AE. XV

225 63 19
                                    

" seungwoo. " panggil juhee. dan dalam sekelip mata, seungwoo sudah di depannya.

duduk bersebelahan, di taman bawah pokok. perhatikan kawasan rumah kejiranan.

" kenapa awak panggil saya? "

" tolong hiburkan hati sa— " kata-kata juhee terhenti.

" YAH! JINWOO BAGI BALIK MARIMONG SAYA ! "

sebaik sahaja, melihat dua orang remaja-- dalam usia belasan tahun yang berlari berkejaran. mereka lengkap dengan pakaian sekolah, mungkin baru lepas pulang dari sesi persekolahan.

si remaja lelaki berlari dihadapan si perempuan, terkinja-kinja perempuan kecil itu ingin mengambil barangnya yang di ambil oleh jinwoo.

" hehe! buek. "

" jinwoo bagi balik ! "

" buek! jerit dulu kuat-kuat 'jinwoo paling kacak di dunia' baru saya bagi. "

" eeeee jinwoo awak ni kan. saya bagitahu papa saya ni ! "

" tak takut. buek "

maka, mulalah lagi berkejar-kejaran mereka berdua. sampaikan juhee yang perhatikan mereka-- jarak tak jauh dan tak juga dekat sangat dari mereka berdua, juhee ikut ketawa, geli hati lihat gelagat mereka berdua.

" mereka berdua ada jodoh. "

ujar seungwoo tiba-tiba, juhee menoleh ke arah seungwoo disebelahnya. dia setia memandang dua orang remaja yang berkejaran itu.

"macam mana awak tahu? "

" saya boleh nampak benang merah takdir. " kata seungwoo ringkas, tapi jelas juhee faham akan ia.

red string quest,
benang merah pengikat jodoh.

" kalau saya? awak dapat nampak tak? "

" dapat, "

" dengan siapa? "

" itu. " seungwoo menunjuk lelaki tua yang didalam kedai serbaneka. nampak melalui cermin kaca lutsinar dan berdiri di depan meja cashier.

juhee mencebik geram.

" sebenarnya, saya.... tak dapat nampak benang merah milik awak. "

" apa maksudnya? "

" jodoh awak dah mati, atau... awak bukan berjodoh dengan manu—  "

juhee terkejut, tidak mungkin seungwoo tipu. walaupun seungwoo ini hanyalah dewa kekayaan dan bukannya dewa cinta. tapi, mungkin dia dapat tahu akan hal ini melalui kakaknya, sunhwa si dewi cinta.

juhee sedih. dia berfikir mungkin jodohnya dulu adalah wooseok. tapi, wooseok sudah tiada, dia dah pergi dari dunia. single sampai tualah dia.

seungwoo yang perasan akan perubahan raut wajah juhee pun ikut sedih. bukan niat dia nak buatkan juhee sedih lagi, ditambah kesedihannya yang tak dapat ikut upacara peringatan pemergian neneknya.

seungwoo membuka skarf merah yang melilit tengkuk juhee, dan ditariknya satu urat benang yang terkeluar.

hujung benang itu diikatnya pada jari kelingking juhee, dan hujung yang satu lagi dijarinya sendiri.

" awak bukan berjodoh dengan manusia, maksudnya... awak jodoh saya. "

------

petang itu, juhee berjalan sendiri ingin ke kedai serbaneka beli makanan ringan. snack bringles favouritenya.

kebetulan, tiada hangyul di pejabat kes-kes pergi dating lah tu. maka, juhee kerahkan tenaga pergi sendiri.

tetapi, langkah kakinya menuju ke arah lain. seperti dipukau, dia seakan-akan tahu dan mahir akan jalan ini. jalan di sekitar perumahan Dongbu, perumahan orang chaebol.

setibanya di depan satu mansion mewah, sebuah pasu diangkatnya dan ambil kunci di bawah pasu itu. tanpa membuang masa, juhee pun masuk ke dalam mansion tersebut.

senyap sunyi, tiada orang di dalamnya.

semua isi rumah di telitinya, macam pernah nampak.

tapi, di mana?
getus hatinya sendirian. dia sendiri hairan dan cuba mengingati semula memori tentang mansion mewah itu.

juhee ingat sebaik sahaja melihat sebuah potret gambar lama tergantung kemas di dinding. gambar ibunya, aunty jinkyung, dan uncle jinhyuk.

potret itu berwarna hitam putih namun juhee dapat kenal pasti individu dalam gambar itu, kerana ibunya juga dulu pernah ada gambar seperti itu.

gambar itu, adalah gambar zaman sekolah mereka. puan junghwa berkawan rapat dengan jinkyung dan jinhyuk.

juhee dikejutkan oleh bunyi kereta yang masuk. kemudian pintu dibuka dan masuklah seorang wanita muda berpakaian dress floral kuning paras lutut sambil bercakap dalam telefon.

" ah appa. jihyun dah sampai rumah ni, mana fail tu? "

juhee yang sempat bersembunyi di sebalik almari dapat memerhati dan mendengar suara wanita itu. dia kenal, wanita ini pernah dia jumpa waktu di pejabat manager-nim yohan.

appa? jangan-jangan, perempuan ni...


juhee hanya mampu terdiam menangis, dia ingat akan hal sewaktu dia kecil dahulu. patutlah selama ini, dia tak pernah dah lihat pacik jungho dan macik saerom bersama minseo.

rupanya, minseo dah jadi anak angkat keluarga chaebol ini. padahal sepatutnya, juheelah yang berada di tempat minseo. juhee tak sangka, yang keluarga sendiri boleh mengkhianatinya demi kebajikan anak sendiri.

------

seungwoo pov

" ju— "

sebaik sahaja pintu pejabat ku buka, aku dikejutkan dengan suara tangisan juhee, dia menangis sambil duduk berteleku peluk lututnya.

" malang sangatkah nasib saya ni, seungwoo. "

" dari dulu lagi saya bernasib malang "

" halmeoni, appa, omma dah pergi dulu. pacik jungho, macik saerom buang saya. minseo pula— "

" —saya tahu. minseo rampas kebahagiaan awak. "

juhee bertambah nangis, " maaf. saya dah lama tahu hal itu, dan lagi satu... "

" minseo jugalah yang langgar awak haritu. waktu awak selamatkan saya. "

butiran manik putih jernih jatuh berguguran dengan deras. juhee dirundum kesedihan waktu itu, walaupun begitu, seungwoo ada bersama dia.

sebenarnya, juhee tak perasan yang disebalik nasib malangnya, ada juga nasib baik.

bukan sebarang manusia mampu didekati oleh dewa. dulu wooseok, sekarang...

seungwoo, si dewa kekayaan, anak kepada dewa syurga.

➳❥ tbc

Angel Eyes. ✔Where stories live. Discover now