Chapter 4

34 2 8
                                    

*Credit the picture to its rightful owner
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari ini sudah masuk hari ketiga Daddy dan Mommy kerja outstation. Biasanya hari kelima baru mereka akan pulang untuk meluangkan masa dengan aku pada hujung minggu. 'Haih, sabarlah diri. Lusa je mommy dengan daddy balik.' pelbagai perancangan menerjah fikiran Rasha agar hujung minggu mereka tidak bosan.

"Ha! Apa kata kita pergi shopping mall yang baru bukak tu. Aku dengar shopping mall tu barang-barangnya murah. Boleh makan aiskrim McD."

Bayangan aiskrim vanilla mix chocolate muncul di fikirannya.
'Hmm, sedapnya aiskrim. Lama tak makan. Ha,kan dah craving. Siapa susah. Aku jugak'.

Rasha yang berbaring di kerusi berangkai itu bangun apabila bayangan aiskrim yang muncul dari benak fikirannya tidak boleh hilang. Siaran televisyen yang tidak lagi dapat menarik minat Rasha  dibiarkan terbuka. Langkah kaki diatur malas ke arah dapur.

"Harap-harap ada la aiskrim nak buat hilang craving ni dulu" Pintu peti ais atas dibuka. Bekas aiskrim mula dicarinya. 'Hmm, ada ke tak ni. Tolong jangan seksa aku macam ni.Ni pon salah kau jugak Rasha,duk craving aiskrim tiba-tiba'. Mata Rasha bersinar apabila bekas yang dicarinya berada di dalam tangannya. Bekas aiskrim berwarna biru itu kemudiannya dibawa ke atas meja makan.

"Hmm,nak guna mangkuk ke tak? Tak yah la.Aku bukan rajin sangat nak basuh nanti." gumam Rasha sendirian.Rak sudu dituju dan sudu diambil. Bekas aiskrim dan sudu tersebut dibawa ke ruang tamu pula untuk dinikmati. "Bosan ar citer ni. Tengok Netflix la pulak" siaran Netflix ditekan dan siaran yang menarik perhatiannya dicari.

Kringg,kringg

Telefon rumah yang berbunyi secara tiba-tiba itu mengejutkan Rasha.
"Siapa pulak nak tepon ni? Orang zaman sekrang pakai handphone je lah" rungutan kecil Rasha kedengaran namun digagahi juga untuk diangkat.

"Assalamualaikum,siapa ni?" Rasha memulakan bicara sebaik sahaja telefon rumah itu selamat mendarat di telinga kananya. "Waalaikumussalm, cik ni anak kepada Dato' Faris dan Datin Ilyana ke?" soalan yang terbit dari mulut pemanggil menyentakkan hati Rasha.
"Y-ye, siapa ni ye?" Rasha mengutarakan soalan itu walaupun suaranya gagap.

"Saya minta maaf cik. Dato' Faris dan Datin Ilyana terlibat dengan kemalangan lori sewaktu mereka ingin pulang ke rumah dan mereka meninggal di tempat kejadian. Pihak kami meminta maaf di atas kehilangan cik. Harap cik dapat menerima berita ini dengan tabah. Assalamulaikum".

Rasha pegun. Otaknya ligat menafsirkan maksud yang diberikan oleh pemanggil telefon tadi. Dunianya seakan kelam dan gelap.

"ARRGGGGH" Rasha meraung sepuas hatinya apabila kata-kata pemanggil tadi terngiang-ngiang di benak fikirannya.

"Tak, tak mungkin. Daddy dengan mommy sepatutnya balik lusa kan? Kenapa hari ni? Kenapa sekarang?!"

Hatinya pecah berderai sebagaimana pecahnya empangan air matanya. Sungguhpun mereka hanya ibubapa angkatnya, tetapi mereka tetal memelihara dan membesarkannya seperti anak sendiri. Merekalah yang menjaga pakai minumnya dan merekalah yang memberikan maksud keluarga kepadanya. Kenapa semuanya ditarik begitu sahaja? 'Kenapa?' perkataan itu berulang-ulang kembali dalam kotak fikirannya.

Lagu kegemarannya 'We Don't Talk Anymore'  dari telefon pintarnya berbunyi. Tertera nama makcik angkatnya, Mak Long . Mak Long merupakan kakak kepada mommynya. Jarinya terketar-ketar menyambut panggilan itu. Ikon hijau dislide ke kanan.

