Chapter 16

26 1 77
                                    

Ketawa yang terbit dari mulut si jejaka menarik perhatian kembarnya.

" Asal kau gelak doe? " Rasha mengalih pandangannya pada telefon pintar seketika dan memandang tepat pada wajah kembarnya yang berada di sebelah.

" Takde apa. Aku teringat kau selalu terjatuh masa kecik dulu. Bila aku nak tolong kau bangun, kau taknak sebab kau nak 'prince charming' kau datang tolong." Rafiq masih menghabiskan sisa tawanya.

Rasha hanya memandang kosong wajah abangnya. Dia hanya memberi anggukan kecil untuk membalas kata-kata Rafiq sebentar tadi.

Rasha bangun dari duduknya dan mula melangkah keluar dari kawasan memandu itu. Kommander dan Kapten Papa yang sedang sibuk, dipandang sekilas. Rafiq menghantar pemergian adiknya dengan pandangan sehingga kelibat Rasha sudah tiada.

Rasha mengamit kembali memori pada pagi tadi, apabila Ochobot memberitahunya sesuatu yang tidak diduga.

Flashback

Pintu kapal dibuka perlahan-lahan sebaik sahaja kapal tersebut selamat mendarat. Rasha yang sedang berdiri di belakang kumpulan itu menoleh wajahnya ke sisi apabila menyedari seseorang merenungnya.

" Ochobot? Kenapa tenung aku macam tu? " Ochobot kelihatan teragak-agak untuk memberitahu gadis itu. Kawan-kawan mereka yang sudah mula berjalan menuju ke kapal angkasa dibiarkan.

" Sebenarnya aku nak bagitau kau sesuatu ni Rasha. Semalam kan Solar kata kat kau yang dia cuba mintak Kommander untuk masukkan Rafiq dalam misi kita ni kan? . Aku pun tak tahu kalau angin Kommander tak berapa baik masa tu sebab Solar kena marah teruk dengan Kommander sebab ajak orang luar sertai misi ni. Aku dah cakap dengan Solar.Kalau Kommander tak bagi abang kau ikut, dia perlu berterus terang je lah dengan kau. Tapi dia tak nak. Dia masih pujuk Kommander sampai Kommander bagi Rafiq masuk buat sementara waktu untuk tengok skill dia." Ochobot terang panjang lebar dalam keadaan dirinya membisik ke telinga Rasha.

Rasha hanya menunduk memandang tanah buat seketika dan mengucapkan terima kasih kepada Ochobot kerana memberitahu dia secebis informasi itu. Mereka orang yang terakhir memasuki kapal angkasa itu.

End Flashback

' Kenapa dia sanggup kena marah dengan Kommander? Selalunya dia diantara orang yang akan cepat beralah kalau apa yang dia minta tak dapat ' Rasha menoleh ke arah pintu bilik makmal Solar yang terbuka secara tiba-tiba.

Solar keluar dari makmalnya dan berjalan ke arah tandas di hujung lorong itu. Dia masih tidak menyedari kehadiran Rasha yang berdiri tegak dibelakangnya.

Rasha hanya memerhatikan jejaka tersebut menapak ke arah tandas. Matanya membulat apabila dia menyedari baju yang dipakai Solar tika itu.

" Tu, hoodie kan? " Solar yang mula memasuki tandas dipandang seketika. Hoodie putih  yang dipakai Solar meragut tangkai hati Rasha.

" Hensemnya. Luluh iman aku macam ni" muka Rasha membahang. Dia amat menyukai hoodie sehingga meminta arwah daddy untuk membelikannya sebagai koleksi.

Tetapi jika orang yang memakai hoodie itu bukannya dirinya, dan merupakan jejaka yang sama umur dengannya, dia mungkin akan pengsan.

" Oit"

Rasha mengalihkan pandanganya dari tandas lelaki yang dimasuki Solar dan menoleh kepada jejaka yang baru memanggilnya. Huluran sapu tangan yang diberi jejaka itu disambut dengan tanda tanya.

"Aku nak buat apa dengan sapu tangan kau ni, Fang? " Fang tersengih sendirian apabila mengetahui siapa yang  Rasha tenung sehingga tidak menyedari kehadirannya.

"Untuk lap air liur kau yang meleleh tu " Mata Rasha membulat terkejut dan menyapu hujung bibirnya yang baru dirasakan basah.

' Ish, malunya aku' muka Rasha menjadi semakin merah dari malunya tadi.

PERTEMUAN TIDAK DIDUGA (Boboiboy Solar X OC)Where stories live. Discover now