Bab 12 : Cemburu

451 21 1
                                    

"Where are you going, ladies?"

Kath dan Kai mengalihkan pandangan pada suara yang kedengaran menegur mereka.

"Steve!" Kath terkejut.

"Surprise!" Steve menghulurkan sejambak bunga Rose kepada Kath. Kai hanya mampu melihat.

"You buat apa dekat sini? Did mom ask you to pick me up?" tanya Kath.

"Kan I ada cakap haritu, I nak bawa you tengok wayang. Maybe we can catch up a movie?"

"You tak rasa you kena call I dulu ke? Ni tiba-tiba datang mengejut macam ni."

"Eh, alamak! Takpelah kalau you busy. Sorry I datang tak inform you dulu. Kita boleh pergi lain kali kan?" Kath jadi serba salah tapi dalam masa yang sama dia tak selesa bersembang dengan Steve bila Kai ada dekat sebelah.

"Korang nak pergi mana? I boleh hantarkan," pelawa Steve.

"Pasar Pudu."

"Hey, korang berdua keluar pergi mana malam semalam, huh?" Tiba-tiba Esther dan Hadi muncul dari belakang. "And sekarang korang nak pergi mana pulak? Tak ajak I lepak sekali pun. Sampai hati..." Esther memeluk lengan Kai. " Boleh tak kalau I nak ikut?"

Kath memandang Kai minta pendapat.

"You kena tanya Kath. I pun dia tak ajak ikut sekali," Steve cuba mencari alasan.

"Kenapa? You nak keluar dengan Kai berdua-duaan je ke?" tanya Hadi.

"Eh, bukan macam tu." Kath menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kalau korang nak ikut, then let's go. Let's just all go. Together!"

"Macam ni baru betul, Steve! Jom ikut diorang." Esther teruja.

"I tak ikut. I nak tidur kat bilik je harini," Hadi menolak pelawaan mereka.

"Drrr, boring..." Esther membuat muka bosan.

"Okay, jom." Kath menarik Steve pergi dengannya. Dia meninggalkan Kai, Esther, dan Hadi di belakang.

"Hadi, kau tak rasa ke diorang tu pasangan serasi?"

"I think so. Steve tu nampak baik. Tapi kalau aku lah, aku tak nak dengan Steve tu. Too boring," Hadi memberi pendapat.

"Kan?! Aku pun rasa yang sama."

"Kan?! Hambar sangat. He's not worth my spices."

"Do you think Kath will have him?"

"Mungkin. Kath doesn't like weird things."

"Apa maksud you 'weird'? You and I? We are totally normal!" tegas Esther. Tetapi ada logiknya. Kalau Kath tidak suka tomboy, ada kemungkinan dia juga tidak suka spesis gay atau lesbian seperti Hadi dan Esther.

"But will Kath see us both as normal?" tanya Hadi ragu-ragu memandangkan dia berperwatakan agak lembut.

Kai senyap.

*****

"Look at this, Kath. You suka kan?" Steve memeluk bahu Kath sambil menunjukkan ikan guppy dalam akuarium.

"I nak satu jugak. You belanja I boleh?" Esther menarik jari-jari Kai manja minta untuk dibelanja. Muka Kath masam mencuka. Dia memandang Steve dan memaksa diri untuk senyum.

"Steve, jom kita pergi belah sana." Kath menarik tangan Steve pergi ke bahagian lain.

Mereka melihat pelbagai jenis ikan hiasan yang terdapat di kedai itu. Kath masih tidak dapat membuat keputusan untuk memilih ikan yang mana satu.

Mungkin KeliruWhere stories live. Discover now