Pakatan

160 12 5
                                    

"Sure kau nak bawak Ayra sekali?" Tanya Armel yang sibuk mendandan rambut Khayra.

Daniel yang sibuk main PUBG hanya mengangguk.

"Tak mengganggu korang dating ke?" Duga Armel lagi.

Daniel geleng. "Sekejap je nak keluar pun. Bukannya lama sangat." Tutur Daniel tanpa pandang Armel.

Armel mencebik. Bosanlah bila selalu kena tinggal ni.

______*______

Azra mengetap bibir geram.

Apahal Daniel tetiba bawak budak tu?! Dari tadi sampai sekarang Daniel layan budak tu je! Aku ni dia buat macam not exist!

"Daniel..." Azra peluk lengan kiri Daniel. Daniel berpaling. "Hmm?"

Azra senyum manis. "Jom shopping. Dari tadi duk jalan-jalan je. Bosanlah." Azra bersuara manja.

Daniel senyum nipis. "Okay, let's go. Nak shopping apa?"

Azra senyum lebar. "Nak shopp-"

"Papa! Tengok tu!" Khayra dengan girang tarik tangan Daniel supaya ikut langkah dia. Azra menjeling Khayra tak puas hati.

"What's it, baby? Janganlah tarik-tarik."

"Hurry up papa! Sana! Sana!" Khayra tarik kasar tangan Daniel sehingga Daniel terpaksa ikut langkah dia.

"Papa see! Didi!" Jari telunjuk Khayra lurus ke arah patung Didi yang elok tersusun atas rak yang menempatkan pelbagai patung.

Daniel ambil patung ayam Didi tu. "You want this?" Khayra angguk-angguk kepala.

"Your doll dah banyaklah, dear. Tak payahlah." Daniel letak balik patung Didi tu. Wajah teruja Khayra berubah mendung.

Daniel dukung badan kecil Khayra keluar dari kedai tu dan mendekati Azra semula.

"Er..sorry. So, kita nak ke mana ni?" Tanya Daniel. Azra pandang Khayra geram.

"I nak shop-"

"Huwaaaa! Nak patung Didi! Nak patung Didi!" Khayra dah meraung nak kan patung Didi atas dukungan Daniel.

Daniel pelik. Kenapa tiba-tiba perangai jadi camni ni?

"Sayang, enough. You make a scene. Orang pandanglah." Daniel bersuara tegas. Khayra berhenti menangis. Dipandang wajah garang Daniel dengan sisa air matanya. Bahu dia terhinjut-hinjut kerana menangis.

"Huwaaaa! Papa marah Ayra! Papa tak sayang Ayra! Huwaaaa!" Makin kuat tangisan Khayra.

Aduh!

Azra pandang Khayra bengang.

"Sayang, no more cry please." Pujuk Daniel. Orang sekeliling dah pandang pelik ke arah mereka.

"Huwaaa! Nak patung Didi! Nak patung Didi!" Khayra mengamuk atas dukungan Daniel.

"Okay okay, papa belikan but first, stop crying. Dah tak comel baby girl papa ni." Pujuk Daniel kalut. Khayra berhenti menangis. Dengan mata yang masih berair, dia pandang Daniel.

"Tsk...tsk...betul? Promise?" Khayra hulur jari kelingkingnya depan Daniel. Daniel senyum. "Of course papa janji." Daniel lap air mata Khayra.

Khayra senyum lebar. "Okay Ayra dah tak nangis. Jom beli Didi."

Daniel dan Khayra masuk dalam kedai tu semula dan tinggalkan Azra.

Azra dah mula bengang. Budak tu menyibuk je!

Selesai belikan patung Didi untuk Khayra, mereka berjalan dalam shopping mall tu semula.

Azra pandang satu butik pakaian mewah. Riak wajahnya bertukar teruja.

HEARTMATEWhere stories live. Discover now