Chapter 15

28 2 34
                                    

Televisyen dihadapan meja kopi ditenung kosong. Fikirannya kini melayang ke tempat lain.Dia masih menghadam semua maklumat dan memori yang baru diterimanya.

Jejaka disebelah dirinya dipandang sekilas. Aiskrim yang sedang dinikmati jejaka itu ditenung pula.

Rafiq yang tersedar aiskrimnya ditenung seseorang mengalihkan pandangannya pula ke arah Rasha.

" Nak?" Rafiq menghulurkan aiskrim kon yang sudah dimakannya separuh ke arah kembarnya. Rasha hanya memberi gelengan kecil dan kembali memandang wajah Rafiq.

" Aku tau la aku handsome, tapi jangan la tenung aku macam tu " Rafiq mengesot dirinya menjauhi Rasha apabila dia mula berasa tidak selesa dengan tenungan adiknya.

Rasha mengangkat sebelah keningnya. " Kau? Handsome? Puhlise. Ada orang lagi hensem dari kau kot " Rafiq menelan kunyahan terakhir kon aiskrimnya dan memandang Rasha dengan mata yang membulat.

" Ha? Sape? Crush kau ke? " Rafiq cuba meneka dan melihat riak wajah Rasha yang bersahaja.

" Apapun. Kau tak citer lagi kat aku apa yang berlaku kat Papa dengan Mama lepas aku teleport " Rasha mengelak dari menjawab soalan Rafiq dan mengajukan soalannya pula.

Rafiq menggaru kepalanya yang tidak gatal perlahan dan kelihatan teragak-agak untuk menceritakan apa yang berlaku kepada adiknya. Dia bimbang adiknya akan berasa amat bersalah dan mengurung dirinya dalam bilik.

Rasha menunggu dengan penuh sabar. Rafiq menghela keluhan dan memandang anak mata Rasha sebelum memulakan ceritanya.

Flasback

" Sha! " Rafiq menjerit ke arah adiknya yang mula menghilang dari pandangan matanya. Dia memandang kembali ke arah penjahat tadi yang sedang berdecit kecil.

Pistolnya kembali diangkat dan dihalakan ke arahnya pula.

Rafiq menggigil ketakutan. Dia tidak tahu sama ada dia perlu mengikut jejak adiknya dan teleport dari situ ataupun menunggu arahan seterusnya dari Mama.

" JANGAN SENTUH ANAK AKU! " mama muncul di belakang penjahat tersebut dan menembak kaki penjahat itu. Badan Mama yang penuh dengan darah terutama di bahagian perut mengundang kerisauan dalam diri Rafiq.

" MAMA! " Rafiq menjerit memanggil Mamanya yang sedang bersusah payah cuba menghentikan darah yang tidak berhenti mengalir.

Mama memandang ke arahnya dan cuba mencari kelibat Rasha. Dia hanya membuat kesimpulan sendiri dan menyuruh Rafiq melarikan dirinya pula.

" Apiq takkan tinggalkan Mama dengan Papa! " air mata Rafiq tidak henti turun berharap agar semuanya menjadi normal semula. Mama memberikan senyuman kecil sebelum mulutnya memuntahkan darah yang banyak.

Tanpa mereka sedar, penjahat tadi telah berdiri semula dan menikam perut Mama yang terluka tadi dengan pisau di tangan kanannya. Senyuman sinis terbit pada wajahnya.

" L-LARI CEPAT! " refleksi badan Rafiq menyebabkan dirinya menekan laju punat pada bola itu. Dirinya semakin menghilang.

Perkara terakhir yang dilihatnya ialah Mama yang sudah rebah dan masih ditikam dengan kejam oleh penjahat tadi. Air mata Rafiq mengalir untuk kesekian kalinya sebelum dia tiba di tempat yang asing.

End Flashback

" Lepastu, ada sepasang orang tua ni yang jumpa aku. Diorang decide jaga aku sampailah aku umur 12 tahun. Aku cakap kat diorang yang aku nak cari kau dan diaorang akhirnya benarkan aku. Diorang akan bank in duit sebulan sekali untuk aku survive dalam tempoh aku cari kau. Sampailah akun14 tahun, aku mula belajar hack komputer dan buat duit sendiri dari situ. Duit yang aku pernah guna pun aku bayar semula kat diorang. Akhir sekali, aku guna kemahiran hack aku dan cuba jejak kau. Tapi mula-mula aku pergi rumah lama kau. Masa tu, kau baru pindah dan aku hack phone kau lagi sekali sampai aku dapat alamat rumah ni. Tada."  Rafiq mengambil nafas yang panjang apabila dia lelah menceritakan semuanya kepada Rasha.

PERTEMUAN TIDAK DIDUGA (Boboiboy Solar X OC)Where stories live. Discover now