AE. XVIII

239 60 7
                                    

seungwoo memasuki lembah gelap itu, menelusuri sepanjang jalan sampailah masuk ke sebuah gua. gua dalam dan gelap.

seungwoo dah tak ada kuasa, dia dah jadi manusia biasa. sebab itulah, dia meminjam batu sakti milik ketua malaikat maut. niatnya ke sini hanya satu, iaitu menyelamatkan juhee.

setibanya di sebuah pondok kecil dalam gua itu, ada seorang gadis muda berjubah kimono tebal. pasti itu dewi hwayi yang dihukum sudah 5000 tahun dalam tempat ini.

"dewa seungwoo.. " tegurnya, dan mempersilakan seungwoo duduk.

mereka berdua pun duduk di meja kecil sambil minum, tetapi seungwoo tak minum dia sebaliknya hanya berdiam.

"dewi, saya ke sini nak ambil bimil. " kata seungwoo

dewi ini sebenarnya licik orangnya, kerana dia kesunyian dan perlukan teman. dia bersikap agresif.

"shhh.. sayang tinggal dulu disini temankan saya. " tangan dewi itu melingkari tengkuk seungwoo, dihidu setiap inci kulit lelaki itu.

miangnya dewi hwayi ini, kesian 5000 tahun hidup kesunyian dalam gua tanpa teman. malah jadinya begitu.

"tak boleh, saya kena selamatkan seseorang. saya dah kesuntukan masa." tutur seungwoo baik.

tapi dewi itu malah menggigit daun telinga seungwoo membuatkan lelaki manusia itu meringis kesakitan.

seungwoo menolak dewi hwayi dan mencapai kunci yang digantung disebalik lengan kimono dewi itu, dia hendak berganjak lari.

dia tahu di mana tumbuhan bimil itu, di gua tingkat atas.

dewi hwayi yang berang pun mengejar seungwoo, hanya menggunakan helaian rambutnya yang panjang berjuntaian. kaki lelaki itu dicapai dan ditarik. diikat oleh rambut itu.

demi juhee, seungwoo dah masuk perangkap. terpaksalah dia menjadi teman kepada dewi yang kesunyian ini.

------

- 2 days later -

sunhwa datang menemui juhee dirumahnya, keadaan gadis itu bertambah pucat dan lesu.

menurut hangyul juga, juhee dah tak selera makan. bagi hangyul, mungkin juhee rindukan seungwoo. kerana satu malam-- menurut cerita aunty jinkyung, gadis itu mengigau dan merengek sebut nama seungwoo.

sunhwa pun kembali ke rumahnya, untuk mencari adiknya. semenjak adiknya itu disumpah menjadi manusia biasa, seungwoo masih tinggal bersama kakaknya.

seungwoo memang dapat melihat entiti halus berkat kuasa ayahandanya. dia jadi sama keadaan seperti juhee.

dirumahnya, didatangi oleh dua orang malaikat maut-- dohyon dan dongpyo. mereka berdua bertanyakan soal seungwoo.

"unnie sunhwa. seungwoo hyung mana? dapat pulang tak?" tanya dohyon.

sunhwa hairan, kemana adiknya? selama dua hari ini, sunhwa sibuk menjaga juhee dirumah gadis itu. dia risau terjadi apa-apa lagi dengan juhee, siapa tahu hantu-hantu datang menyerang juhee mahukan darahnya kerana gadis itu istimewa.

"seungwoo pergi mana?" soal sunhwa.

dijawab oleh dongpyo, "lembah chunwong."

"untuk apa?"

"hyung dapat tahu yang cik juhee, kena gigit yagkwi. hyung nak ambil bimil— "

lantas sunhwa berlari keluar dari rumah, dibontoti oleh pembantunya. menuju ke coffee house rakannya. Park Sunho, si dewa alam.

hanya dengan kuasa sunho mampu membawa pulang semula seungwoo. sunhwa memang tahu apa yang akan terjadi dengan adiknya itu, dia kenal sangat dewi yoon hwayi, yang khianat dan belot pada waktu dahulu.

------

SEUNGWOO POV

"makan sayang, saya akan bahagiakan awak disini." dewi hwayi menyuapkan makanan kepadaku, berusaha aku menolaknya namun tak mampu.

makanan itu sukar untuk ditelan, sukar diterima dengan akal yang sihat.

"awak akan tambah kacak kalau makan masakan saya yang sedap ni hihihihi" seringai tawa disertakan olehnya, dewi ini betul-betullah punyai keperibadian berganda.

sekejap baik, sekejap jahat, sekejap lembut, sekejap kasar.

"buka mulut aaaa~"

muka ditelengkan ke sisi lain, makanan itu adalah ulat dan sampah-sampah, entah kenapa dewi ini nampak makanan yang dimasaknya itu menyelerakan. padahal, sebaliknya.

"tolonglah dewi, saya nak pulang. ada yang perlukan bantuan saya di bumi." rayuku, rasanya seperti 200 tahun sudah aku bersama dewi ini, divgua gelap ini.

"tak boleh sayang, awak dah masuk perangkap sa— "

aku dikejutkan dengan bunyi suara, itu suara

END POV

------

dikawasan lembah chunwong, sunhwa, pembantunya, dan dewa sunho, serta grim reaper dongpyo dan dohyon bersama juhee ada disitu kesemuanya berkumpul.

salahkan dongpyo yang pergi berjumpa juhee dirumahnya, mengatakan yang seungwoo dalam bahaya. niat awal sunhwa tak nak bagitahu juhee, dia risau keadaan juhee yang makin teruk.

tetapi, juhee dapat tahu yang seungwoo tak balik ke kayangan, lelaki itu malah mencarikan penawar untuk juhee.

gadis itu risau akan seungwoo, dia risau seungwoo tak dapat kembali semula ke bumi dan terperangkap dalam lembah bersama dewi hwayi.

"sa--saya tak dapat tahan lagi." portal yang dibuka oleh dewa sunho cuba ditahannya. namun, semakin lama semakin mengecil portal itu.

kuasa sunho dah habis digunakannya. namun, yang boleh mendengar suara-suara sahaja. suara seungwoo yang meronta minta dilepaskan.

juhee sekadar diam memerhati, dia ditahan oleh dohyon dan dongpyo. kedua lengannya dikunci, awalnya gadis itu meronta-ronta minta dilepaskan, ingin melihat keadaan seungwoo.

siapa yang tak susah hati, kalau menyebabkan seseorang terjebak dalam masalah, itulah yang dirasakan juhee sekarang. sisi dirinya yang lain juga risau akan seungwoo, kalau sahaja lelaki itu tidak kembali.

"lepaskan sayalah! saya nak lihat seungwoo."

"tak boleh, manusia tak boleh ikut campur. " tegah pembantu dewi sunhwa. dia turut membantu sunho untuk bertahan.

malangnya, portal yang mereka buka itu kini sudah tertutup sepenuhnya. mereka tak punya kuasa yang cukup melainkan batu milik ketua grim reaper-- yang sekarang berada ditangan seungwoo.

sunhwa teringat sesuatu. pesan ayahandanya,

"saya tahu jalan lain."

➳❥ tbc

Angel Eyes. ✔Where stories live. Discover now