AE. XII

248 65 9
                                    

SEUNGWOO POV

juhee yang baru sampai ke pejabat dia dari lepas makan tengah hari. aku dah sampai awal sikit dari kedai elektronik tadi.

beg kecil berisi pen tab dibimbit bersama memasuki pejabat juhee, pasti juhee sudah di dalam.

tombol pintu dipulas arah ikut jam, aku teringat sesuatu. ketuk dulu. maka, aku ketuk tiga kali dan buka.

juhee letak kepala atas meja kerjanya, sampaikan tak sedar akan kehadiran ku.

" juhee, " bahunya di goncang perlahan.

juhee angkat kepala, hidung dan pipinya merah. mata makin sepet. pelik. aku terhidu sesuatu, bau alkohol. tak sangka si juhee ini pandai minum minuman sebegitu jugaklah.

" awak mabuk? "

" taklah, tadi saya minum cocktail saja hahaha " apa yang dia kata jelas berbeza dengan apa yang aku fikir.

pasti, kadar toleransi perempuan ini dengan alkohol memang tak boleh di bawa bincang!

" nah, saya belikan awak pen tab. " beg kecil dibuka dan ada kotak. kotak itu pula dibuka, dalamnya ada tablet dengan pen. sesuai untuk illustrator.

" awak dah tak perlu lagi hantar manuskrip kertas, boleh hantar online kalau paka一 "

chup

" terima kasih, "

pipi kanan ku baru sahaja dihadiahkan ciuman oleh gadis ini, jadi pelik perangai dia kalau dah naik mabuk.

dia kembali ke posisi asal dan letak kepala atas meja, kemudian berdengkur一 tidur semula.

lebih baik aku hantar saja dia pulang. badannya aku gendong di belakang, beratkah ringan itu belakang kira. baru saja aku nak buka pintu, aku teringat.

aku manalah tahu arah ke rumah juhee, kan hari tu aku main ghaib saja asal ke sana.

satu tempat saja aku boleh bawa dia.

END POV


------

seungwoo bawa juhee ke mansionnya.dia tinggal bersama kakaknya, sunhwa.

" wooya! perempuan dari mana kamu bawa ni? " sunhwa, han sunhwa kakak kepada seungwoo.

si dewi cinta terkejar-kejar akan adiknya yang menggendong seorang manusia一 gadis manusia di belakangnya.

" jongkook ambilkan ubat mabuk ya, " arah seungwoo pada pembantu kim jongkook si lelaki sasa itu pun akur.

tubuh kecil gadis mabuk itu dibawa ke bilik sunhwa. sunhwa pula setia membontoti adiknya itu.

" dia siapa ni woo? " soal kakaknya itu lagi.

" manusia ke-1000 yang woo tolong. " jawab seungwoo ringkas.

kakaknya itu bingkas bangun, dan hendak keluar. patut dibiarkan berehat dulu manusia itu.

sunhwa rasa adiknya dah lain. tak pernah-pernahnya adiknya menolong manusia sampaikan ke tahap ini.

pasti ada udang disebalik mee.

------

JUHEE POV

aku tersedar, dalam bilik yang luas daripada bilik ku. pasti jelas, aku tak berada dalam bilikku. pandangan mataku jatuh pada dinding yang tergantung sebuah pusur panah dengan anak panahnya berbentuk hati.

" dah sedar? "

aku tersentak, dari tadi sibuk perhatikan keadaan sekeliling. seungwoo datang.

" ini rumah awak ? " soalan berbalas soalan.

dia hanya mengangguk, dan ambim tempat duduk di birai katil tempat aku berbaring.

" saya mabuk kan? " sekali lagi dia mengangguk. " saya mabuk teruk sangatkah ? "

soalanku refleks membuatkan dia tertawa kecil, " teruk.. teruk sangat. " sambil menggeleng kepala.

aduh, tangan diletak menepuk dahi. risau, kalau aku mabuk benda bodoh aku boleh buat.

hari tu pacik penjual soju di tepi gerai makan ramyeon sebelah rumahku pun aku tendang 'aset'nya, nasib tak mandul. satu hari lain pula, hangyul aku cekik-cekik sebab lepaskan geram.

" saya tumbuk awak kah? tendang? tempeleng? cekik? tarik rambut一 " kataku dipintas seungwoo.

" awak cium saya. "

" apa! " bingkas aku bangun, duduk bersandar atas kepala katil.

dia maju dan, bibirku ditunjuk dengan jari telunjuknya. " ini, "

kemudian, jari telunjuknya itu diletak pada pipinya. " di sini. "

sebelum muka jadi merah macam tomato, lekas aku bungkuskan diri dalam selimut yang tadinya menutupi paras pinggang. malu ini tak boleh bawa bincang!

dewa malaun!

END POV

➳❥ tbc

Angel Eyes. ✔Where stories live. Discover now