Since When

151 13 15
                                    

Tak tenteram.

Ya, hidup Armel makin tak tenteram sekarang ni. Dengan Azra yang selalu dating dengan Daniel, dengan The Princesz yang tak habis-habis cari hal dengan dia dan Fiorella lain ditambah satu lagi masalah baru.

Kemunculan Syed Harris Amzar. Lelaki yang tiga tahun lebih tua dari dia.

A damn guy yang dia minta sangat tak pernah muncul dalam hidup dia.

Kalau dulu dia sebagai pelajar, sekarang lelaki tu sebagai seorang guru praktikal dalam matapelajaran Reka Cipta.

Dalam masa dua minggu, setiap hari lelaki itu mengejarnya dan mengganggunya. Menyusahkan! Menyemak!

Armel terjaga dari lenanya. Dia pandang sebelah. Khayra masih lena while Daniel dah tiada di tempatnya. Kedengaran bunyi pancuran air dari dalam bilik air. Daniel sedang mandi.

Armel duduk dan bersandar pada kepala katil dan merenung jauh.

Makin lama dia rasa makin pelik. Something weird is growing up inside her. For sure, it's related with Daniel and Azra.

Dia tengok Daniel makin lama makin selesa dengan hubungan yang dicipta Azra. It's like Daniel buat semua tu dengan kerelaan hatinya, bukan kerana terpaksa atau dipaksa atau memaksa atau kerana terpaksa aku relakan.

Stop mengarut, Armel.

Armel mengeluh panjang. Daniel dah mula sukakan Azra ke? Or dah fall in love dengan minah yang merangkap kepada sepupu dia jugak?

Armel menggeleng-geleng kepala. No,  no, no! Mustahillah!

Lamunan Armel terhenti bila iPhone Daniel atas drawer berdering nyaring tanda ada panggilan masuk.

Armel dengan malas bergerak ke drawer itu. Nama pemanggil ditatap.

Azra.

Armel ketap bibir. Dengan perasaan bengang yang bertimbun-timbun, dia angkat call itu.

"Hey baby, morning!"

Baby kepala lu! Armel guling anak mata ke atas.

"Kau nak apa pagi-pagi ni hah?"

"Asal kau yang angkat call hah? Mana Baby Daniel aku? "

Gedik nak matey! Pergi jelah matey sana.

"Daniel dalam bilik air. Any message for him?"

"Ergh, no need. Biar aku call him later."

Armel buat muka. Mulut dibuat gaya mengejek 'Ergh no need. Biar aku call him later.'

"Oh yeah, by the way. Aku nak keluar dengan Daniel hari ni. A WHOLE DAY."

Lantak kaulah minah. Ada aku kisah? Yang aku kisah, kau ambik laki aku apahal? Kalau nak laki sangat, pergilah kahwin. Sibuk je.

"For Daniel's Birthday celebration."

Armel tergamam.

"Asal diam? Sebab kau tak tahu? Heh, malang betul Daniel ada isteri yang teruk macam kau. Dah, aku nak bersiap cantik-cantik dulu. Biar Daniel tertarik dengan aku even more. Bye, babe."

Tut!

Armel pandang skrin iPhone yang dah gelap.

Timbul perasaan 'Tak guna!' dalam diri dia.

Teruknya dia sebab tak tahu tentang tarikh penting macam ni.

Teruknya dia sebab biarkan perempuan lain yang sambutkan birthday suami dia.

HEARTMATEWhere stories live. Discover now