6:30 pagi

188 13 1
                                    

Sejak dinner date minggu lepas, hubungan antara Armel dan Daniel jadi dingin. Armel tidak menerima sebarang usikan, sengihan nakal, atau kegedikan dari lelaki itu lagi. Daniel.

Bila dalam kelas, tiada satu pun perbualan terhasil. Mereka hanya bercakap perkara penting. Kalau nak menyakat, berbual kosong, mengusik, semua tu macam dah pupus. Pupus dibawa arus kemodenan.

Eh?

Keputusan tentang perkahwinan mereka muktamad walaupun mereka berkeras tidak mahu teruskan perkahwinan ni. Tapi demi hubungan baik dan nama baik keluarga, mereka terpaksa mengikut wasiat kedua-dua atok mereka.

Armel melangkah masuk ke dalam kelas dan menuju ke tempat duduknya. Jam tangan dikerling. 6:30 pagi. Masih terlalu awal. Tapi disebabkan kepala dia tengah berserabut ni, dia datang awal ke sekolah kononnya nak cari kedamaian.

Armel membaringkan kepalanya atas meja berlapik lengan kanannya. Fikirannya sudah penuh tentang perkahwinan mereka itu.

Kahwin dengan Daniel? Jadi girlfriend Daniel pun tak pernah terlintas dalam benak fikirannya.

Nanti lepas kahwin kena tinggal dekat mana? Rumah keluarga dia ke keluarga Daniel?

Lepas kahwin nanti nak panggil Daniel apa? Abang? Bro? Baby? Hubby? Kekanda? Eeeuuu...

kreeeek!

Armel tersentak. Bunyi meja ditarik itu membuatkan dia cuak. Terus dia angkat kepala dan pandang sekeliling. Meja paling depan seperti ditarik seseorang. Kelas dia kosong. Air liur dah ditelan. Fuh...kelat.

Armel kembali baringkan kepalanya atas meja. Perasaan cuak tu cuba dihalau dari hinggap di hatinya. Dia yakin yang hanya dia sorang je dekat sini, tiada yang lain.

Dahlah kelas dia kosong. Koridor tingkatan lima ni pun sunyi je.

Ah sudah, entah-entah kak ponti datang nak teman. Huhuhu, I tak perlukan teman kakak.

Armel pejam mata rapat. Mulutnya dah basah dengan ayat Kursi.

Bam!

"Allahuakbar!" Makin rapat Armel pejam mata bila kedengaran meja dihempuk kuat. Mulutnya terkumat-kamit baca ayat Kursi. Menjauh kak...menjauh~

"Ak... Aku tak kacau kau. Aku dat... datang sekolah...nak belajar. Pergilah kau.." Kata Armel dalam nada cuaknya.

"Armel..." Meremang bulu roma Armel bila ada suara halus menyeru namanya. Famousnya aku sampai kak ponti tahu nama aku. Perlu ke rasa bangga?

Air mata Armel dah nak keluar ni tapi dia tahan.

"Armel..." Sekali lagi ada suara halus memanggil namanya.

"Ak... Aku tak kacau kau kan? Kau jan... Jangan kac...kacau akulah!" Armel menjerit dengan tahap keberanian 0.05%.

"Hehehehehahahahaha."

"Arrgh!" Terus berdesup Armel lari keluar kelas tanpa tengok depan belakang kiri kanan dan atas. Dia masuk ke kelas sebelah dan menyorok bawah meja guru. Mata dipejam rapat dengan tangan memeluk kedua-dua kakinya.

Huwaa mummy! Tolong Mel! Ada hantu ni! Nak balik Itali balik!

"Armel?" Seru satu suara sekali dengan menepuk bahu Armel yang sedang menyorok ketakutan itu.

"Argh! Pergi! Jangan kacau aku!" Jerit Armel kuat tanpa memandang gerangan di depannya.

"Hey hey Armel. Ni akulah, Daniel." Kata Daniel. Armel terus buka mata dan dongak pandang Daniel dengan mata yang terbuntang luas. Air mata dah membasahi pipinya.

HEARTMATEUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum