AE. XVI

226 63 20
                                    

juhee berjalan menapak ke pejabat yohan, niatnya hendak menghantarkan script komik yang telah siap dilukisnya. walaupun sebenarnya boleh dihantar melalui pesanan mesej, namun juhee tak buat begitu. dia hendak berjumpa yohan.

untuk tahu lebih lanjut tentang lee jihyun.

tepat masa, juhee ke sana dan jihyun juga ada di sana. makan tengah hari dengan tunangnya, yohan.

"yohan, appa tanya bila awak nak lamar— "

cleck

pintu dibuka tiba-tiba kerana tidak berkunci, juhee masuk tanpa aba-aba. juhee yang dulu bukan juhee yang sekarang, dulu dia lemah selalu pasrah dengan nasib.

seungwoo yang selalu berinya kata-kata semangat, telah membangkitkan jati dirinya. dia kini lebih percaya diri dan tak mudah mengalah dengan nasib.

"kang minseo, awak disini rupanya?"

jihyun sedikit terkejut, juhee masuk dan terus menyerangnya. yohan kebingungan. namun, tak bersuara.

"apa awak cakapkan ini? saya tak fahamlah."

"jangan buat-buat tak faham."

"saya betul-betul tak faham awak ni, yohan staff awak ni dah gila agaknya."

"kejap-kejap, juhee ada apa? kenapa? minseo? awak salah orang, dia jihyun tunang saya."

"nak bincang disini, atau di tempat lain?" kata juhee, ada nada ugutan. "kalau disini, yohan— "

"okay okay, petang ni saja. datang pejabat saya." akur jihyun dengan juhee, sejujurnya dia takut.

kang juhee yang dihadapannya kini bukanlah kang juhee yang seperti dulu. amat berbeza.

"sekarang!"

"--baiklah, sekarang tapi bukan disini."

kedua mereka meninggalkan yohan dipejabatnya. yohan tertanya-tanya, apa kedua perempuan itu bergaduhkannya.

gaduhkan yohan hehe.

------

jihyun pov

" bagitahu saya, apa yang awak nak sebenarnya?" soalku, kami berdua kini berbincang di sebuah cafe. daechae cafe berdekatan dengan pejabat.

aku takut bawanya berbincang di pejabat, mana tahu ada appa atau omma. tak, aku tak patut bawa juhee jumpa mereka. situasi bahaya bagi aku.

"saya cuma nak kan hak saya semula." juhee tersengih, "hak saya yang awak dah rampas."

"saya tak faham— "

"jangan buat-buat tak faham, kang minseo."

"apa? kang minseo? "

kami berdua dikejutkan oleh satu suara, aku kenal suara itu. suara omma. omma jinkyung.

"omma.."

"jihyun, ini sepupu kamu minseo tu kan?" omma ambil tempat duduk di sebelah aku. jelas aku lihat juhee dah sengih.

" ya— "

" —bukanlah, jihyun anak aunty ni sebenarnya kang minseo. "

"kamu siapa beraninya cakap anak saya macam tu!"

"kang juhee. anak uhm junghwa."

------

juhee menceritakan kisah sebenar, dia tahu waktu kecil dahulu. walaupun, dia baru sekolah rendah waktu itu tetapi dia dapat mendengar perbualan makcik saerom dan pakcik junghonya. patutlah, selama ini juhee lama dah tak jumpa dengan minseo.

lepas dari menceritakan kisah sebenarnya itu, aunty jinkyung dan suaminya mengambil keputusan untuk berbincang secara baik dengan keluarga kang itu. mereka minta alasan mengapa selama ini mereka ditipu hidup-hidup.

disebabkan rasa amarah, uncle jinhyuk memutuskan untuk menghalau minseo— yang pernah dianggapnya sebagai lee jihyun. juhee diminta untuk tinggal bersama mereka menggantikan tempat minseo sebelum ini.

------

juhee pov

duduk termenung di pejabat aku, berkemas. pesan appa jinhyuk, aku dah tak perlu bekerja dah. appa jinhyuk berikan kepercayaan padaku untuk menguruskan syarikatnya.

namun, rasa berat hati nak tinggal tempat ini. tempat inilah menjadi bukti usaha titik peluh aku selama ini hidup berdikari.

lagipula, kesian hangyul akan kehilangan kerjanya. hangyul tu dahlah mabuk kepayang bercinta. nanti nak kahwin, tak ada duit pulak. kesian pembantu aku yang paling tak berguna itu.

pintu diketuk, dan aku berganjak untuk membukanya. "hangyul?" panggilku

sebaik sahaja pintu dibuka, "selamat petang."

"eh, seungwoo?"

"hehe, salahkah saya datang?"

"taklah, cuma pelik. selalunya awak main terjah je masuk. tak pernah pakai pintu, yalah kan orang halimunan." perliku. dia sekadar ketawa kecil.

"buat apa awak datang sini?" aku menyusun frame gambar atas meja, isi dalam kotak.

"saja. rindukan awak." seungwoo berkata sambil duduk bersilang kaki di sofa pejabat aku.

wajah ditelengkan ke sisi lain, "daripada awak merepek tak tentu pasal, baik awak tolong saya kemaskan barang-barang semua ni."

"yalahkan, ada orang tu nak pindah kerja."

aku berganjak berhenti berkemas, "terima kasih seungwoo. awak dah bantu saya banyak. "

"hmm.. sama-sama." jawabnya acuh tak acuh.

"kan awak ada cakap dulu. yang saya ni manusia ke-1000 yang awak tolong?" soalku, minta kepastian. aku ingat semua memori dengan seungwoo.

dia dah bantu aku banyak. aku yang dulunya terlalu introvert mula tahu bersosial sedikit. dia pandai menghiburkan hati aku. diri ini senang bila bersamanya.

tipulah, perempuan mana saja yang tak jatuh hati dengan seungwoo. malangnya, dia dewa, aku pula manusia.

seungwoo sekadar mengangguk kecil. masih setia memandang aku menantikan kata putus.

"saya rasa dah cukup awak tolong saya. awak dah boleh balik kayangan, kalau macam tu."

"awak halau saya?"

"bukanlah, cuma... erm— saya taknak lagi menyusahkan awak."

"awak masih ingatkan, awak akan buat apa saja kalau saya dah tolong awak."

aku mengangguk laju.

keluhan berat dilepaskan seungwoo, "saya nak awak lupakan saya. saya akan balik ke kayangan, dan lupakan semuanya. hiduplah jadi manusia biasa. anggap sahaja sixth sense awak tu satu hadiah dari dewa syurga sebab awak terlepas dari kematian. awak, jangan pula lupa jasa wooseok pada awak dulu."

"ta--tapi— "

" —lupakan dewa kerek ni, kang juhee. itu yang saya minta sebagai balasan." seungwoo berjalan keluar dari pejabat aku. rasa hati sebak.

tolong bagitahu aku, yang aku salah baca riak wajahnya, yang tadinya seperti berasa kecewa dengan keputusanku.

end pov

➳❥ tbc

Angel Eyes. ✔Where stories live. Discover now