Epilog

30 2 91
                                    

  10  Tahun Kemudian

Skrin putih pada  telefon ditatapnya lama. Photo dirinya bersama kawan-kawannya yang lain membuatkan senyuman terukir sendiri di bibir polosnya.

" Jauh termenung. Kita dah sampai pun tak sedar "  suara garau seseorang menganggu dirinya dari terus menatap gambar itu.

Jejaka itu melemparkan senyuman manis dan membuka pintu kereta untuk memudahkan wanita itu keluar. Tangan dihulur ke arah wanita itu.

Rasha membalas senyuman jejaka itu dan meletakkan telefon pintarnya di dalam beg tangan. Usai dia mengemas barangnya seketika, dia menyambut huluran tangan sang jejaka dan mengenggamnya erat.

Shade oren yang terletak pada wajah Solar dibetulkan wanita itu seketika.

Sejak mereka mendirikan rumah tangga mereka, jejaka di sebelahnya kini tidak pernah mengabaikan kebajikan dirinya.

" Rindunya nak jumpa dia. Mesti dia makin comel sekarang "  Rasha memandang anak mata suaminya menyerlahkan lagi kerinduan dirinya terhadap si ' dia '.

" Saya pun rindu dia. Let's go, honey " pasangan itu seterusnya berjalan menuju ke arah sebuah kokotiam yang biasa mereka pergi.

Tok Aba Kokotiam. Nama itu masih gah di atas sebuah kedai kopi yang sudah bertukar ciri fizikalnya.

Tok Aba telah menambah baik kedai kopinya dan mengupgrade kedai kecilnya ke lebih besar.

Kedai itu tidak lagi terbuka seperti sebelumnya, masih ada lagi bumbung untuk menghalang kedai itu dari sinaran cahaya matahari dan mempunyai dinding yang menutupi sebuah kedai itu. Rekaan dalaman dan lukisan luaran yang menarik mampu membuatkan berpuluh-puluh orang datang ke kedai itu setiap hari.

Kringg!

Loceng yang diletakkan di atas pintu kedai itu berbunyi, sebaik sahaja Rasha dan Solar menapak masuk ke dalam.

Gempa yang sedang mengelap meja berdekatan menoleh ke arah pintu apabila dia sedar pasangan itu mula masuk ke dalam kedai.

" Hai Solar, Rasha " Gempa menapak ke arah pasangan itu apabila mereka mula mengambil tempat mereka di meja bersebelahan dengan tingkap besar kedai itu.

Sebuah kerusi di sebelah Solar dan tiga kerusi kosong di hadapan pasangan itu dibiarkan tidak berpenghuni.

" Hai Gempa. Mana Yaya? " Rasha menjawab sapaan Gempa dan melilaukan matanya mencari wanita berlitup merah jambi itu.

" Oh, dia balik rumah kejap. Kita kan baru habis misi. Aku ajak dia pergi kedai ni terus lepas kita mendarat tadi, tapi dia kata dia nak simpan barang dulu kat rumah. Tu yang takde kat sini ni. " Gempa menjawab pertanyaan Rasha berkenaan isterinya.

Ya, isteri.

Dia dan Yaya telah melangsungkan pernikahan mereka beberapa bulan selepas pasangan dihadapannya ini bernikah. Dia juga tidak tahu sejak bila perasaan terhadap isterinya mula mekar di dalam dirinya. Mungkin kerana mereka sering melakukan misi bersama.

" Gempa. Nampak dia tak? " Solar cuba berteka-teki dengan kembarnya  untuk mengetahui sama ada kembarnya faham maksud tersiratnya.

" Dia? " berkerut dahi Gempa cuba mengingati siapa dia yang dimaksudkan kembarnya.

Wajah Gempa bercahaya apabila dia menangkap maksud Solar dan membuka mulutnya cuba memberitahu keberadaan si dia namun dihalang dengan suara nyaring seseorang.

Mereka bertiga menoleh ke arah pintu dan wajah Tok Aba bersama seseorang yang sudah mengalir air mata menyapa pandangan mata mereka.

Solar dan Rasha bangkit dari duduk mereka dan berlari anak ke arah Tok Aba. Rasha berdiri di atas lututnya dan tangan didepa menyebabkan tubuh genit seseorang menyambutnya.

PERTEMUAN TIDAK DIDUGA (Boboiboy Solar X OC)Where stories live. Discover now