Chapter 8

26 2 20
                                    

*the picture is not mine.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Beep,beep

Alarm telefon pintar Rasha berbunyi menandakan sudah tiba masanya tuan yang memasang alarm itu bangkit dari tidurnya. Rasha mengeliat kecil. Muka Rasha ditekupkan dengan bantal untuk menghalang sebarang bunyi memasuki lubang telinganya.

Beep,beep

Tangannya mencapai telefon pintar dengan malas. Jari telunjuknya dislaidkan ke atas untuk menutup bunyi bising itu. Matanya digagahi  buka.

Hari ini merupakan hari kedua Boboiboy, Gopal dan Fang menjalankan misi mereka. 'Haih, suruh hantar bungkusan dobi je pun, bukan suruh basuh baju dobi. Apelah yang diorang buat lama sangat tu.' keluhan kecil dilepaskan. Bosan dia menunggu mereka  pulang untuk mendengar  pengalaman mereka di planet 'berbahaya' itu.

Rasha akhirnya bangkit dari pembaringannya dan menilik jam tangan.Pukul 6:15 pagi. Dia segera bangun untuk mempersiapkan dirinya.

~time skip~

Tenaga telefon pintar Rasha yang hanya berbaki 25% ditatap lama. Dia yakin, dia akan mati kebosanan apabila telefon kesayangannya habis bateri. Kaki yang berjalan di sebelah bilik kawasan latihan diberhentikan.

Kedengaran sayup-sayup suara orang sedang berlatih dari arah bilik itu. Pintu bilik dikuak perlahan.Mata Rasha menangkap dua orang gadis yang sedang tekun berlatih. Dirinya yang agak tidak bersemangat untuk berlatih pada pagi itu menutup kembali pintu bilik.

Langkah kembali diatur ke arah kawasan memandu. Kapten Papa dan Kommander Kokoci kelihatan sedang membincangkan sesuatu.

"Selamat pagi, Kommander" Rasha melakukan gaya Tapops yang diajar Yaya semalam untuk menyapa Kommandernya itu. Kommander memalingkan wajahnya untuk melihat gerangan yang baru menyapanya.

"Hmm, selamat pagi " Kommander menyambut sapaan Rasha dan menyambung kerjanya. " Lama lagi ke kita sampai Tapops ni Kommander? " Rasha berjalan perlahan mengelilingi meja kecil yang terdapat di situ.

"Hmp, kita akan sampai dalam 3"

"Ha? 3 ape? " Rasha merenung belakang Kommander meminta jawapan. "Dalam 3, 2, 1. Dah sampai"
Kata-kata Kapten Papa menyebabkan Rasha berjalan menghampiri skrin besar di hadapannya.

Sebuah station angkasa yang berbentuk T menghiasi pandangan Rasha.Selepas kapal angkasa itu selamat mendarat , Rasha mengambil peluang untuk meneroka kawasan station yang amat besar dimatanya.

Yaya dan Ying yang baru selesai berlatih turun dari kapal angkasa bersama Rasha, meninggalkan Kapten Papa dan Kommander berbincang lagi. "Yaya, Ying , aku nak tengok station ni kejap tau  " Kaki mula diatur mengambil lorong yang bertentangan dengan Yaya dan Ying.

"Rasha, nanti pergi bilik utama tau! Kau ikut je laluan ni" laung Yaya apabila gadis yang dipanggilnya hanya membuat simbol 'ok' terhadap laugannya itu.

~time skip~

'Besar jugak tempat ni ea, penat kaki aku jalan ' Rasha menoleh ke arah sebuah bilik yang dirasakannya bilik utama. Jeritan kuat yang datang dari seorang lelaki menarik perhatian Rasha untuk meneruskan langkahnya ke bilik utama.

"Bagus, sila beri tunjuk pada budak-budak mentah ni. Biar diorang tahu macam mana susahnya untuk menjadi anggota TAPOPS"
Ketawa kecil seseorang kedengaran.
"Baik, laksamana." 

' Tu suara Fang kan? Diorang balik dah ke dari misi diorang? ' Rasha membuka pintu bilik utama dan menapak ke dalamnya. "Eh, Rasha? " soal Boboiboy hairan. 'Mungkin dia tertanya kenapa aku sorang je yang tak dek kat dalam bilik ni kut.Tu la, melencong tak ingat dunia.'

PERTEMUAN TIDAK DIDUGA (Boboiboy Solar X OC)Where stories live. Discover now