Sunflower

172 13 4
                                    

"Wey, korang dengar berita tak yang Armel masuk hospital sebab jatuh tangga?" Tanya Adira sambil dia sibuk mengilap kukunya.

Nuha yang mendengar soalan Adira sudah tayang wajah cuak dia. Reaksi wajahnya itu disedari oleh Eva.

Eva berkerut dahi. Nuha tahu ke pasal kes ni?

"Serious? Siapa yang buat dia tu?" Tanya Erika. Adira menjungkitkan kedua-dua bahunya. "I don't know. Aku dengar dia jatuh sebab terpijak kulit pisang. Tapi aku dengar rumor jugak yang maybe Armel jatuh sebab kena tolak oleh someone." Kata Adira.

Nuha dah gelisah. Dia pandang Puteri yang sedang menatap tajam ke arahnya. Air liur ditelan kelat.

"Yang korang sibuk pasal Armel apahal? Ikut suka dialah nak masuk hospital ke, masuk kubur ke, itu dia punya hal lah." Kata Puteri.

"Well, aku just curious je. Kalau betul Armel kena tolak, siapa dia tu? Aku ingat kita je yang bermusuh dengan Armel. Tak sangka ada orang lain yang bermusuh dengan Armel jugak." Kata Erika tenang.

"Ah, tak yah acah caring pasal dia sangatlah. Dah jom rehat." Puteri bangun dari duduknya. The Princesz yang lain ikut langkah Puteri.

Nuha lambat-lambat bangun dan berjalan mengikut The Princesz.

Eva mengerling sekilas ke arah Nuha yang berjalan dalam keadaan takut-takut tu.

Dia hantar sign pada Rasya. Rasya mengangguk kepala sebelum dia pandang ke depan semula.

_______*_______

Setelah tiga hari berkampung di hospital, akhirnya Armel dah boleh balik! Yeay🎉

Disebabkan hari ni hari sekolah, so angah dia yang akan fetch her back since angah dia tak ada kelas hari ni. Disebabkan Armel dapat cuti dua minggu, dia akan habiskan cutinya di rumah keluarganya dan Daniel juga akan tinggal di sini.

"Armel rest dulu eh? Nanti mummy bawak lunch meal Armel." Kata Datin Jesica. Armel senyum. "Okay mummy."

Datin Jesica mencium ubun-ubun Armel. "Rest well dear." Ucap Datin Jesica sebelum berlalu keluar.

Tak sampai sepuluh minit berkurung dalam bilik, dia dah start bosan. Apa pun tak boleh buat bila sakit ni.

Tiga puluh saat dia duk tenung ceiling biliknya, akhirnya dia terlena.

_______*_______

Nuha berjalan menuju ke keretanya. Reaksi wajahnya jelas dia sedang ketakutan.

Dia menyeluk poketnya dan keluarkan kunci kereta. Baru saja dia ingin menekan butang unlock, ada satu tangan merampas kunci kereta itu.

Nuha terkejut dan terus berpaling ke belakang. Mata terbuntang luas. Air liur ditelan kelat. Wajah Puteri yang sedang menatapnya tajam sambil tersenyum lebar mampu membuat dia rasa berdebar laju kerana ketakutan.

"Dah nak balik, Nuha?" Tanya Puteri. Nuha menapak selangkah ke belakang dan serentak itu Puteri melangkah setapak ke depan menghampiri Nuha.

"Put-Puteri, ak-aku nak baliklah." Balas Nuha cuak.

"Aku tahu kau akan bagitahu jugak dekat orang lain pasal Armel kan?" Duga Puteri dingin.

Nuha menggeleng kepala laju. "T-Tak! Mana ada aku bagitahu sesiapa! Aku simpan rahsia tu!"

"Tipu!" Jerit Puteri lantang. Nuha terdiam. Dalam kepala dah ligat berfikir macam mana nak selamatkan diri dari Puteri.

"Disebabkan kau bagitahu dekat orang lain pasal kes Armel, aku tak ada pilihan lain, Nuha Adresia." Puteri keluarkan sapu tangan yang telah dilumur ubat tidur.

HEARTMATEWhere stories live. Discover now