e n a m b e l a s

670 111 33
                                    

Sorry geng. Saya excited nak tulis bebanyak malam ni. So ni untuk malam ni. Esok pagi masih ada update. Enjoyy😉

•••

Jungkook memasuki biliknya usai memastikan bahawa ayahnya tiada di rumah ketika ini. Mungkin berada di istana?

Jungkook menapak ke dalam biliknya dahulu bagi mencari sesuatu yang mencurigakan. Namun, hampa. Semuanya kelihatan normal dan todak mencurigakan langsung.

Tiba-tiba, terlintas sesuatu di mindanya lalu dia dengan pantas terus keluar dari biliknya. Kasut disarungkan lalu dia terus menapak ke arah bilik ayahnya.

Pintu dibuka lalu matanya meliar di setiap sudut bilik ayahnya itu. Gambar potret lukisan seorang bayi menangkap perhatiannya.

Ditatap lama gambar itu lalu baru dia tahu itu adalah gambar potret dirinya ketika dia bayi dek tanda lahir yang terpahat di lengan kanan bayi tersebut.

Apa benar aku ni wujud juga di tahun ni? Lawak apakah ini?

"Ha, Jungkook. Cari apa?" Teguran seseoramg mbuatkan dirinya tersedar daripada lamunan lalu terus dia memusingkan tubuhnya dan dapat dia lihat ayahnya sedang betjalan menuju ke arahnya.

"Ouh, a-ayah. Tak cari apa pun. Erm, cari ayah sebenarnya." Disebabkan tidak tahu ingin berdalih lagi tentang fakta dia berada di hadapan bilik ayahnya itu, jadi dia hanya menjawab tanpa berfikir panjang.

"Kenapa kamu cari ayah?" Soal Tuan Jeon kepada si anak lelakinya. Jungkook menggosok belakang lehernya, janggal. Janggal dengan panggilan ayah yang dipanggilnya kepada lelaki tua di hadapnnya itu.

"Sebenarnya, Jungkook tertanya-tanya. Ayah tahu ke apa maksud tanda lahir yang ada dekat lengan kanan Jungkook?" Soal Jungkook saat dia mendapat idea apakah yang boleh disoalnya kepada si ayah.

"Lama tak dengar kamu tanya soalan tu pada ayah. Selalu ayah akan mengelak tapi disebabkan kamu pun sudah besar. Jadi, ayah rasa ayah patut ceritakan tentang perkara ni ada kamu." Ujar lelaki itu lalu dia melabuhkan punggungnya di beranda biliknya lalu ditanggalkan kasutnya dan dibawa naik kakinya membentuk kedudukan bersila.

"Sini, duduk sebelah ayah. Biar ayah cerita dekat kamu tentang tanda lahir kamu dan diri sebenar kamu."

-

"Ark! Ish, lepaskan beta!" Puteri Junghee meronta-ronta di dalam genggaman lelaki berbadan agak tegap itu.

Tangannya kini diikat dengan tali bersaiz ibu jari berwarna merah yang juga dililit pada tubuhnya. Sesak tubuhnya apabila diperlakukan sebegitu.

"Diamlah, perempuan! Puteri tak puteri! Sebelum aku lempang kau, baik aku diam!" Ugut lelaki itu membuatkan Puteri Junghee meremgus kasar.

Dayang istana Kim berada di belakangnya, dibawa oleh lelaki yang lain pula. Keadaannya juga sama dengan keadaan Puteri Junghee yang diikat itu.

Akhirnya, mereka tiba di bilik kurungan ataupun ayat paling senang ialah lokap. Tubuh Puteri Junghee ditolak masuk ke dalam bilik kurungan itu lalu dikunci dirinya di dalam.

Dayang istana Kim ditempatkan di bilik kurungan bersebelah dengan bilik kurungannya.

"Lepaskan beta! Apakah hak kamu sehingga sanggup mengurungkan beta sebegini?!" Puteri Junghee memarahi lelaki-lelaki itu namun, mereka hanya mengabaikannya.

Puteri Junghee sekali lagi erengus kasar lalu dia duduk di atas tanah bilik kurungan tersebut yang dipenuhi dengan jerami.

Hatinya masih tidak puas hati kerana dia masih tidak mengerti tentang motif mereka memburu dirinya dan ahli keluarga dirajanya.

Tiba-tiba, seorang lelaki tua datang berhenti di hadapan bilik kurungan yang diduduki oleh Puteri Junghee. Puteri Junghee terus mengangkat wajah apabila dia melihat lelaki itu menghalau lelaki-lelaki yang mengheretnya ke sini.

"Bagitau aku sekarang. Mana mak bapak kau sekarang?" Soal lelaki itu yang memang kedengaran agak kurang ajar. Puteri Junghee mendecit kecil.

