epilogue

1K 127 49
                                    

Sorry geng sebab lambat update. Huehue. Hope korang suka epilogue ni😭💜

•••

2 bulan kemudian

"Sayang! Tunggulah Junghee! Saya nak ikut!" Puteri Junghee menjerit dari dalam bilik kepada Jungkook yang kini sedang menyarungkan kasut pada kakinya di beranda rumah.

"Cepatlah! Ish, lembab betullah bini aku ni." Jungkook membebel kecil mengenangkan Puteri Junghee yang masih tidak habis bersiap.

Nak ke pasar depan ni je pun. Cantik-cantik nak mengorat siapa?

"Apa sayang cakap tadi?" Tegur Puteri Junghee apabila dia hampir dapat menangkap bebelan Jungkook sebentar tadi.

"Eh, mana ada aku cakap apa-apa?" Balas Jungkook, sengaja buat tidak tahu.

"Tch. Ingat saya tak dengar ke?" Mendengarkan kata-kata Puteri Junghee, Jungkook hanya mengabaikannya lalu dia berjalan meninggalkan Puteri Junghee yang baru sahaja turun dari beranda rumah.

"Tak kisah."

"Yah, Jeon Jungkook!"

Ya, kini, Puteri Junghee sudah selamat menjadi isteri kepada Jeon Jungkook.

-

"Junghee. Hwang Tae ajak aku pergi memburu kejap. Kau duduk rumah eh?" Beritahu Jungkook lalu Puteri Junghee terus memandang si sumi dengan wajah monyok.

"Alahh. Nak ikut. Bosanlah duduk rumah."

"Ish, apa kau merepek ni? Jangan baut lawak, Junghee. Bahayalah. Kami nak masuk hutan." Jawab Jungkook sambil membetulkan kain yang terikat di dahinya itu.

"Tapi-"

"Takda, tapi, tapi. Kau jaga rumah. Nanti aku baiklah. Aku cuba baik awal ye?" Jungkook melutut di hadapan sang isteri lalu diusap lembut pipi kiri Puteri Junghee sebelum dikucup dahi sang isteri sekejap.

"Hmm, okaylah."

Usai melihat Jungkook menghilang dari kawasan halaman rumah Jungkook itu, Junghee mula melepaskan keluhan berat.

Mereputlah dia dalam rumah besar milik keluarga Jeon ni seorang diri.

-

"Tuan Jungkook macam mana dengan tuan puteri?" Soal Hwang Tae yang baru sahaja melepaskan busur anak panahnya ke arah binatang yang baru sahaja dia kesan kehadirannya.

"Apa maksud kau macam mana?" Jungkook bertanya kembali sambil mencari mangsa yang ingin diserangnya.

"Yelah. Takkan takda tanda akan wujudnya nafas baru." Jawab Hwang Tae bersama gelakan kecil.

"Pergh, ayat kau. Takdalah. Rezeki tak sampai lagilah, Hwang Tae." Kata Jungkook pula seraya tersenyum dan mula berjalan perlahan di atas tanah yang sedikit mencuram itu.

"Eleh. Nanti entah-entah, sekali dapat kembar lima." Terus pandangan Jungkook tertacap pada Hwang Tae yang sudah tergelak.

"Kau... Kalau ye pun, tak perlulah melebih-lebih sangat."

Hwang Tae masih dengan sisa tawanya membuatkan Jungkook juga turut menyertai.

"Tuan Jungkook! Tu, ada rusa! Kejar, kejar!"

Jungkook mula mengalihkan pandangannnya dengan laju ke arah tempat yang ditunjuk oleh Hwang Tae itu lalu mereka berdua mula mengejar sang rusa.

Tetapi, entah di mana silapnya, Jungkook tergelincir jatuh dari curam bukit ketika mengejar rusa tersebut.

|√| Blind Fate - JJKWhere stories live. Discover now