AE. VII

288 71 11
                                    

" wah puteri juhee.. anakanda beta! dah siap? " lelaki tua dengan ekor dia warna kelabu serta mahkota yang lengkap dengan persalinan di raja. pasti ini, raja cho shin.

" maafkan patik tuanku, tapi... kenapa perlu patik kahwin dengan putera一 maksud patik.. kami dua berbeza, patik manusia. putera pula.. gumiho.. " juhee memberanikan diri bersuara.

raja cho shin dan bailif saling melontarkan senyuman, senyum dengan 1001 makna isi tersirat. " berbeza ya? hahaha " raja tertawa.

dua orang dayang yang mengurus juhee pun mengangkatkan cermin besar ke arahnya.

" cuba anakanda tengok diri anakanda sekarang! "

juhee lihat pantulan dirinya di cermin itu, terkejut dengan perubahannya, dia kini ada ekor baru tumbuh一 warna putih bersih. dia sudah jadi gumiho sekarang!

------

makan di acara itu, juhee tidak selera. apa tidaknya, dia tidak yakin dapat menelan hidangan di hadapan matanya itu.

semuanya makanan mentah. daging mentah, entahlah itu daging apa? jangan-jangan daging一

duduk di sebelah juhee adalah putera mahkota seungyoun. dia tersenyum puas. alasan kenapa dia memilih juhee kerana juhee telah menyelamatkannya.

dan raja cho shin juga setuju mengahwinkan anak nya dengan juhee, sehinggakan juhee diubah menjadi gumiho.

" maybe, gumiholand isn't bad. " kata juhee perlahan, makanan di hadapannya hanya dicucuk-cucuk dengan garpu. tak ada selera.

tiba-tiba, suasana menjadi huru-hara dalam istana itu. semua pengawal dan dayang berlarian lintang pukang. dua pengawal peribadi di raja, melindungi raja di belakang mereka.

" kang juhee, mari ikut saya balik ke bumi. " lengan juhee ditarik oleh orang itu. muka tak jelas sebab ada topeng tutupnya.

putera seungyoun ingin menghalang, namun pedang diacukan ke lehernya oleh lelaki bertopeng itu.

" kamu siapa beraninya buat beta begini? " putera seungyoun naik berang.

topeng dibuka,
" saya dewa kekayaan. "

lantas semua yang ada di situ, tunduk hormat padanya. takut, kerana tingkat dewa adalah paling tinggi daripada makhluk namanya gumiho.

------

sekelip mata sahaja, juhee sudah di apartment nya. di rooftop apartment, bersama dia lelaki tadi. yang mengaku dewa itu.

" hm.. dewa? "

lelaki itu menoleh. pandangan tajam, seram. ini dewa kekayaan atau malaikat maut?

" kenapa awak bawa saya balik? " kini mereka berdua berdiri dengan jarak jauh.

jujur juhee masih rasa takut, semenjak dua menjak ini banyak perkara pelik terjadi padanya. sejak dapat mata baru lah tu.

" dunia awak disini, bukan disana. " katanya dingin.

" terima kasih. "

" hm, " dewa itu balas dengan berdehem sahaja.

" betul ni, yang awak dewa? " soal juhee lagi

" ya, "

" bukti? " inginkan kepastian juhee bertanya lagi.

" awak mau apa sebagai buktinya? " soalan dibalas dengan soalan.

" apa sebenarnya yang jadi dekat saya. maksud saya一 sebelum ni, saya tak pernah pun nampak benda-benda macam tadi.. "

" sebab mata awak tu. "

" mata ni? kenapa? "

" pemilik mata yang dulu tu, ada deria keenam. "

" mana mungkin... " ragu hati juhee hendak percayakan nya.

" tak percaya sudah. " seungwoo berganjak hendak pergi. " untuk pengetahuan awak juga, dia bukan calang-calang orang, dia malaikat."

juhee terkejut, namun dia sembunyi reaksi kerana ingin tahu lebih lanjut. " dewa bantu saya ya? cari tahu dia siapa? "

seungwoo mengangguk, " awak manusia ke-1000 yang saya tolong, " katanya perlahan, namun dapat juhee dengarnya.

" apa maksud awak? "

" saya dewa yang dibuang dari syurga. " seungwoo terus menghilang, juhee terkejut.

memang betul-betullah lelaki itu dewa, sudah tidak diragukan lagi, sudah terang lagi bersuluh tadi dia lenyap di depan matanya sendiri.

juhee hendak turun masuk ke bilik dia, namun dia dikejutkan lagi seungwoo datang semula dan berdiri didepannya kini.

" kalau awak perlukan saya, panggil saja nama saya. "

sekali lagi seungwoo ghaib. juhee geleng kepala, macam mana nak panggil kalau dia sendiri tidak tahu nama dewa itu.

dasar, si dewa malaun.

➳❥ tbc

Angel Eyes. ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora