Chapter 12

23 2 34
                                    

Boboiboy Gempa mengeluh untuk kesekian kalinya. Dia masih risau jika
masalah yang dihadapinya kini akan menganggu misi-misi mereka yang akan datang.

" Kau okey tak Boboiboy? " Ochobot mendekati Gempa dan menilik muka Gempa yang kerisauan.

"Aku okey je, tapi tulah. Aku risaukan lagi masalah kita sekarang ni " Gempa akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hatinya sejak semalam.

" Takpe, aku yakin Solar boleh cari penawar untuk masalah kali ni jugak"  Ochobot cuba menenangkan diri Gempa.

Jam kuasa Boboiboy berbunyi dan hologram Kommander muncul di hadapannya. Wajah Kommander kelihatan serius sekali.

"Kenapa ni Kommander?  Ada misi lagi ke? " Gempa menyoal Kommandernya setelah beberapa saat berdiam diri.

" Aku nak kau dan Ochobot datang bilik utama sekarang. Ada benda yang
aku nak cakap dengan kau dan kawan-kawan kau " suara Kommander yang kelihatan bersahaja dan tidak tegas seperti biasa mengundang tanda tanya bagi
Gempa.

Setelah hologram itu hilang, dia dan Ochobot bergegas ke bilik utama untuk berjumpa dengan Kommandernya.

Pintu bilik dibuka dan kaki menapak masuk ke dalam. Kawan- kawannya juga telah tiba dan hanya menunggu kedatangan Gempa sahaja. Solar dan Blaze juga turut bersama mereka.

Kommander yang sedar akan kehadiran Gempa, memulakan bicaranya. "Baik, disebabkan semua dah ada. Aku akan mula bagitau kenapa aku panggil korang ke sini. "

Ochobot tidak senang duduk apabila rahsia yang disimpan dari semalam akan dibagitahu oleh Kommander mereka pada pagi itu.

"Aku dah bagitahu Laksamana dengan prestasi misi korang yang sangat memberangsangkan, dan "
Kommander memandang anak buahnya satu persatu.

Senyuman kecil muncul di mulut Kommander apabila menuturkan ayat seterusnya.

"Dan? " Gopal kelihatan tidak sabar untuk mengetahui apa yang akan dibagitahu Kommander mereka.

' Tolonglah jangan misi lagi. Aku penat ' omel Gopal dalam dirinya.

"Dan, KAMU SEMUA DIBENARKAN UNTUK PULANG KE BUMI HARI ESOK ! " jeritan Kommander mendapat sambutan yang meriah dari anak buahnya. Kegembiraan terlakar di wajah mereka.

Rasha hanya tersenyum hambar. Mungkin kerana tidak ada orang yang akan menyambut kepulangannya apabila mereka tiba di bumi nanti.

Kommander melepaskan mereka dari perjumpaan itu untuk memberi mereka masa mengemas barang yang perlu dibawa balik ke bumi.

Tetapi tidak bagi Rasha, dia meneruskan perjalananya hingga tiba di bilik latihan. Pintu dibuka dan dirinya melangkah masuk. Rasha tidak membawa banyak sangat barang untuk dikemas. Selama ini pun, dia meminjam baju Yaya dan Ying jika pakaiannya kotor.

Rasha meneliti segenap kawasan latihan itu. Dia mahu berlatih tetapi tiada seorang pun di situ. Mungkin mereka terus ke bilik untuk mengemas barang mereka.

Bunyi tapak kaki seseorang menarik perhatian Rasha. Kepalanya dipaling dan wajah seseorang menyapa mata.

" Hai Fang " Rasha menyapa Fang yang berjalan mendekatinya. Dia baru tersedar Fang tiada bersama mereka sewaktu perjumpaan tadi. Mungkin dia menyelesaikan misi solonya.

Fang sekadar menganguk, membalas sapaan Rasha . " Nak berlatih dengan aku tak? " Rasha bertanya kepada lelaki yang hanya mendiamkan diri.

"Boleh jugak " akhirnya terbit juga suara dari jejaka itu apabila sekian lama dia mendiamkan diri. Fang berjalan dan mengambil posisi bertentangan dengan Rasha.

PERTEMUAN TIDAK DIDUGA (Boboiboy Solar X OC)Where stories live. Discover now