He's Back (edited)

160 13 4
                                    

Armel sampai ke rumah tepat pada pukul 5 petang. Habis segala sendi dalam badannya lenguh akibat menyental tiga buah tandas perempuan di sekolah tadi sorang diri. Arisa, Sarah dan Daren ada tawarkan diri untuk tolong tapi Armel tolak main-main je.

Armel mendaki tangga naik ke tingkat atas. Di pertengahan tangga, dia terserempak dengan Daniel. Dari pemakaian Daniel, mungkin lelaki itu nak keluar.

"Er...Armel, aku nak keluar ni. Kau...okey kan duduk rumah dengan Ayra?" Daniel menegur. Mereka berdua berhenti di tangga. Armel sekadar mengangguk kepala.

"Aku dah beli lauk untuk korang dinner malam ni. Nanti bila nak makan, kau tinggal panaskan balik." Kata Daniel lagi. Armel mengangguk.

"Always kunci pintu. Jangan bukak sebarangan. Malam-malam ni bahaya." Armel angguk lagi. Suara dia pun penat nak keluar dari kotak suara.

"And if anything, just call me directly." Pesanan terakhir Daniel, Armel angguk jugak.

"Okay, bye." Daniel terus melajukan langkahnya. Armel memerhati dari tangga. Daniel mengambil kunci rumah dan kunci kereta BMW nya sebelum keluar.

Armel naik ke bilik. Khayra sudah terlelap di atas katil. Armel pun apa lagi, join Khayra lah.

Dengan malasnya Armel menggeliat. Dengan masih dalam baju sekolah, dia tertidur penat.

______*______

Armel letak dua pinggan nasi ke atas meja makan.

"Baby, jom dinner!" Armel panggil Khayra yang sedang menonton tv.

Dengan segera, Khayra berlari anak menuju ke arah ruang makan dan ambil tempat berhadapan dengan Armel.

Armel cedukkan lauk untuk Khayra sebelum dia cedukkan lauk untuk dirinya pula.

"Mama, papa balik bila? Papa tak dinner dengan kita ke?" Khayra menyoal.

"Err...papa dinner kat luar dengan kawan papa. Kita makan dua je eyh?" Armel senyum kekok.

"Kawan papa tu uncle Han, uncle Hael and uncle Izz eyh mama?" Khayra bertanya lagi.

"Erm...maybe kut. Entahlah Ayra, papa just cakap dia dinner dengan kawan-kawan dia je, takde cakap pulak nama siapa." Balas Armel yang masih dengan senyuman kekoknya.

"Dahla Ayra, jom makan. Mama dah laparlah baby."

"Okay!"

Armel senyum. "Cepat baca doa makan."

"Baby, mama nak buat kerja sikit dalam bilik study. Baby tengok tv diam-diam okay?"

"Okay mama!" Khayra menyahut ceria.

Armel senyum sebelum dia masuk ke dalam bilik study yang berdekatan dengan ruang tengok tv. Itu sebenarnya bilik tetamu tapi diorang jadikan bilik tu sebagai bilik study.

Armel ambil tempat di meja belajar nya yang bersebelahan dengan meja Daniel dan mulakan kerja dia untuk siapkan homework.

Hampir dua jam, Armel berjaya siapkan homework nya. Dia kemaskan segala bukunya ke dalam beg dan rehat sekejap di meja belajarnya.

Armel menghela nafas perlahan. Dia memutarkan kerusinya menghadap ke sebelah kiri iaitu meja belajar Daniel.

Dia mengelamun jauh. Biasanya, Daniel lah yang temankan dia study. Kalau tak temankan pun, kacau dia study.

Dia ingat lagi, Daniel pernah bagi dia minum air yang ditaruh garam! Pergh, rasa cam nak jadi raja bersiung pastu nak gigit leher Daniel sampai tercabut je. Terus dia halau Daniel keluar dan kunci pintu dari dalam.

HEARTMATEWhere stories live. Discover now