d u a

992 151 81
                                    

Puteri Junghee menilik setiap satu perabot di dalam bilik yang dihuninya penuh kagum.

"Wah. Beginikah istana pada tahun 2020 akan dipenuhi? Kagum betul dengan pencapaian rakyat beta." Puteri Junghee bercakap sendirian sambil khusyuk melihat setiap sudut bilik tersebut.

Tahu-tahu, sekarang dirinya sudah terlepas keluar dari biliknya. Dia berjalan penuh sopan ke arah televisyen dengan mana yang bersinar.

"Apakah ini? Begitu besar dan nipis. Wah. Adakah ini sebuah cermin? Wah." Puteri Junghee mengusap lembut permukaan televisyen itu.

"Yah. Tepilah! Aku nak tengok cerita ni!" Jungkook yang sedang duduk bersandar di atas sofa itu mula rimas dengan tindak-tanduk gadis pelik itu.

Mana taknya, hampir satu televisyen itu dilindungi oleh tubuh gadis itu yang kiri dan kenan televisyen itu seperti orang jakun.

"Ehem. Boleh beta bertanyakan sesuatu?"

"Boleh tapi sekarang ni, kau ketepi sikit. Aku nak tengok ni. Tak nampak ke?" Ujar Jungkook geram lalu Puteri Junghee patuh dan mula melangkah untuk duduk di sebelah Jungkook.

"Apakah nama benda seakan-akan cermin yang sedang kamu lihat ini? Adakah cermin ini memaparkan masa hadapan? Ouh, ouh. Ataupun cermin ini memaparkan masa silam?" Dengan terujanya, Puteri Junghee bertanya kepada Jungkook.

"Ish. Apa kau merapu ni? Ini televisyen, dear. Televisyen ni memaparkan sesuatu yang bukannya terjadi di realiti macam drama ke movie ke. Dan ada juga yang realiti macam berita terkini. What? Masa depan, masa silam? Apa kau ingat ini mesin merentas masa ke?"

Puteri Junghee hanya mengangguk faham. Jungkook pula hanya menjeling. Menyampah pula dia rasa dengan kebengapan gadis itu.

Aduh. Sampai bila dia kena stay dengan aku ni? Bengap dia memang tak boleh bawa bincang betul. Aku pun boleh gila sekali dengan dia kejap lagi kut.

"Kau tu jangan keluar rumah tau. Kau bukan tahu pun jalan kat sini. Nanti sesat aku juga yang- Yah! Mana kau?!" Jungkook mula gelabah apabila kelibat gadis itu tidak lagi kelihatan di dalam rumahnya.

"Power off!" Jungkook menjerit bagi mematikan televisyennya lalu mula bangkit dari sofa untuk mencari gerangan gadis tidak diketahui asal usulnya itu.

Kasut mula disarungkan pada kakinya lalu mindanya tiba-tiba diterpa satu pernyataan.

"Weyh! Dia mana ada kasut! Jangan kata- Halah, bodoh!" Jungkook mula terpisat-pisat keluar dari rumahnya itu.

Lepas sahaja kakinya melangkah melepasi pagar besar rumahnya, terus matanya meliar ke seluruh kawasan itu.

"Aish." Jungkook mula berlari ke lorong kanan dahulu setelah membuat pengiraan tentang tempat yang mungkin dituju oleh gadis itu.

-

Puteri Junghee kini dengan berkaki ayam, dia berjalan menerusi kawasan pejalan kaki. Dengan tangan yang diletakkan di belakang tubuh, dia meliarkan matanya ke seluruh kawasan itu.

"Wah. Apakah benda ini? Begitu cantik serta unik!" Puteri Junghee terus berjalan ke arah sebuah kereta berjenama Audi lalu menilik setiap sudut kereta itu penuh kagum.

Tiba-tiba, cermin tingkap kereta itu diturunkan menampakkan seirang lelaki kacak yang memakai cermin mata hitam.

"Excuse me, miss. Do you have any problem with my car?"

Ha sudah. Lelaki ini dengan bahasa Inggeris yang lancar menuturkan persoalannya kepada Puteri Junghee. Sudahlah puteri diraja itu tidak memahami bahasa Inggeris.

"Maafkan beta. Tetapi, beta tidak faham akan kata-kata kamu." Dengan pertuturan bahasa istananya, Puteri Junghee membalas kepada lelaki itu. Tubuhnya ditegakkan semula dengan tangan yang dikembalikan ke belakang tubuhnya.

