Bab 5 : Mai Kafe

503 22 1
                                    

"Pakcik sampai dah ni. Ada dekat parking kereta. Kai turun lah sini."

Enjin Toyota Hilux TRD Sportivo dimatikan. Uncle Chong dan abang Leman keluar dari perut kereta lalu ke ruang kargo belakang. Mereka mengeluarkan barang-barang pesanan dari Encik Wan, papa Kai. Dan meletakkannya atas jalan.

Uncle Chong dan abang Leman adalah pekerja Encik Wan di kampung. Sekali-sekala mereka akan ke Kuala Lumpur jika ada barang yang perlu dihantar

Encik Wan adalah pemilik bengkel gitar di Muar. Dia adalah seorang pembuat gitar buatan tangan yang terkenal di sana. Kadangkala Encik Wan menerima tempahan menyiapkan sebuah gitar elektrik premium dengan anggaran RM10,000. Kualiti buatan tangan sukar dicari lebih-lebih lagi demi memenuhi kehendak pelanggan yang pelbagai. Tetapi papa Kai percaya keunikan buatan tangannya lain daripada yang lain.

"Jadi ini lah sebabnya kenapa hidup di universiti seronok." Abang Leman sempat mencuci mata sementara menunggu Kai sampai ke tempat parkir.

"Ya Tuhan. Ini manusia ke bidadari?" ujar abang Leman apabila seorang pelajar Cina memakai skirt pendek lalu di depannya.

"Lu jangan asyik main saja meh." Uncle Chong memukul bahu abang Leman.

"Auu..." Abang Leman menggosok bahunya sambil mengerang kesakitan.

"Maaf dik, mahu tanya." Uncle Chong menahan dua orang pelajar yang lalu di depan mereka.

Kath dan Hadi menoleh ketika mendengar suara memanggil mereka dari belakang.

"Blok perempuan D dekat mana?" tanya Uncle Chong.

"Oh, uncle kena masuk dalam lagi. Dekat sini ofis dan lobi," jawab Kath.

"Ni kereta abang ke?" tanya Hadi.

"Ya, dik," jawab abang Leman.

"Abang tak boleh park sini. Sini untuk pelajar je. Abang kena park dekat sebelah sana." Hadi menunjukkan tempat parkir pelawat yang betul dengan jari telunjuknya.

"Saya Hadi, boleh tolong tunjukkan." Hadi memegang tangan abang Leman. Melihat Hadi yang lembut macam sotong itu membuatkan abang Leman menepis dan lari ke belakang uncle Chong.

"Eh, takpe. Kami boleh cari sendiri. Terima kasih banyak-banyak," nyata uncle Chong. Hadi makin datang mendekat membuatkan mereka berdua gerun.

"Lu handle lah sendiri." Uncle Chong menolak abang Leman ke depan.

"Wow! Potongan rambut kita sama! Kita ada citarasa yang sama." Hadi memegang rambut abang Leman teruja. "Mungkin kita juga ditakdirkan untuk bersama. Hahaha..." Hadi gelak manja.

"Eh, tak! Mana ada," nafi abang Leman sambil mengusutkan rambutnya.

"Kita mesti serasi ni," sambung Hadi.

Uncle Chong dan abang Leman saling tolak menolak. Kath yang memerhati Hadi mengacau mereka hanya mampu menahan gelak sahaja.

"Jangan berebut. Saya boleh layan kedua-duanya sekali. At the same time!" Hadi gelak nakal.

"Uncle Chong!" jerit Kai dari jauh. Hadi berhenti mengusik mereka berdua.

"Hai Kai. Nasib baik lu cepat sampai. I hampir kena makan wo tadi," ujar uncle Chong sambil mengurut dadanya.

"Kenapa?" tanya Kai keliru. "Maaflah lama tunggu. Papa kirim barang apa?"

Uncle Chong dan abang Leman baru teringat tujuan mereka ke situ. Semasa diganggu oleh Hadi, otak mereka terlupa seketika tentang hal itu.

"Oh, ini gitar baru papa lu baru buat." Uncle Chong membawa keluar gitar tersebut dari ruang kargo kereta.

"Ni ada stok snek dan makanan ringan sikit." Abang Leman menunjukkan kotak-kotak di atas jalan yang telah dibawa turun dari ruang kargo tadi.

Mungkin KeliruWhere stories live. Discover now