Chapter 10

34 2 33
                                    

Gadis yang baru tersedar dari pengsannya membuka mata perlahan.Memori dia dirempuh kuat tadi, berulang kembali.

Rasha bangun dari pembaringannya. Kawasan bilik rawatan, diperhati lama. Tangannya naik ke kepala yang sudah berbalut. Kaki yang berada di dalam selimut juga turut dibalut baru.

"Kau okey ? " wajah Boboiboy menyapa pandangan matanya.
Namun, pakaian Boboiboy pada hari itu agak berbeza.

Topi berwarna kelabu putih bersama sebuah simbol bintang terletak elok di atas kepalanya. Dia juga memakai baju yang berlainan warna ,sepasang sarung tangan serta shade berwarna oren.

Rasha hanya merenung Boboiboy di hadapannya."Kau Boboiboy ke? " soal Rasha bersama dahi yang berkerut.

"Aah, tapi aku Boboiboy Solar. Nama kau apa? " Boboiboy Solar bertanya sekadar untuk beramah dengan gadis itu.

" Nama aku Rasha.Kau buat apa kat sini? " Rasha agak hairan apabila Boboiboy mengambil keputusan untuk menggunakan kuasa tiganya.

"Oh, kaki Blaze terseliuh tadi. Aku datang sini nak ambik icepack, tapi dari tadi tak jumpa. " Boboiboy Solar mencebik apabila barang yang dicarinya dalam peti ais   tidak ditemui.

Rasha turun dari katil dengan berhati-hati. Peti ais bilik rawatan dituju dan bahagian atas dibuka. Beberapa aispack menyapa pandangan matanya dan dia memandang Boboiboy Solar.

"Er,hehehe.Patutlah tak jumpa, aku bukak bahagian bawah" Boboiboy Solar tersengih kecil dan mengambil satu icepack dari dalam peti.Pintu peti kembali ditutup.

"Nak ikut?  " Rasha memandang lama Boboiboy Solar di hadapannya dan mengganguk kecil. Kaki diatur ke kawasan latihan station itu.

"Hmm, sape kalahkan lelaki tu? " Rasha mengajukan soalan yang bermain di benak fikirannya sejak dia tersedar tadi.

"Lelaki? Oh, Kapten Vargoba ke? " Boboiboy Solar mengerutkan dahinya seketika dan menangkap kata-kata Rasha.Rasha hanya berdiam diri.

" Kalau Kapten Vargoba tu lelaki besar yang campak aku tadi, aah " ucap Rasha.

"Hmm, adelah orang tu yang kalahkan dia.Kapten Vargoba pun dah ditangkap." Boboiboy Solar kelihatan berfikir sejenak sebelum mengutarakan kata-katanya.Rasha menggaru pelipisnya.

'Aku tanya sape, dia kata adelah.Memang menjawab soalan pun' Rasha mengeluh kecil.

"Blaze, nah icepack kau " laung Boboiboy Solar apabila mereka menapak masuk ke dalam kawasan latihan. Blaze menyambut huluran itu dengan wajah masam mencuka.

" Lambat. Kau sesat ke hah" Boboiboy Solar hanya tersengih ke arah Blaze dan Gempa.

"Eh Rasha, kepala kau dah okey ke? " Yaya yang sedar akan kehadiran gadis itu bertanya lembut."Dah sikit.Tapi pening-pening tu ada lagi " balas Rasha bersama senyuman kecil.

Boboiboy Solar mengalihkan pandangannya apabila melihat lesung pipit di kanan pipi gadis itu.Mukanya membahang.

"Wei, Kommander panggil kita kat bilik utama sekarang.CEPAT! " pernyataan Ying menyebabkan semua di bilik latihan itu bergegas ke bilik utama. Boboiboy turut bercantum semula dan meneruskan lariannya.

Setibanya mereka di sana, mereka melakukan hormat gaya tapops untuk menyapa Kommander mereka. Rasha turut sama disitu bersama dengan yang lain.

"Hmp, aku panggil korang ke sini sebab ada ahli Tapops melaporkan bahawa 3 power sfera kita dicuri dan di bawa ke planet ni." Kommander menaip sesuatu dan sebuah planet menyapa mata.

"Misi korang ialah pergi ke planet tu dan dapatkan semula power sfera yang telah dicuri.Bagi misi kali ni, aku akan ikut untuk menghantar simbol sos jika terjadi apa-apa yang tidak diduga" Kommander memberi kata putus sebelum mereka bertolak untuk menjalankan misi mereka.

PERTEMUAN TIDAK DIDUGA (Boboiboy Solar X OC)Where stories live. Discover now