Chapter 9

22 2 19
                                    

*Author malas la nk ltk gambar, start chapter ni x dek gambar dah ea? sorry😣.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yaya, Ying dan Rasha yang sudah bersiap mengatur perlahan  langkah mereka ke kawasan arena semalam.Rasha memerhatikan jam kuasa milik Yaya dan Ying silih berganti.' Dari mana mereka semua dapat kuasa? ' Rasha menyimpan soalannya di belakang dan meneruskan berjalan.

Taklimat ringkas yang diberikan Kommander dihadam.Nampaknya, dia dan Fang merupakan kumpulan yang akan menghalang misi kawan-kawannya untuk mengambil power sfera di Planet Volcania.

Selepas mereka tiba di planet tersebut, Fang dan Rasha terlebih dahulu mendahului kumpulan Boboiboy dan bergabung dengan Sai dan Shielda.

-time skip-

Kebanyakan masa digunakan Rasha hanya untuk mengelak dan bukan menyerang.Dia hanya mampu memerhati kawan-kawannya dikalahkan oleh ahli kumpulannya sendiri.Rasha amat yakin bahawa Laksamana akan memarahinya apabila dia pulang ke station nanti.

Boboiboy Api yang baru sahaja bertukar membuatkan keadaan tidak dapat dikawal. Fang, Sai dan Shielda melindungi diri mereka apabila serangan bertalu-talu yang diberikan Boboiboy Api tidak berhenti.

"CUKUP! " Fang menjerit ke arah Shielda yang baru merempuh Boboiboy Api."CUKUP? MANE CUKUP!" Boboiboy Api yang ingin menyerang lagi dihalang oleh seseorang.

"Dia kata cukup kan? "kata- kata sinis Rasha mengalihkan perhatian Boboiboy Api ke arahnya.Boboiboy Api yang jelas tidak berpuas hati mula menyerang Rasha.

"CAKERA BERAPI! " cakera tersebut dibaling laju ke arah Rasha." RASHA! " Fang memanggil Rasha, cuba menyedarkan lamunan gadis yang menutup kedua belah kelopak matanya.

" PEDANG ILUSI! " Pertembungan diantara cakera berapi Boboiboy dengan sesuatu menyebabkan debu-debu di situ bertebangan.Fang yang berada berdekatan dengan mereka menutup matanya, menghalang dari debu untuk masuk ke mata.

Mata Fang kembali dibuka untuk melihat nasib yang menimpa diri Rasha.Sebuah pedang berwarna hitam dan biru terletak elok di gengaman tangan kanan Rasha.
'DIA ADA KUASA?! ' jerit hati Fang .

Boboiboy Api yang masih terkejut melemparkan bertalu-talu cakera berapi ke arah Rasha.Gadis itu hanya menghalang dan mengelak agar cakera itu tidak terkena pada dirinnya. Fang yang sedar bahawa gadis itu menghampiri jurang larva memanggil namanya.

Rasha berpaling ke arah Fang sejenak sambil  mengelak serangan Boboiboy Api namun kakinya tergelincir dan dia jatuh dari jurang itu.Jarinya sempat memaut jurang di atasnya. Peluh merinik di dahinya tatkala dia merasakan haba datang dari larva dibawahnya.

Fang yang cuba membantu Rasha dihalang keras oleh Boboiboy Api.
" ARHHH! " jeritan Rasha menambahkan lagi kerisauan dia terhadap gadis itu. Kaki kiri Rasha disambar larva panas yang semakin bergelonjak naik.

Sai dan Shielda meneruskan serangan balas  mereka sehingga Sai melakukan serangan akhir. Laksamana menamatkan ujian mereka serta merta apabila keadaan menjadi lebih huru-hara.

Fang dan Kommander yang baru tiba membantu menarik Rasha ke atas dan memapah Rasha memasukinya teleportasi Ochobot.

"Er, aku mintak maaf Rasha " Boboiboy Api yang sudah bertukar menjadi Boboiboy biasa meminta maaf kepada Rasha selepas dia memohon maaf kepada Sai dan Shielda di atas kekasarannya sebentar tadi.

Rasha diam tidak berkutik dan hanya memandang lantai, dirinya yang sedang dipapah Yaya hanya meminta Yaya membawanya terus ke bilik rawatan untuk merawat kakinya yang sudah melecur.

Boboiboy menggaru kepalanya yang tidak gatal.Perasaan bersalah menyerbu dirinya apabila gadis itu berlalu tanpa mengucapkan apa-apa kepadanya.Laksamana meluluskan ujian mereka apabila misi yang ditugaskan berjaya dipenuhi.

PERTEMUAN TIDAK DIDUGA (Boboiboy Solar X OC)Where stories live. Discover now