"Apa bengap sangat perempuan ni? Nasib lawa. Body pun, pergh. Cantik. Peluang emas ni." Ujar lelaki itu sebelum tersenyum sinis.

Dia terus keluar dari perut keretanya lalu dia mengejar langkah gadis itu. Tangan gadis itu ditariknya membuatkan tubuh gadis itu berpusing menghadapnya.

"You know right that it's a crime to touch something without the owner's permission?" Ujar lelaki itu membuatkan dahi Puteri Junghee berkerut seribu.

Apakah yang diperkatakan lelaki pelik ini?

"Maaf. Beta benar-benar tidak faham apa yang kamu katakan. Dan, tolong alihkan tangan kamu daripada terus memegang tangan beta." Ujar Puteri Junghee kepada lelaki itu namun lelaki itu hanya tersenyum sinis.

"You are really sexy, girl. I think you already make me fall for you." Ujar lelaki itu lagi di dalam bahasa Inggeris memandangkan dia sudah tahu bahawa gadis itu tidak akan memahaminya.

"Beta ulang sekali lagi. Tolong alihkan tangan dikau daripada tangan beta sebelum beta murka." Amaran sekali lagi dilemparkan kepada lelaki itu.

"Dear. Tak perlu kut nak berbahasa istana dengan I. Apa you ingat you golongan diraja ke apa?" Wajah Puteri Junghee mula diusap perlahan membuatkan mata Puteri Junghee terbuntang lalu ditepis terus tangan lelaki itu kasar.

"Ya. Memang benar. Beta daripada golongan diraja. Jadi, tolong junjung perintah beta sebentar tadi sebelum tindakan seterusnya diambil." Puteri Junghee cuba melepaskan tangannya daripada genggaman lelaki itu namun hampa.

Kudrat lelaki itu terlalu kuat sehingga dia tidak mampu melepaskan tangannya daripada genggaman tersebut.

"Follow me, dear. I akan tunjukkan you apa makna syurga dunia dekat you dan yang pasti you takkan menyesal." Lelaki itu mula menarik tangan Puteri Junghee untuk mengikutinya.

"Argh. Tak. Tak! Beta tidak mahu! Tolong!" Puteri Junghee mula menjerit memohon pertolongan daripada orang-orang disekeliling. Namun, dengan pantas, mulutnya ditekup oleh lelaki itu membuatkan suaranya tidak lagi kedengaran.

"Yahh!" Satu sepakan tinggi dihadaihkan ke belakang tubuh lelaki itu sehingga lelaki itu bersama Puteri Junghee jatuh tersungkur ke tanah.

Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook?

Jungkook dengan pantas terus duduk di atas lelaki itu lalu ditumbuk beberapa kali sepenuh hati.

"Jangan. Berani. Sentuh. Dia. Lagi." Satu per satu perkataan itu diungkapkan oleh Jungkook pada setiap tumbukan yang dihadiahkan pada wajah lelaki itu.

Lelaki itu kini sudah pengsan tidak bermaya dengan lumuran darah daripada luka di wajahnya akibat tumbukan padu daripada Jungkook itu.

Nafas Jungkook mula tidak teratur lalu dia terus bangkit dan menolak rambutnya ke belakang kepala. Dia melihat ke arah Puteri Junghee lalu tanpa berlengah dia terus bergegas mendapatkan Puteri Junghee.

"Hey. Ni. Pegang tangan aku." Jungkook berkata lalu Puetri Junghee yang sedang duduk sambil memegang kepalanya yang sedikit terhantuk pada tanah itu mula menggapai tangan Jungkook.

Jungkook terus menarik tangan Puteri Junghee sehingga membuatkan tubuh Puteri Junghee terbangun.

"Kau okay?" Soal jUngkook kepada Puteri Junghee lalu diperiksa tubuh Puteri Junghee itu ari atas hingga ke bawah.

Puteri Junghee itu hanya berdiam diri lalu dia mengerang kecil apabila Jungkook memegang tangannya yang digenggam oleh lelaki tadi sehingga berbirat.

"Aish. Lelaki tak guna. Dahlah. Jom balik." Jungkook mula membawa Puteri Junghee pulang ke rumahnya kembali.

•••

Maaf hambar sikit part ni. Tapi, nanti Idae cuba buat scene diorang yang lagi lawak n comel. Okay?😉

Do wait for the next chapter. Uwuuu😍

|√| Blind Fate - JJKWhere stories live. Discover now