Extra

35 4 83
                                    

*Hope u olls enjoy the last chap😍💗
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1) Library

Aku hanya mengganguk mendengar bicara mereka tentang misi pencarian Databot.

" Jom kita pergi ! " Gopal menjulang tinggi tangan kanannya yang sudah dikepal menjadi penumbuk.

Laksamana, Kommander, Blaze, Gempa, Ying dan Yaya mengikut langkah Kapten Papa dan Gopal yang sudah berjalan keluar dari perpustakaan itu.

Rasha menyimpan senyum dan mengikuti mereka keluar dari pintu perpustakaan sebelum suara Kommander menghentikan langkahnya.

" Rasha! Kau jangan berani nak ikut misi kali ni. Kaki kau yang melecur tu tak elok lagi. Nanti makin lambat kau sembuh " Kommander melepaskan dengusan kasar sebelum meneruskan langkahnya mengikut Laksamana ke bilik utama.

Rasha memandang kakinya yang masih berbalut dengan keluhan kecil. Lukanya masih belum sembuh kerana dirinya yang tidak boleh duduk diam dan sentiasa berjalan.

Gadis itu menapak kembali kakinya ke dalam perpustakaan itu semula. Dia baru tersedar bahawa perpustakaan tersebut amat bersepah dengan buku-buku di situ .

Laksamana dan Kommander yang muncul secara tiba-tiba sewaktu kawan-kawannya bercakap tadi, menyebabkan banyak buku yang terjatuh. Sekaligus menyebabkan kawasan perpustakaan itu bersepah dengan buku yang berterabur.

' Sies la diorang tinggal macam ni je?. Ingat ada orang gaji ke dalam stesion ni nak kemas? Dah la perpustakaan ni takdek orang jaga.'

Rasha mengomel dalam dirinya sambil tangannya tangkas mengutip buku satu persatu.

Buku biru tua yang ingin dicapai Rasha, dirampas laju oleh seseorang.
Rasha memandang manusia dihadapannya dengan tanda tanya.

" Solar? Kau buat apa kat sini? Bukan kau pergi misi jugak ke? "

Rasha cuba mengingati kembali jika Solar bersama mereka di dalam perpustakaan sebentar tadi, namun gagal.

" Aku kena rehat dulu disebabkan luka kena tembak. Kommander tak bagilah aku pergi misi ni, lepas kita kalahlah jungglenut tu semalam. Dia kata kau mungkin ada kat perpustakaan, so aku datang la. Kau mesti bosan kan." Solar memberi senyuman manis kepada Rasha yang berdiri dihadapannya.

" Hmm, boleh lah jugak bosan. Kalau kau tak pergi misi pun, aku ingatkan kau nak buat penawar tu je dalam makmal kau? " Rasha mengangkat sebelah keningnya dan menyambung mengutip buku-buku di lantai.

Solar mendekati Rasha dan menolongnya mengutip buku yang lain bagi memudahkan kerja gadis itu.

" Aku malas la nak buat penawar tu hari ni. Sekali-sekala, nak jugak rehat" Solar meregangkan tangannya dan tersenyum puas apabila dia berasa lega.

Rasha hanya mengangguk kecil kepada jawapan Solar dan mula meletakkan buku tersebut mengikut katogerinya pada rak-rak buku.

Solar hanya memerhati sahaja gadis itu menyusun buku satu persatu di rak bahagian bawah. Dia menyambung mengutip buku yang tergendala dan meletakkan diatas meja berdekatan dirinya.

Buku berwarna kuning cair yang berada pada tangan Rasha dipandangnya bergilir dengan rak buku dihadapannya.

Kategori buku itu berada di bahagian atas rak dan gadis itu amat yakin dia tidak akan sampai pada ketinggian itu.

Diri jejaka yang berada bersamanya tadi dicari. Rasha berjalan keluar dari bahagian rak itu dan menoleh ke arah seseorang yang sedang lena diatas meja berdekatannya.

Meja berbentuk bulat itu dituju Rasha dan wajah Solar yang sedang tidur ditiliknya.

Eyebag yang berada di bawah mata Solar cukup memberitahunya bahawa jejaka itu terpaksa tidur lewat untuk menyiapkan penawar buat dirinya.

PERTEMUAN TIDAK DIDUGA (Boboiboy Solar X OC)Where stories live. Discover now