Bab 9 : Kata Hati

429 17 1
                                    

Petang Isnin itu masing-masing tiada kelas. Mereka lepak di laman depan blok D sambil mengambil udara petang.

"Alaaa... please kitorang nak datang tengok," pujuk Kath sambil memeluk lengan Kai manja.

Hujung minggu nanti, Kai dan Gig Crew akan membuat persembahan di Angkasapuri RTM untuk satu rancangan program TV. Tiket masuk adalah terhad. Kath cuba memujuk Kai untuk mendapatkan tiket buat mereka.

"Eh, tu Steve kan?" tanya Zara apabila kereta Proton Persona hitam berhenti di depan mereka.

"Hai, Steve!" panggil Hadi sambil melambaikan tangan sebaik sahaja Steve turun dari kereta.

"Wah, semua ada kat sini." Steve menghampiri mereka. Kath kelam-kabut melepaskan pelukan dari lengan Kai.

"Jom, Kath. Your mom asked me to pick you up for dinner."

"Steve, this is Kai, my roommate. Kai, ni Steve." Kath memperkenalkan Steve dan Kai sesama mereka. Itu adalah pertama kali Kai berjumpa dengan Steve. Selalu mendengar cerita dari kawan-kawan Kath sahaja. Itu juga adalah pertama kali Steve berjumpa dengan Kai. Selalu dia hanya mendengar cerita daripada Kath dalam panggilan telefon.

"Hai." Kai menghulurkan tangan berjabat tangan.

"I'm Kath's boyfriend." Steve menyambut salaman Kai.

"Wuuuuuuuu." Hadi dan Esther mengusik nakal.

"So ni lah Kai yang pandai masak dalam rice cooker tu kan? That's quite a skill," puji Steve. Kai membalas dengan senyuman tanda terima kasih.

"Shall we get going?" Kath mencelah.

"Ok, let's go." Steve menggenggam tanggan Kath. Steve membuka pintu kereta untuk Kath.

"Ponnn! Ponnn!" Bunyi hon kereta kedengaran. Mereka semua menoleh ke sudut kiri laman. Seorang lelaki mengeluarkan kepalanya dari celahan tingkap.

"Kai!" panggil Bad.

"Hoi, asal datang tak cakap?!" jerit Kai dari jauh. Baru sahaja Kai kaki melangkah setapak, Esther menarik tangannya.

"You nak pergi mana?" tanya Esther berbaur cemburu. Dia tidak pernah lihat lelaki itu. Adakah dia teman lelaki Kai? Esther mengharapkan, bukan.

"Erm... lain kali kita lepak lagi, okay?" Kai melepaskan genggaman tangan Esther. Dia ke kereta Myvi dan masuk duduk di sebelah tempat Bad.

"Ok, go!" arah Kai.

"Huh? Aku datang sini nak pulang kasut kau je. Kau tertinggal dalam kereta aku." Bad menunjukkan kasut Kai di bawah seat kereta belakang.

"Jalan je lah!"

"Kita nak gi mana?" tanya Bad musykil.

"Tak tahu tapi jalan je lah."

Tayar kereta Myvi putih itu meluncur pergi hilang dari pandangan. Entah mengapa Kath merasa satu kekecewaan yang sama seperti Esther. Dia keliru. Padahal dia mahu keluar dengan Steve untuk berjumpa dengan auntie Claudia tetapi mengapa dia kecewa melihat Kai pergi mengikut Bad.

*****

Kek tiramisu, cheese tart, dan chocolate milkshake yang Kai pesan moksu Mai letakkan di atas meja. Kai membawa Bad berjumpa dengan moksunya di Mai Kafe. Sepanjang mereka berkawan, itu adalah kali pertama Bad bertemu dan berkenalan dengan moksu Mai.

Moksu Mai juga memberi Bad peluang untuk menyertai busker di atas pentas membuat persembahan. Malam itu, pentas itu Bad punya!

"Okay tak ni?" tanya moksu Mai. Kai menggeleng perlahan.

Mungkin KeliruWhere stories live. Discover now