t u j u h

819 139 70
                                    

Apa jadi eh dengan Puteri Junghee dan Jungkook?

Ha, mari mari baca chapter ni.

•••

"Em." Puteri Junghee merengek kecil saat dia cuba membuka mata dan cahaya mula memancar tepat ke wajahnya.

"Tuan puteri? Tuan puteri dah bangun?" Puteri Junghee membuka matanya luas untuk melihat gerangan yang memanggilnya itu.

Terkejut teruk dia melihat dia kini berada di dalam biliknya di istana bersaka dayang istana yang pada kejadian itu membantunya keluar dari istana.

"A-apa dah jadi?" Terus Puteri Junghee membangkit tubuhnya daripada terus berbaring di atas tilamnya.

"Tuan puteri pengsan tadi semasa bersiar di taman istana." Jawab dayang istana itu penuh sopan santun.

Kepala puteri Junghee diurut perlahan, cuba memikirkan apa yang sebenarnya berlaku.

"Ada tak tadi beta bersama dengan seorang lelaki?"Soal Puteri Junghee, berharap agar Jungkook juga ada bersamanya.

"Tidak, tuan outeri. Tuan puteri berseorangan bersama dayang istana Min." Jawapan dayang istana Kim itu membuatkan Puteri Junghee sekali lagi mengurut kepalanya.

"Takpalah. Dikau boleh keluar sekarang. Beta mahu berehat." Puteri Junghee terus menghalau keluar dayang istana Kim itu lalu dia berbaring semula di atas tilamnya dalam keadaan mengiring.

Tak. Tak mungkin. Aku harap Jungkook tidak apa-apa di sana. Terima kasih atas segalanya, Jeon Jungkook. Beta hargai sangat jasa kamu.

-

"Ergh." Jungkook mula membuka matanya lalu tangannya ditariknya untuk mengurut kepala yang sakit. Dia mula membangunkan tubuhnya yang terbaring itu.

"Eo. Jungkook? Kamu sudah bangun?" Seorang lelaki tua memasuki bilik yang dihuni oleh Jungkook itu. Terkejut Jungkook dibuatnya.

"S-siapa?" Soalnya teragak-agak kepada lelai tua itu. Macam mana pula lelaki tua itu tahu akan namanya?

"Ni ayahlah. Alahai anak ayah." Jawabnya bersama gelakan kecil. Tak lawak pak cik.

"A-ayah?"

Jadah apa? Bapak aku kacak lagi.

Jungkook terus meliarkan pandangannya ke seluruh tempat itu. Terkebil-kebil di meliaht keadaan tempat yang dihuni olehnya.

Mana tidak tergamamnya kalau tiba-tiba dia berada di dalam rumah yang kelihatan agak ketinggalan zaman.

"Kejap. Sekarang tahun berapa?" Soal Jungkook, cuba memastikanb bahawa tekaannya salah belaka.

"Kenapa dengan kamu ni? Sekarang tahun 1862."

What the fish?!

"Encik jangan main-main dengan saya. Sekarang tahun 2020, bukan? Tolong cakap encik hanya bergurau. Tak lawaklah, encik." Jungkook tergelak kecil, masih tidak boleh terima hakikat bahawa dia berada di tahun 1862.

"Kamu sihat tak ni, Jungkook? Ayah tak tahu pula jatuh pokok boleh buat kamu jadi begini?" Lelaki tua yang berpakaian seperti seorang bangsawan zaman Joseon itu menyentuh dahi Jungkook.

|√| Blind Fate - JJKWhere stories live. Discover now