AE. XI

243 68 2
                                    

lelaki separuh umur, tuan lee jinhyuk berjalan masuk ke pejabat anaknya, CEO Syarikat Donghwa. Syarikat penghasilan beg tangan. anak angkatnya yang berusia 26 tahun itu kini telah menjadi ceo syarikat tersebut.

pintu dikuak dan sang ayah masuk, kelihatan anaknya duduk bersama kertas kerja yang banyak dan lakaran beg keluaran akan datang.

" jihyun, jihyun-ah ! "

lee jihyun, sekarang kang minseo sudah menjadi lee jihyun kerana dia jadi anak angkat keluarga itu. automatik, identitinya diubah.

" ah appa. " jihyun persilakan ayahnya duduk di hadapannya.

" jihyun, boleh appa minta tolong, kamu gantikan tempat appa pergi perasmian karnival hari minggu nanti. "

" minggu ini kah appa? " soal jihyun.

ayahnya mengangguk, " kamu cuma perlu ikut dalam majlis itu. di sana, akan ada banyak designer yang datang. sekali kamu boleh tawarkan bekerja di syarikat kita. "

" baiklah appa, "

------

" seungwoo yah! "

seungwoo lari-lari anak di sekitar taman di muara seossangwok itu. juhee mengejarnya dibelakang. kerana, sketchbook juhee dirampas olehnya.

awalnya tadi, juhee bersendirian dan cari idea untuk teruskan lakaran webtoonnya. tetapi, seungwoo datang dan menganggunya.

" bagitau saya, watak lelaki yang awak lukis ni saya kan? "

" perasan! itu cuma watak khayalan sayalah! "

" apa? awak khayalkan saya? "

" dewa malaun! "

seungwoo lari laju sikit, juhee kejarnya. tanpa dia sedar, bahunya berlanggar dengan seorang lelaki yang sedang berjogging di situ.

juhee hampir jatuh. namun, lelaki itu sempat menahan lengannya. juhee lekas berdiri semula.

" maafkan saya, "

" maafkan saya. "

serentak juhee dan lelaki itu berkata. masing-masing rasa bersalah.

" terima kasih, " juhee bow.

lelaki itu balas, " sam-sam--- "

" KANG JUHEE ! " entah setan apa yang merasuki si dewa malaun itu sampaikan dia tiba-tiba menjerit panggil juhee. nama penuh lagi itu.

" saya pergi dulu. terima kasih sekali lagi, " lepas cakap itu, juhee ke arah seungwoo yang sudah berhenti duduk di bangku kayu.

lelaki itu geleng kepala, dan kemudian datang seorang kawannya dan tepuk bahu dia. " yah yohan! kau laju betul jogging ya! itu lari namanya."

" ah byungchan, kau tu yang lambat. "

" okay. mari lumba lagi sekali. "

------

petang itu, juhee bersendiri di pejabatnya. Hangyul masih cuti di kampung. sekali lagi, dia meneruskan lakaran di sketchbooknya.

grrr

perut berkeroncong lapar minta diisi. tapi, juhee malas nak turun ke bawah, jadi dia putuskan untuk tahan saja.

sekejap lagi dia akan pulang dan singgah di Myeongdong Streetfood beli makanan yang dah dimasak. dia tiada niat untuk memasak di rumah kerana kehabisan bahan mentah.

" nah. " satu beg kertas dengan bertag Iglool, di letak atas meja juhee. beg kertas kecil warna biru putih itu berisi aiskrim.

" untuk saya ? " soal juhee seakan tak percaya.

" yalah, tadinya untuk dohyon, tapi dia sakit gigi. " seungwoo berjalan ke arah tingkap. pandang suasana di luar pejabat juhee. padahal itu hanya tipu belaka.

" saya tak suka tau. masuk tak ketuk pintu dulu, "

" sorry, "

juhee buka aiskrim itu. " satu lagi, " ditutupnya kembali. " saya tak makan kacang. " cawan aiskrim itu ditolaknya menjauh dari meja kerja.

" sorry, saya manalah tahu. "

juhee hanya abaikan, seketika. suasana dalam bilik pejabat itu senyap. juhee tetap dengan lukisannya. seungwoo ambil tempat duduk di samping juhee sebab nak lihat lukisannya.

" juhee, dulu awak tinggal dengan pacik awak kan? " soal seungwoo tiba-tiba.

juhee abaikan soalan itu, namun. dia tak rela biarkan seungwoo tertanya-tanya. kan seungwoo akan membantu nya.

" ya, "

" sepupu awak一 "

" saya tak tahu dia dekat mana. dan saya tak nak ambik tahu lagi pasal mereka. mereka dah buang saya, padahal jungho samcheon itu abang kepada ibu saya sendiri. sanggup dia buat saya macam ini. "

" bila saya makin dewasa, saya faham. mereka mahukan minseo hidup macam orang kaya. sepatutnya, sayalah yang patut jadi anak angkat keluarga itu. saya masih ingat pesan omma saya untuk aunty jinkyung waktu dihospital. "

" saya dah tak kesah, biarlah itu takdir minseo一 hiks. "

seungwoo tarik bahu juhee dan sembam kepala nya didada bidang lelaki itu. " sudahlah. saya tak minta pun awak cerita, semuanya saya dah tahu. "

" jadi, awak mahu saya tolong awak ambil balik tempat awak di keluarga itu? "

" hiks, tak payah. saya dah ikhlaskannya dari dulu lagi. " sekali sekala kepala wanita itu disapu perlahan. kan salah seungwoo sendiri bangkitkan luka lama juhee, kan dah nangis.

juhee type independent girl tapi kalau dah lama pendam pasti ada satu masa akan terluah kan?

saatnya itu sekarang, dia nangis teresak-esak di dada seungwoo. selalunya dia nangis bersendirian di rumah

" saya rasa, mantel saya dah penuh dengan hingus awaklah juhee, "

kurang asam, punya dewa malaun!

➳❥ tbc

Angel Eyes. ✔Where stories live. Discover now