Chapter 7

32 2 24
                                    

*the picture is not mine
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Galaksi yang mempersonakan diri gadis itu, ditatap lama.Dia harus lakukan sesuatu agar kommander kapal yang baru dikenalinya tidak menghantar dirinya pulang kebumi.Menurutnya, sebuah power sfera yang bernama Ochobot tidak dicas sepenuhnya lagi.

Kommander pula agak culas untuk menghantar gadis itu pulang ke bumi menggunakan kapal angkasanya sendiri memandangkan jarak kawasan mereka dan bumi agak jauh.

Rasha mengeluh untuk kesekian kalinya.Dia masih mahu turut serta dengan pengembaraan itu memandangkan dia akan menemui pelbagai planet dan panorama yang tidak pernah ditemuinya.

Dia tekad.Dia harus menggunakan kuasanya setelah sekian lama dia memendamnya.Rasha berdiri untuk mencari kommander kumpulan itu di kawasan penyimpanan power sfera.

Kaki diatur keluar dari bilik tumpangannya iaitu bilik Yaya dan Ying sendiri.Bilik yang dicarinya berada agak jauh dari dirinya sekarang.Apabila dia ingin mengambil lorong ke kanan, dia terserempak dengan seorang lelaki dan seekor kucing.

"Eh, anak siapa ni? " lelaki yang diteka sebagai Kapten Papa bertanya kepada dirinya.

Rasha memberikan senyuman kecil.
"Kapten Papa kan? " soal Rasha yakin dengan jawapannya. Lelaki tersebut agak terkejut apabila gadis muda dihadapannya mengenali dirinya.

"Macam mane kamu boleh kenal kebenaran ha?, kebenaran famous sangat ke kat bumi?" Kapten Papa yang jelas angkat bakul itu hanya dibalas dengan pandangan kosong.Tanpa menghiraukan soalan yang baru diajukan oleh lelaki dihadapanya,Rasha memperkenalkan dirinya.

"Nama saya Rasha,saya er-sesat sampai masuk dalam ni.Saya dah ceritakan semuanya pada Kommander." Kucing hijau yang berada di sisi Kapten Papa tadi berjalan perlahan kearahnya.

"Meow " Rasha yang sememangnya pecinta kucing bercangkung dan mengusap lembut kepala kucing itu. "Apa nama dia? Comelnya" bulu lembut Cactus di belai berkali-kali.

"Nama dia Cactus" suara asing yang muncul membuatkan Rasha memandang Kapten Papa.Dia yakin itu bukan suara lelaki dihadapannya itu . "Dah la, Cactus. Jom pergi. Nanti marah pulak Kommander tu dengan kebenaran sebab suruh Fang pandu kapal ni."

Suara asing yang didengari Rasha membuatkan dirinya bingung seketika, namun kaki kembali diatur.

Kelihatan Kommander baru sahaja melangkah keluar dari bilik penyimpanan power sfera apabila Rasha bertemu denganya.Sapaan Rasha dibalas bersahaja oleh Kommander.

Walaupun dia mempunyai kuasa, namun terdapat beberapa kuasanya yang mempunyai kelemahan.

"Kommander, nak tengok mata kejap boleh? " Rasha meminta lembut kepada alien di hadapannya bersama senyuman yang jelas dibuat-buat. Selepas beberapa minit kommander jelas mengatakan tidak, akhirnya Rasha menarik cermin mata hitam itu dari tuannya .

"Ha! Dah tengok,puas hati? Ada aku campak kau luar kapal ni kang " Kommander yang jelas sedang naik angin meminta kembali cermin mata hitamnya.

"Puas sangat " senyuman sinis menghiasi wajah Rasha tika itu.
" ILUSTRASI MINDA ! " Jeritan kecil Kommander segera ditutupnya dan tubuh badan yang sudah pengsan di letaknya ketepi.

Beberapa minit berlalu, kommander kembali sedar. "Apa yang berlaku?  " Rasha hanya menyatakan bahawa dia tiba-tiba sahaja pengsan apabila dia keluar dari bilik penyimpanan power sfera. Rasha dan Kommander seterusnya berjalan beriringan ke kawasan memandu untuk meninjau pergerakan ahlinya yang lain.

~time skip~

Tiba mereka di sana, Rasha disambut oleh satu power sfera berwarna kuning. "Er, hai.Nama aku Ochobot " Ochobot memperkenalkan dirinya apabila dia sedar dirinya ditatap lama oleh gadis di hadapannya.    'Macam pernah nampak je Ochobot ni' . Senyuman kecil diberi dan diri diperkenalkan untuk kali yang ketiga hari itu.

"Kommander nak saya teleport dia ni ke, ke bumi? " Ochobot berpaling dari Rasha dan menyoal Kommander yang sedang tekun menaip sesuatu. Rasha membuat mimik muka sedih.Bimbang jika kuasanya tidak berkesan.

"Tak payah, dia akan duduk dengan kita buat sementara waktu dulu. " Perasaan gembira terlakar di wajah mulus Rasha.Nampaknya kuasa dia masih boleh digunakan lagi dengan baik.

