t u j u h b e l a s

655 111 61
                                    

Sekali lagi saya memohon maaf jika terdapaf typo atau kesilapan ejaan. Saya tidak perasan dan tidak membuat double trile check memandangkan saya ini pemalas orangnya. Hehe.

Warning and reminder:
Ingat bahawa cerita ini adalah fantasy dan hanya rekaan semata-mata. Sebarang kepelikan dan kehanatan yang berlaku sepanjang fanfiction ini berjalan ialah tidak wujud dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Terima kasih.

•••

"Tuan puteri." Panggilan daripada dayang istana Kim terus membuatkan pandangan iris mata milik Puteri Junghee teralih ke sebelah kanannya di mana bilik kuringan dayang istana Kim berada.

"Ni, patik ada simpankan sebiji telur rebus. Jika tuan puteri lapar, yuan puteri boleh makan telur rebus ni." Ujar dayang istana Kim lalu dengan segala kudratnya bersama tangannya yang terikat terus dia menggolekkan telur rebus itu.

Telur itu berjaya mengenai kaki milik Puteri Junghee lalu Puteri Junghee hanya tersengih.

"Terima kasih. Dikau ada makanan untuk dimakan?" Soal Puteri Junghee saat dia mengambil telur rebus yang berada di kakinya itu. Nasib saja dia tidak diikat seperti dayang istana Kim.

Mungkin kerana dayang istana Kim pernah melarikan diri pada malam Jungkook membawanya keluar dari istana?

"Tak apa. Patik tidak lapar, tuan puteri. Tuan puteri makanlah." Balas dayang istana Kim lalu Puteri Junghee hanya mengangguk bersama senyuman.

"Baiklah. Terima kasih, dayang istana Kim."

-

Jungkook menyarungkan kembali sepasang baju berwarna hitam yang berlambangkan seekor rusa kecil di belakang baju itu betsama pemutup muka dan kepala yang hanya menampakkan sepasang matanya sahaja.

Dia mula berangkat untuk ke istana tanpa rasa takut. Dia tahu Puteri Junghee bersama dayang istana Kim berada di bilik kurungan setelah mendengarkan perbualan di antara ayahnya dan dua orang lelaki tadi.

Terus dia melompat dari satu ke satu bumbung rumah di kawasan berdekatan dengan rukahnya sehinggalah dia tiba di atas bumbung tembok istana.

Keaadan sekeliling diperhatikan sebelum dia berangkat pula ke bangunan di mana terletaknya bilik kurungan dan penjara diraja.

Aish. Ramai pula penjaga. Terpaksalah aku belasah semua tu nak selamatkan Junghee.

Terus sahaja dia melompat turun ke hadapan bangunan bilik kuringan dan penjaran diraja itu. Terkejut terus lelaki-lelaki yang mengawal bangunan itu akan kehadiran Jungkook.

"Tangkap dia sekarang!" Seorang lelaki di situ mengarahkan konco-konconya untuk menangkap Jungkook.

Dan, pada saat itulah, Jungkook mula menggunakan seni mempertahankan diri iaitu taekwondo yang pernah dia pelajari ketika dia kecil di zamannya iaitu masa hadapan.

Beberapa orang lelaki pengawal itu berjaya ditumbangkan oleh Jungkook dalam beberapa saat sahaja walaupun mereka mempunyai epdang setiap seorang sehinggalah salah seorang daripada mereka melibaskan pedangnya di bahagian lengan kanan Jungkook sehinggalah bajunya itu terkoyak menampakkan tanda lahirnya.

Dia jatuh termelutut di tanah lalu dapag dia rasa darah mula mengalir keluar dari kawasan tanda lahir.

"Ergh." Jungkook mula mengerang kecil sebelum dia terasa tubuhnya bagaikan menggeletar dan terasa panas.

|√| Blind Fate - JJKWhere stories live. Discover now