AE. X

255 67 39
                                    

juhee pergi ke pusat gym tempat biasa dia ke sana. tidak ditemani sesiapa seperti biasa manakala, hangyul ambil kesempatan kerana juhee cuti maka, dia pergi datinglah dengan jungsoo.

tekan tubi, dan semuanyalah dia buat. sampaikan tak perasan ada beberapa mata lelaki hidung belang perhatikan dirinya.

mengena lagi dengan dia yang berpakaian cukup terbuka, t-shirt dengan belahan v-neck. dengan seluar track paras lutut.

" bakar lemak? "

juhee terkejut, di sebelah dia datang seungwoo dengan berpakaian sukan.

" apa? " soal juhee keliru. ini lelaki tiba-tiba datang tiada angin tiada ribut.

" awak ke sini nak bakar lemak? " seungwoo ambil dumbell dan mengimbanginya. nak tunjuk kuatlah tu.

" tak lah, saya bukannya gemuk. "

" jadi, untuk dipandang lelaki hidung belang kat sana tu? " seungwoo tunjuk dengan dagu dia, dua orang lelaki di sudut bilik besar itu.

" dorang pandang saya? pandang apa? "

seungwoo letak dumbell itu, dan ambil beg yang berisi pakaian juhee yang dibawa juhee tadi. " baju awak terlalu terdedah. buat dorang salah fokus."

juhee lihat bajunya, kena lagi bila dia menunduk. haih, malu dia. laju juhee ambil beg itu dan berlari dalam bilik persalinan. jangan cakap yang dewa tu juga nampakㅡ

sementara, seungwoo kembali mengimbangi dumbell yang tadi. dua lelaki hidung belang itu melepaskan keluhan berat sehingga dapat didengar oleh seungwoo.

" haish, "

" kacau lah ini lelaki. "

" woi! "

tersentak terkejut mereka berdua, " itu bukan permandangan kamulah! aku tumbuk mata kamu dua tu! " dengan nada marah seungwoo menegur mereka. saja, takutkan.

" kau siapa jugak? "

" sibuk dengan urusan kami. "

" itu isteri aku, dan kamu dua mahu apa! "

" suami dialah, ayok kita lari! "

" bye bye hyung, kami minta maaf. "

pecut mereka berdua lari lintang pukang takutkan seungwoo. muka ditekup, malu. apa yang difikiran seungwoo sehingga dia terlepas cakap macam itu.

------

malam itu. lepas dari melukis komik, juhee memasak di dapur. entah setan apa yang merasukinya sampaikan dia bersemangat nak masak. banyak pulak tu padahal di rumah hanya dia sahaja. semua lauk yang dia masak dah sedia atas meja.

" banyak sangat ni, takkan nak bagi hangyul. " gumamnya sendirian, " haish lupa lah pula hangyul pergi jenguk halmeoni dia di kampung, "

petang tadi, hangyul minta cuti tiga hari untuk ke kampung. halmeoninya sakit. maka, juhee benarkan.

satu idea bernas muncul bagaikan mentol khayalan yang tiba-tiba menyala. " seungwoo, " panggilnya dengan nada perlahan.

tiada.

" mana pula lah dewa malaun tu. " gumamnya lagi.

" apa awak panggil saya? "

" eh一 awak datang ? "

" kan awak panggil. " seungwoo duduk depan juhee. dia menyenduk lauk dalam pinggan.

" siapa suruh awak makan? "

" kan awak panggil saya nak ajak makan. "

jangan cakap yang seungwoo dewa malaun ni dapat baca minda orang, kan seram jadinya.

juhee abaikan, dan makan. seungwoo pun turut makan. entah kenapa dia rasa gembira nampak seungwoo makan masakannya.

walaupun tak lah special sangat, hanya ssambap dengan bulgogi dan sos ssamjang.

" saya hensem sangatkah, sampai awak tak henti pandang? " sedar tak sedar seungwoo dah habis makan tinggalkan juhee yang masih dengan makanan yang separuh belum habis.

" perasan. " kata juhee perlahan, malangnya seungwoo tak dapat dengar kerana dia minum air.

" saya ni full package tahu! dahlah hensem, kaya... " puji diri sendiri dia, " hm.. apa lagi ya? " dagu ditongkat pandang juhee makan di hadapannya.

" malaun. "

" malaun tu apa? "

" alien. "

" hei, saya bukan alienlah. saya dewa kekayaan. "

juhee berdiam, malas melayan.

" juhee, pandang sini "

" hm? " juhee tengok seungwoo.

jari seungwoo sapu lembut hujung bibir juhee yang ada melekat sisa nasi. " awak mahu simpan bekal untuk siapa hahaha " dia kemudian ketawakan juhee, ketawa kuat.

kerana malu, juhee tepis tangan seungwoo dari dia. " nyahlah dari sini. "

seungwoo berdiri dan hendak mengghaibkan(?) diri." okay, saya balik kayangan一 "

" jangan, " juhee tak sedar yang dia tahan hujung lengan baju seungwoo membuatkan lelaki itu menarik bibir menyimpulkan senyuman.

➳❥ tbc

Angel Eyes. ✔Where stories live. Discover now