumah.

appa dan omma angkatnya dah lama masuk tidur. di balkoni, juhee menenangkan fikirannya. dia rindu sangat, rindu akan seungwoo, gelak tawa lelaki itu, kelakuan bodoh, dan perlakuan manis lelaki itu terhadapnya.

tipulah, kalau juhee tak jatuh hati dengan lelaki dewa itu. tetapi juhee sedar, cintanya melawan takdir. seungwoo itu dewa, dia pula hanyalah manusia.

juhee berganjak berdiri, dengan keadaan angin malam yang sejuk menerpa kulit. dia kesejukan yang teramat sangat. baru sahaja dia nak masuk dalam semula.

satu entiti datang dari atas bumbung rumah, mendarat tepat berhadapan dengan juhee. dia pasti ini bukan manusia, lihat sahaja dari postur badan entiti ini. berbaju gelap dan muka ditutupi dengan hoodie.

sebaik sahaja hoodie dibuka, wajah lelaki dengan kulit pucat serta gigi taring yang tersembul keluar daripada mulutnya.

itu, yagkwi minhee. 

(*yagkwi - drakula.)

------

pagi itu, dewi cinta— cupid sunhwa berkeliaran di sekitar taman. mencari dua manusia yang harus disatukannya.

busur panah warna pink dengan anak panah bermuncungkan simbol hati itu digenggam erat olehnya. sasaran dah ada depan mata.

baru sahaja dia ingin menarik busur panah, dan hendak dilepaskan. niatnya dibatalkan. dia melihat hangyul berlari-lari anak bersama beg kecil disandangnya.

disebabkan hangyul pernah berkenalan dengan sunhwa, melalui seungwoo dulu. sunhwa menegur lelaki tersebut. dipegangnya bahu hangyul yang duduk dibangku kayu tercungap-cungap mengambil nafas.

"hangyul."

"kak sunhwa?"

"awak dari kemana?"

"lepas belikan ubat untuk cik juhee."

"ada apa dengan juhee?"

"cik juhee rasa lengan dia sakit, merah-merah, lebam dan ermmm— peliklah. lebam tu makin lama makin bertambah."

sunhwa dah dapat proses apa yang dikatakan hangyul, hatinya gusar. dia risau keadaan akan melarat, juhee pastunya berada dalam bahaya.

menurut cerita para malaikat maut yang mengatakan, kitab magika— buku yang memuatkan tentang rahsia alam ghaib yang hanya diketahui dewa syurga, menurut mereka juga kitab magika dapat dicuri oleh para yagkwi.

semua hantu mencari manusia istimewa-- ssamjang, manusia berdarah manis yang akan memanjangkan usia dan memberikan kuasa abadi kepada hantu yang berjaya minum darahnya. darah manusia ssamjang, sangat berkuasa dan dijadikan rebutan.

"bawa saya sekarang juga untuk jumpa juhee." pinta sunhwa, mereka berdua dengan hangyul pun mengambil teksi dan menuju ke mansion keluarga lee.

tanpa mereka sedar, ada yang memasang mata dan telinga disebalik perbualan sunhwa dan hangyul. seungwoo mendengar segalanya.

mendengar cerita hangyul, dia tahu apa yang berlaku pada juhee. langkah kaki diatur menuju ke lembah Chunwong.

tempat dikurung kepada bekas dewi keberuntungan, yoon hwayi, dewi yang disumpah dan dijatuhkan hukuman atas dosa yang telah dilakukannya.

Angel Eyes. ✔Where stories live. Discover now