AE. XIII

229 62 17
                                    

jihyun baru lepas mesyuarat dengan rakan kongsi syarikat mereka dari negara barat. syarikat gergasi dan megah, dikenali satu dunia. Gucci.

kereta dipandu menuju ke Studio Manhwa, tempat kekasihnya bekerja sebagai pengasas kepada studio tersebut. Syarikat Penerbitan Webtoon dan Comicbooks.

setibanya di sana, sedang berlangsung suatu acara. paling tepatnya, temuduga untuk mencari webtoonist baharu. kerana, syarikat ini mahukan artis baru untuk melonjakkan semula namanya.

" yohan.. " pintu dikuak, jihyun ambil tempat duduk di sudut bilik pejabat kekasihnya itu. dia faham, yohan sibuk.

kelihatan yohan sedang kusut melihat resume semua artisan yang mendaftar.

kebanyakkan dari mereka hanyalah designer dan illustrator. satu fail dibuka, dan gambar orang itu diperhatinya lama.

" kang juhee... " ujarnya perlahan, namun dapat jihyun dengarnya.

jihyun turut terkejut, nama itu sudah semestinya tidak asing baginya. orang yang harus dihindarinya, kerana akan menggugat hidupnya.

" saera, panggil cik kang juhee ini masuk, " arah yohan pada personal assistantnya, heo saera.

saera pun akur. dipanggilnya juhee yang menunggu giliran di luar.

sebelum ini, juhee bekerja sebagai pelukis komik di Studio GrimB. namun, studio itu terpaksa ditutup operasinya kerana penjualan naskhah yang semakin berkurang.

juhee nekad ingin bekerja di studio Manhwa kerana ramai webtoonist terkenal lahirnya dari sana. macam pelukis komik webtoon terkenal seperti, True Beauty dan Tower of God.

juhee masuk dan duduk depan yohan.

" oh awak yang hari tu ? " soal yohan.

juhee angguk, " ah maaf, yang mana ya ? " juhee sedikit kalut.

" yang hari itu, saya terlanggar dekat taman. "

" oh yang itu.. maafkan saya , "

" tak apa. awak dah lama ya lukis komik? " profile juhee dibaca yohan pada fail tersebut.

" ya, ada lah sedikit lama. tak berpengalaman sangat. "

" apa pun, saya terima awak jadi pelukis komik di sini. " yohan beri tangan untuk bersalaman, hendak juhee sambut tetapi...

" kim yohan! " jihyun yang memerhati mereka dari tadi kini berdiri. sakit hatinya, di berjalan keluar pejabat yohan.

harapnya yohan akan mengejar dan memujuknya, tapi hampa. yohan sibuk dengan perempuan itu, jihyun marah.

satu destinasi dituju, rumah keluarga kang.

------

jihyun menuju ke rumah sewa tempat tinggal keluarga kandungnya. selama dia tinggal dengan keluarga angkatnya, dia jarang sekali menjenguk kang saerom dan kang jungho.

dia sudah sombong.

tiada lagi kang minseo yang dulu, dirinya sekarang adalah lee jihyun.

" ah minseo, anak omma dah datang, "

" mari sini masuk, appa dah lama tak jumpa minseo. "

" lee jihyun. " jawabnya dingin sambil berdehem kecil.

deg

seperti panahan petir kata-kata dilontarkan minseo. satu perasaan terbuku, di hati kedua orangtua sebenarnya itu. mereka sudah buat salah besar.

anaknya sudah bongkak, ini semua ulah mereka sendiri yang mahukan hidup minseo bahagia sehinggakan anak itu lupa daratan.

mereka berdua sudah sanggup tanggung risiko, menyisihkan juhee yang sepatutnya diambil jadi anak angkat keluarga itu. kalau sahaja mereka tahu akan jadi seperti ini tidak akan mereka menyerahkan minseo kepada keluarga kata itu.

" saya nak ingatkan kamu berdua, jangan sampai juhee tahu perkara sebenar. "

" dia tak boleh tahu yang dia sepatutnya berada di tempat saya, "

" dia tak boleh rampas apa yang saya dah miliki sekarang! "

lepas berkata sedemikian, jihyun keluar dari rumah itu. kang saerom dan kang jungho terpaku sementara. masih otak memproses apa kata-kata anak kandung mereka sebentar tadi.

satu saja mereka perlu buat demi kebaikan anak mereka, awasi juhee.

------

flashback on

hospital Saesarang, wad pesakit luar katil 23. menempatkan pesakit wanita muda dalam usia 30-an yang sedang terbaring atas katil.

Uhm Junghwa, 34. penderita sakit kanser otak tahap 4.

anak kecilnya, juhee sedang setia menunggu ibunya sedarkan diri. di luar wad, di temani dua orang pasangan, Aunty Jinkyung dan Uncle Jinhyuk.

aunty jinkyung masuk sebentar ke dalam bilik wad, dan kemudian keluar.

" juhee, mari kita balik rumah aunty. esok kita lawat omma kamu lagi ya, "

juhee menggeleng lemah, " tak mahu aunty, juhee mahu di sini temankan omma. "

" tadi omma kamu pesan suruh ikut aunty, kamu kena balik makan. mesti kamu dah lapar, kan ? ya ? "

" jangan risau, omma kamu tak apa-apa. esok, uncle hantar juhee ke sini balik jumpa omma kamu ya? "

juhee pun akur, dia mengikuti kawan ommanya itu. setibanya sudah mereka di mansion keluarga lee itu, rumah yang lumayan megah dan besar.

pintu mansion berkunci, " juhee, "

juhee yang memegang tangan uncle jinhyuk menoleh, " ya aunty? "

aunty jinkyung menunduk, samakan ketinggian dengan juhee si anak kecil 10 tahun. satu pasu bunga tanaman cactus sederhana saiznya bersebelahan pintu itu diangkat.

kemudian, satu rantai kunci diambil dari bawahnya. kunci itu ditunjuk pada juhee,

" kalau kamu nak datang rumah aunty, boleh masuk saja. ingat kuncinya ada di sini, " pesan aunty jinkyung pada juhee.

juhee mengangguk dan akur.

flashback off

➳❥ tbc

Angel Eyes. ✔Where stories live. Discover now