"Tch. Kau yang bunuh mak bapak aku, lepas tu kau tanya aku diorang dekat mana? Syurga mungkin?" Jawab Puteri Junghee agak sarkastik.

Tiba-tuba, dinding bilik kurungan itu dihentaknya kuat dengan pandanagn matanya tajam dicerlung ke arah Puteri Junghee. Namun, Puteri Junghee hanya mampu menghiraukannya. Apa ingat dia takut?

"Aku tanya sebab mayat diorang takda dekat tempat kejadian! Aku tahu kau mesti ada sorakkan diorang dekat mana-mana." Ujar lelaki itu lagi dan buat sesaat, Puteri Junghee tergamam.

"Manalah aku tahu. Kau nak nunuh aku je kan? Yang kau nak bunuh mak bapak aku sekali kenapa? Apa kau dapat hah kalau membunuh ni? Dapat dosa lagi adalah. Raja murka, Tuhan pun murka dengan kau." Balas Puteri Junghee, masih dengan lagak beraninya.

"Puteri bangang ni aku lempang juga kejap lagi. Korang datang sini sekarang!" Semua lelaki yang tadinay menjaga bilik kurungan itu terus terkinja-kinja datang emndapatkan lelaki tua ini.

"Ya, Tuan Jeon!"

"Aku nak korang jaga puteri sial ni sampai esok pagi. Jangan bagi dia terlepas. Kalau terlepas, dengan korang sekali, aku pancung kepala. Faham?!" Jerkah lelaki tua ataupun Tuan Jeon itu membuatkan Puteri Junghee menggulingkan biji matanya, menyampah.

Ko otak letak dekat mana, sial? Ko pikir aku tahu macam mana nak keluar dari bilik jahanam ni? Ha, ko jangan main-main. Puteri mahkota pun pandai mencarut tau?

"Faham, Tuan Jeon!"

-

Jungkook sedang berjalan keluar dari rumahnya untuk ke rumah tumpangan yang diduduki oleh Puteri Junghee.

Mindanya nasih terganggu dengan penerangan ayahnya tentang tanda lahirnya serta tentang dirinya yang sebenar.

I can't believe these shits.

Kawasan rumah tumpangan itu dijejaki Jungkook lalu tanoa berlengah dia terus membuka pintu bilik yang sepatutnya Puteri Junghee berada.

Berkerut seribu dahinya tatkala melihat bilik itu hanya kosong tidak berpenghuni. Terus dicari mak cik yang menjaga rumah tumpangan itu.

"Mak cik. Mana isteri saya? Dia keluar eh?" Soal Jungkook kepada mak cik itu yang sedang menghidangkan makanan buat para pelanggannya.

"Ouh, kamu si suami. Isteri kamu suruh sampaikan kepada kamu yang dia sudah berpindah keluar dengan perempuan yang tinggal bersama dia tu. Dan, dia kata pukul 8 malam ni, dia tunggu di buaian yang diikat di pohon besar belakang pasar ni." Terang mak cik itu kepada Jungkook membuatkan Jungkook mula gelisah.

"Terima kasih, mak cik." Dengan langkah yang pantas, terus dia membawa langkahnya itu keluar dari kawasan runah tumpangan itu dan berjalan laju menuju ke buaian yang diperkatakan oleh mak cik itu emmandangkan sekarang sudah hampir pukul 8 malam.

Kini, waktu tengah malam mula menjengah membuatkan hati Jungkook tidak tenang memikirkan bahawa Puteri Jujghee bukanlah seseorang yang mudah lupa malah jauh sekali untuk dia memungkiri janjinya.

Terus Jungkook memajukan langkahnya pulang ke rumahnya dan berniat ingin menanti Junghee di situ pada esok hari pula.

Namun, matanya pantas sahaja menangkap susuk tubuh ayahnya bersama dua orang lelaki di hadapan pintu masuk rumah keluarga Jeon.

Tanpa melengahkan masa, Jjngkook terus bersembunyi di sebalik dinding tembok rumahnya lalu dia cuba mendengar perbualan ayahnya dengan dua orang lelaki itu.

"Esok, pastikan puteri tu dah siap untuk diseksa. Kita ekna bunuh semua kerabat diraja supaya Jungkook selamat."

What the fucking hell?!

•••

Haih. Ke mana lagilah cerita ni nak pergi pusing, kan? Ha, apa teori baru yang korang fikir lepas baca chapter ni? Share, sharelah sikit. Hehe.

Okaylah, kalau nak tahu apa yang Jungkook buat lepas tahu Puteri Junghee dah kena tangkap dengan ayah dia, tunggulah next update pula😂

Ouh ya, next update mungkinlah, penerangan ayah Jungkook tu akan didedahkan kepada korang. Uwuu😉💜

|√| Blind Fate - JJKWhere stories live. Discover now