t i g a

924 152 104
                                    

Jungkook meletakkan mangkuk yang berisi pasta buatannya ke atas meja yang kini sudah diduduki oleh Puteri Junghee.

Pandangan tidak puas hati dilemparkan buat sang puteri. Mana taknya, sang puteri mengejutkannya pukul 3 pagi hanya kerana dia lapar?

"Tulah kau. Tadi aku ajak makan ramen kau tak nak. Lepas tu, kejut aku pagi-pagi buta sebab kau lapar. Apa kau ingat aku maid kau?" Ujar Jungkook dengan nada yang menyampah.

"Tadi beta betul-betul tidak lapar. Bagaimana beta mahu makan?" Jawab Puteri Junghee membuatkan Jungkook memejamkan matanya rapat, cuba mengawal rasa di hati.

"Boleh beta bertanyakan sesuatu?" Soal Puteri Junghee secara tiba-tiba memnuatkan Jungkooj yang tadinya masam sahaja muka terus membentuk senyuman di bibir.

"Ye, tuan puteri. Tanya jelah."

"Boleh dikau beritahu beta apakah yang dimaksudkan dengan perkataan maid itu?" Jungkook mengerdipkan matanya berkali-kali, cuba mengawal nafasnya yang tiba-tiba sesak.

Tak lama kemudian, dia menghembuskan nafasnya perlahan sebelum memandang Puteri Junghee.

"Kalau dalam istana, maid tu macam dayang istana. Faham kut?" Jawab Jungkook berharap agar dia tidak memberi ajaran sesat kepada sang puteri.

Puteri Junghee mula mengangguk faham lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah mangkuk yang berisi pasta buatan Jungkook itu.

"Apakah ini? Kamu tidak meletakkan sebarang racun bukan?" Soal Puteri Junghee.

"Wah. Ini sangat mencabar kesabaran. Wahai gadis pelik. Aku ni baik orangnya. Kacak lagi. Tak mungkinlah aku sanggup nak letak racun buat gadis secomel kau."

Puteri Junghee mencebik sekejap sebelum dia memberitahu dirinya di dalam hati bahawa makanan ini adalah selamat untuk dimakan.

Jungkook? Dia duduk berdepan dengan Puteri Junghee namun kepalanya sering kali tersengguk-sengguk akibat terlalu mengantuk.

-

"La, la, la, la, la." Jungkook menari sambil menyanyikan lagu kegemarannya dengan tangannya yang ligat mengawal vakum lantai itu bagi membersihkan rumahnya.

Apa? Apa? Jangan fikir Jeon Jungkook tidak tahu mengemas rumah?

Pintu bilik yang dihuni oleh Puteri Junghee dibuka luas lalu Puteri Junghee pun keluar dari bilik tersebut.

Dia menyilangkan tangannya di belakang tubuhnya lalu dia memandang ke arah Jungkook yang sedang sibuk mengemas rumah itu.

"Apa yang sedang kamu lakukan?" Soal Junghee secara tiba-tiba.

"Argh!" Jungkook menjerit kecil dek kerana terkejut akan suara Puteri Junghee yang tiba-tiba menerpa masuk ke dalam gegendang telinganya.

Jungkook kemudiannya memejamkan matanya rapat lalu dadanya diurut perlahan.

Tabahlah, Jungkook. Perempuan ni memang suka buat kau lemah jantung.

"Ouh, ha. Ni. Tengah kemas rumah. Harini adalah hari mengemas rumah." Jungkook berkata sambil mendepakan tangannya bersama senyuman lebar.

Puteri Junghee hanya mengangguk perlahan sebelum dia berjalan menuju ke arah sofa di hadapan televisyen dan mula melabuhkan punggungnya ke atas sofa tersebut.

"Boleh beta bertanyakan kamu sesuatu?" Soal Puteri Junghee membuatkan Jungkook yang baru sahaja menyambung kerja mengemas rumahnya itu terhenti daraipada meneruskan kerjanya.

"Ha, takpa. Aku dah tahu apa yang kau nak tanya. Ni adalah vakum tau. Dia macam hmm, nak cakap macam mana eh? Dia macam membantu kita membersihkan lantai daripada habuk-habuk halus yang ada atas lantai rumah kita. Ha, macam tulah lebih kurang."

Jawab Jungkook bersama tangannya yang mula menggosok belakang lehernya dengan wajah yang bingung. Mungkin bingung debgan jawapannya sendiri.

Sekali lagi, Puteri Junghee terangguk-angguk, cuba menghadam sedikit demi sedikit penerangan daripada Jungkook itu.

"Ah, ya. Aku tak pernah tanya pun. Apa nama kau eh?"

Soal Jungkook lalu menongkatkan dagunya menggunakan tapak tangannya dengan meletakkan sikunya pada batang vakum itu. Kaki juga disilangkan dan pandangannya mula terarah memandang Puteri Junghee.

"Nama beta, Junghee. Kim Junghee." Jawab Puteri Junghee lalu Jungkook mengangguk sebelum membetulkan posisinya.

"Nama aku, Jeon Jungkook. Boleh panggil sayang je. Senang." Jawab Jungkook sebelum mengenyitkan mata kanannya ke arah sang puteri.

"S-sayang?"

Muka Puteri Junghee kelihatan bingung. Jungkook hanya tersenyum suka, menganggap bahawa dirinya sudah berjaya mengenakan sang puteri.

"Sayang tu bukan satu jenis perasaan ke? Boleh jadi nama juga ke?"

Terus pudar senyuman suka Jungkook sebelum dia mengeluh berat. Nampaknya, dia gagal dalam diam.

"Sudahlah. Abaikan apa yang aku cakap. Panggil aku Jungkook." Jungkook mula putus asa dengan Puteri Junghee.

Lantas, tanpa berlengah, Jungkook mula menyambung kerjanya semula. Puteri Junghee pula hanya memandang Jungkook dengan tangannya yang disilangkan di atas pahanya yang dirapatkan.

Tak lama kemudian, Jungkook mula menghempaskan tubuhnya di atas sofa bersebelah dengan Puteri Junghee.

Kepalanya disandarkan pada sofa tersebut sehingga kepalanya terdongak memandang siling rumahnya.

Puteri Junghee pula hanya memandang sekilas ke arah Jungkook sebelum pandangan matanya dibawa ke hadapan semula.

"Aku masih tak percaya yang kau ni puteri diraja dari tahun 1862." Jungkook tiba-tiba bersuara.

"Beta juga masih tidak percaya yang beta kini sedang berada dalam tahun 2020. Semua ini terlalu mustahil untuk beta terima." Jawab Puteri Junghee bersama senyuman nipis.

"Dan, jika benar perkara yang mustahil sebegini berlaku, beta mahu meminta pertolongan kamu."

Jungkook terus memusingkan kepalanya ke arah Puteri Junghee dan masih lagi bersandar sepenuhnya pada sofa tersebut.

"Dari segi?" Soal Jungkook kembali sebelum mata mereka berdua bertembung lama.

"Tolong beta pulang semula ke istana beta pada tahun 1862."

•••

Hmm. Boleh ke tu anak Jeon ni tolong? Hmm😟

Okaylah. Kalau nak tahu apa jawapan anak Jeon ni, tunggulah next update. Uwuuu😝💜

|√| Blind Fate - JJKWhere stories live. Discover now