Chapter 13

32 1 52
                                    

STESEN KERETA API PULAU RINTIS

Sebelah kakinya menapak keluar dari kereta api elektronik dengan perlahan. Persekitaran baru kawasan itu ditilik. Remaja lelaki tersebut akhirnya membuat keputusan untuk melepaskan lelahnya seketika di bangku yang disediakan.

Tangan kanan dimasukkan ke dalam poket seluar dan sehelai kertas putih yang berlipat dikeluarkan.

Lipatan kertas dibuka dan sebuah alamat rumah dibacanya perlahan. Jejaka tersebut berdiri semula lalu menapak keluar dari kawasan itu.

Selang beberapa minit menaiki teksi untuk ke alamat dituju, dirinya berdiri di hadapan sebuah rumah yang agak besar. Loceng pintu rumah ditekan berkali-kali, namun tiada siapa yang menyahut.

' Mane dia ni? Ke aku salah rumah lagi? ' keluhan kecil dilepaskan oleh jejaka itu. Kakinya menapak meninggalkan perkarangan rumah.
Rumah yang kelihatan suram itu, dipandangnya buat kali terakhir.

Wajah jejaka tersebut yang berpeluh dilap dengan belakang tapak tangannya. Cuaca pada hari itu agak panas berbanding hari biasa. Kaki diteruskan berjalan sehingga dia terjumpa sebuah kedai. Nama kedai yang tertera dibaca perlahan dan dia mula berjalan ke arahnya.

"Assalamualaikum tok " jejaka tersebut menyapa ramah lelaki tua yang sedang tekun membuat air mengikut pesanan yang diminta pelanggannya. Lantas jejaka tersebut melabuhkan punggungnya di salah sebuah kerusi berhadapan lelaki tua itu.

Salamnya dijawab dan wajah jejaka itu ditenung. 'Kenapa macam pernah nampak ea muka dia? ' Tok Aba meneliti rupa jejaka tersebut.

"Er, Tok. Nak air satu boleh? Hmm, nak yang special ea " Jejaka tersebut berasa tidak selesa apabila ditenung sebegitu dan membuat pesanan bagi menyejukkan tekaknya yang mahukan minuman.

Tok Aba mengganguk dan mula membuat pesanan jejaka di hadapannya setelah dia menyiapkan pesanan yang lama.

Sesekali Tok Aba menoleh untuk memandang jejaka tersebut. Rupa wajah jejaka tersebut sama seperti seseorang yang dikenalinya. Akhirnya, air yang dipesan lelaki itu siap dihidangkan.

" Kamu baru pindah sini ke? " Tok Aba menyoal jejaka dihadapannya Ramah. Jejaka tersebut menghirup perlahan air tersebut sebelum menjawab soalan Tok Aba.

"Aah, tapi saya tak pindah sini pun. Saya datang pun nak cari adik saya yang dah lama hilang, Tok " jejaka tersebut memberikan senyuman kecil kepada lelaki tua tersebut.

Hatinya menjadi sebak mengenangkan keadaan si adik yang sudah 5 tahun tidak berjumpa. Tok Aba hanya membalas senyuman jejaka dihadapannya.

" Takpelah, insyallah jumpa la tu. Panggil je saya Tok Aba. Air tu saya belanja ye? " Tok Aba cuba menaikkan semangat jejaka di hadapannya.

"EH, SERIOUSLAH TOK ABA NAK BELANJA?! YEAY DAPAT AIR FREE! " mata jejaka tersebut bersinar seketika dan menikmati kembali air di dalam genggamannya.

"Tok Aba boleh panggil saya Rafiq ea"
Senyuman dibibirnya semakin melebar apabila dia dapat menikmati minuman yang percuma dan berkenalan dengan Tok Aba. Lesung pipit di pipi kirinya muncul, memaniskan lagi wajah cerianya.

"Ok. Tok Aba sebenarnya tengah tunggu cucu atok ni. Dia pergi misi dan dia kata dia balik hari ni " Tok Aba tidak berasa janggal langsung untuk berkongsi cerita tersebut bersama Rafiq.

Kegembiraan terlakar di wajah tua Tok Aba. Rafiq menganguk seketika dan melihat suasana sekelilingnya. Terdapat tiga orang wanita dan seorang lelaki dewasa yang turut sama menikmati minuman mereka disitu sambil berbual kecil.

"Misi apa, Tok?, kat mane? " Rafiq yang tersedar akan pernyataan Tok Aba menyoalnya kembali. Mukanya berkerut tidak memahami maksud sebenar di sebalik pernyataan tersebut.

PERTEMUAN TIDAK DIDUGA (Boboiboy Solar X OC)Where stories live. Discover now