"Sekarang kita ada  misi lebih mustahak, anggota pasukan kita yang berada di tapops  mengatakan bahawa keselamatan Tapops dirasakan tidak selamat apabila aku ikut korang ke misi. Jadi kita perlu hantar mesej pertolongan kepada orang yang aku percayai. Fang, Gopal dan Boboiboy, tugas korang hanya perlu hantar bungkusan dobi ni ke planet ni " Kommander menaip seseuatu dan muncul sebuah planet di skrin di hadapan mereka.

"Aik, sejak bila pulak muncul bungkusan dobi ni " soal Gopal pelik."Tu, kau tak perlu tahu" Kommander lantas menutup mulut Gopal dari terus menyoal.

"Ha? Planet Dargha'ya?! Planet berbahaya tu? " tanya Fang cemas.Rasha terlalu malas untuk mendengar perbualan mereka dan mengambil tempat di tepi dinding yang agak jauh dari perbualan mereka.Mata menjadi semakin kuyu. 'Tidur kejap la' desis Rasha .

~time skip~
(cerita berjalan seperti mana dalam Boboiboy Galaxy episode 8 dan 9😀)

Tangan kecil Rasha meraih tangan lelaki yang berjalan dihadapannya beberapa langkah. "Apiq , tunggu la Sha! Jangan la jalan laju sangat" Kaki kecil Rasha berlari anak untuk menyamai kelajuan budak lelaki itu.

"Sha tu lambat macam siput.Cepatlah sikit. Nanti mama ngan papa marah pulak kita sampai rumah lambat" Abang Rasha yang sudah laju menambahkan lagi kelajuan berjalannya agar mereka cepat tiba di rumah.

Bimbang dia akan dimarahi kerana tiba lewat petang di rumah bersama si adik. Wajah abangnya yang agak kabur ditenung dalam oleh Rasha "Hmp, tak nak kawan Apiq" Rasha berlari mendahului abangnya dan terus ke pintu rumah.

BAM!

"Aduh, sakitnya dahi aku" Dahi Rasha yang selamat mencium lantai diusap perlahan.Tu la sape suruh tidur sini kan dah kena.Rasha melemparkan pandangannya ke segenap kawasan itu.Otaknya ligat cuba memikirkan siapakah lelaki yang dipanggil Apiq itu dalam mimpinya.

Kommander masuk ke kawasan itu dengan mengheret sebuah baldi air.
"Kommander nak buat apa dengan air tu? " Rasha bertanya hairan dengan kelakuan aneh Kommandernya itu.

"Ha, bangun pon kau.Aku baru ingat nak jirus je air nie kat muka kau kalau kau tak bangun lagi.Dari tadi aku kejut kau.Huh" Kommander meletakkan baldi air itu ketepi dan mengeluh kecil. "Erk, hehe, sorry. Mane Boboiboy dengan yang lain? " Rasha memberikan sengihan kepada Kommander yang mencerlung ke arahnya.

" Aku telah menghantar Boboiboy, Gopal dan Fang   ke misi mereka dengan menggunakan teleportasi Ochobot.Ochobot pun turut serta dengan mereka untuk memudahkan mereka teleportasi balik ke kapal ni. Yaya dan Ying pulak, mereka pergi berlatih di kawasan latihan " terang Kommander sambil jarinya lincah menaip sesuatu di skrin kapal angkasa itu.

Rasha bangkit dari duduknya dan berjalan ke kawasan latihan. Yaya dan Ying yang sedang berkombat diperhati lama.

Di Planet Dargha'ya

Boboiboy, Gopal dan Fang yang baru menjejakkan kaki ke planet asing itu meninjau kawasan - kawasan disitu.

"Memang betullah planet ni banyak hidupan mati kan, Ochobot? " suasana planet yang kelihatan mati itu ditatap lama oleh mereka bertiga.Ochobot yang tidak menjawab soalan Boboiboy dirasakan aneh. " Ochobot? " Fang dan Gopal yang turut sama perasan akan situasi itu memaling ke arah belakang.Arah mereka memasuki teleport.

"OCHOBOT !  " Boboiboy menyambut Ochobot yang hampir jatuh ke tanah.
"Aku rasa dia pengsan lagi la, Boboiboy" balasan Gopal hanya disambut dengan keluhan kecil Boboiboy.

"Jom.Sementara kita pergi hantar bungkusan dobi ni, kita bagi Ochobot rehat " ujar Boboiboy memulakan langkah ,mengetuai kumpulan kecil mereka.

-to be continue-

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*hye guys, sorry kalau citer makin ngarut atau tak menarik.i'll try my best to make an interesting story.Author baru ingat yang Ilustrasi tu untuk komik, tapi mintak halal je ea😂😂😂.Sorry kalau nama2 kuasa Rasha pelik gile.

🌼 Ilustrasi minda (Tahap 1)
   - kuasa untuk menukar fikiran  seseorang.

-plis vote and comment 😍😍
-that's all, Autmn out
-Bye lovelies😆😆
#countdownstory13chaptertogo

PERTEMUAN TIDAK DIDUGA (Boboiboy Solar X OC)Where stories live. Discover now