"A-assalamualaikum, Mak Long?" suara Rasha yang serak jelas kedengaran. Bunyi tangisan masih bersisa. "Rasha dah tahu berita tu?" Mak long bertanya ramah.
"Hmm" hanya itu yang mampu dibalas oleh seorang Rasha tika itu.

"Lepas subuh pagi esok Mak Long ambik Rasha ye? Dalam pukul 10:30 Mak Long sampai. Majlis pengebumian akan berlangsung lepas zohor esok . Lepas habis majlis Mak Long hantar Rasha balik terus boleh?" terang Mak Long panjang lebar dengan nada memujuk.

"Hmm" Rasha tidak mendengar satu apa pun yang dikatakan oleh Mak Longnya tapi dia hanya mengiakan sahaja. Selepas berbalas salam, Rasha bangkit naik ke biliknya.

Perancanganya untuk ke shopping mall hujung minggu itu hancur begitu sahaja. Seleranya turut mati . Air mata kembali bertakung di tubir mata Rasha. Hatinya kembali remuk.

Jam dinding dipandang sekilas. Pukul 4:55 petang. Baru 50 minit yang lalu mak ayah angkatnya meninggal. Solat asar yang tidak dilakukan lagi segera ditunaikan. Rasha baring lemah di atas katilnya. Penantian hari kesokkan menyakitkan hatinya. She just can hope for the best.

~Keesokan harinya~

Rasha memandang kosong luar tingkap kereta itu. Pemandu kereta itu semestinya bukan Daddynya dan penumpang hadapan juga bukan mommynya seperti biasa. Majlis pengebumian tadi amat memilukan hatinya. Air mata yang ditahan sejak dari kawasan perkuburan menitis juga. Esakan kecil mula kedengaran.

Mak Long yang sedar akan esakan itu memandang Rasha melalui cermin pandang belakang keretanya. Suami disebelah dipandang sekilas. Riak risau dan kasihan bercampur di wajah Mak Long. Suami Mak Long yang sedar akan perubahan riak wajah isterinya hanya mampu memegang erat tangan Mak Long .Cuba menyalurkan sedikit kekuatan.

Rasha mengesat air mata yang turun buat kesekian kalinya. Perjalanan pulang ke rumahnya dirasakan mengambil masa yang amat lama sekali.Pandangan Rasha dihala ke luar tingkap kereta.

Sebuah kedai minum berjaya menarik perhatiannya.
'Tok Aba Kokotiam' Rasha menyebut nama kedai tersebut perlahan. Kelihatan beberapa orang yang mungkin sama umur dengannya sedang berbual-bual kecil.
'Malam nanti aku nak pergi kedai tu la' desis hati kecil Rasha membuat keputusan.

Setibanya mereka di rumah Rasha, Mak Long sempat menitipkan beberapa nasihat kepada Rasha."Kalau ada pape nanti Rasha call je Mak Long ye?" Rasha tersenyum kecil.

"Terima kasih Mak Long tolong hantarkan Rasha balik. Nanti bila Rasha  kerja nanti, Rasha sewa rumah lain ye?" pinta Rasha berharap Mak longnya setuju. "Lah, takpe lah Rasha nak duduk sini terus pon. Mak Long tak kisah. Ini kan rumah arwah Mommy dan Daddy kamu juga." balas Mak Long pelik.

"Tak boleh la macam tu Mak Long, please?" rayu Rasha semula. Dia berasa bersalah apabila dia yang duduk di rumah itu tetapi yang membayar bil rumah itu Mak longnya.
"Ha ye lah,tapi kamu duduk sini dulu buat sementara waktu ye?" pinta Mak Long. Berharap agar cadangan itu pula tidak ditolak. Rasha mengangguk kecil.

Selepas berbalas salam, kelibat kereta Mak Longnya mula menghilang. Rasha membuka pintu dengan kunci di tangan. Suis kipas dibuka. Perkara pertama yang perlu dia buat ialah mandi. Dia telah solat jama' zohor dan asar tadi di rumah Mak Longnya.

Apabila dia  tiba di dalam biliknya, tudung dibuka terlebih dahulu dan disangkutkan di pintu biliknya. Kemudian dia mengambil tuala dan terus menapak ke bilik air.

-To Be Continue-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* Hye guys,sorry sgt klau chapter ni cliché atau bosan kay? Kalau korang rasa makin lama chap author makin panjang tolong bagitau ye? Atau chap ni korang rase dh okey?

-plis tell me what your think in the comment section ,dont forget to vote
-thats all,autmn out
- bye lovelies 😆😆,see ya in next chap

PERTEMUAN TIDAK DIDUGA (Boboiboy Solar X OC)Where stories live. Discover now