e m p a t b e l a s

721 113 44
                                    

Semua dah start faham ke? Sebab Idae tengok ramai jugalah fikiran macam dah hampir fikiran Idae fasal cerita ni. Cepat betul korang catch up😂

Tapi sabaq sat. Ada banyak lagi teori dan hint yang bakal Idae bagi. Ha, teruskan membaca. Enjoy😉💜

•••

"Ark." Dayang istana Kim mula membuka tirai matanya sebelum dia mengerang kecil saat kepadanya diserang rasa sakit dan kemudiannya seluruh tubuhnya terasa lenguh dan sakit.

"Dayang istana Kim." Panggilan seseorang membuatkan dayang istana Kim yang batu bangkit dari perbaringannya itu terus memandang ke arah si pemanggil dan matanya terus terbuntang.

"T-tuan puteri?" Teka dayang istana Kim itu lalu dengan pantas, Puteri Junghee menariknya masuk ke dalam dakapan.

"Aaa, beta ingat kamu sudah tiada. Beta takut sangat kamu pula yang akan tinggalkan beta seperti ayahanda dan bonda." Pelukan dileraikan lalu tangan dayang istana Kim digenggamnya.

"Patik juga tidak sangka patik masih hidup dan tuan puteri juga selamat."

Skrett.

Pintu bilik rumah tumpangan itu ditarik perlahan oleh seseorang dan terpampanglah wajah kacak milik Jungkook memasuki bilik itu.

Dayang istana itu kelihatan agak tetkejut lalu dipandang ke arah Puteri Junghee yang hanya tersenyum memandang Jungkook yang baru balik.

"Ni aku belikan makanan untuk kau dengan dayang istana kau ni. Kejap lagi aku siapkan meja untuk kita tiga." Ujar Jungkook lalu diletakkan makanan yang dibelinya itu di lantai sebelum meja kecil yang sudah tersedia di dalam bilik itu diambil.

"Dayang istana Kim janganlah terkejut. Panjang ceritanya kalau ingin beta terangkan satu per satu bagaimana beta boleh berjumpa dengan lelaki ni."

Puteri Junghee memberitahu dayang istana Kim lalu dayang istana Kim hanya mengangguk perlahan walaupun dia terasa seperti pernah dilihat lelaki itu.

"Junghee. Dayang istana Kim. Jomlah makan." Puteri Junghee mengajak dayang istana Kim untuk menyertai dia dan Jungkook lalu mereka pun mula menjamu selera.

Dayang istana Kim tidak lepas-lepas menaikkan pandangan matanya untuk meneliti wajah Jungkook. Dia betul-betul terasa seperti dia pernah lihat wajah Jungkook itu.

"Ah, ya. Dayang istana Kim. Beta mahu bertanya kepada dikau sesuatu. Berkaitan dengan kejadian yang berlaku kepada ayahanda dan bonda."

"Ya, tanyalah, tuan puteri. Patik sudi menjawab selagi soalan itu mampu dijawab oleh patik." Balas dayang istana Kim kepada Puteri Junghee lalu Puteri Junghee terus meletakkan sudunya di atas meja. Jungkook juga begitu kerana dia juga ingin mengetahuinya.

"Siapa yang sebenarnya menyerang keluarga diraja beta? Beta masih tidak faham apakah motif mereka menceroboh istana malah dibunuh ayahanda dan bonda." Keluh Puteri Junghee sambil pandangan dia ditundukkan memandang ke arah makanan di atas meja kecilnya.

Jungkook terus sahaja menggapai tangan milik Puteri Junghee lalu diurut perlahan bagi memberi semangat kepada sang puteri.

"Yang menyerang istana itu adalah keluarga Jeon. Mereka sudah lama bermusuh dengan keluarga diraja terutama sekali dengan ayahanda tuan puteri iaitu raja Kim Namjoon.

|√| Blind Fate - JJKWhere stories live. Discover now