Bab 14 : Cha-cha

445 23 2
                                    

Pintu bilik dibuka. Kath pura-pura lena atas katil. Kai menyimpan gitar di bawah katil. Bad menghantar Kai pulang kerana hujan di luar masih tidak berhenti. Basikal Kai juga disumbat masuk ke dalam kereta Bad tadi. Mujur muat basikal itu dimasukkan di tempat duduk belakang.

"Ingatkan dah tak nak balik," tegur Kath apabila Kai membuka lampu bilik.

Kai tidak memberi respon. Dia membuka topinya lalu digantungkan pada cangkuk tepi almari.

"Kai, we need to talk," Kath merendahkan egonya.

"Cantik ikan. Dah ada nama?" Kai cuba menukar topik apabila terlihat akuarium atas meja Kath sudah digantikan dengan yang baru.

Mereka ke Pasar Pudu memang untuk membeli ikan baru bagi menggantikan Serious, ikan laga Kath yang tiba-tiba mati. Kata Kath, dia terlupa untuk nyah klorin air semasa mencuci akuarium tempoh hari. Mungkin itu adalah punca Serious mati.

"You pergi mana tadi?" Kath cuba kembali pada topik asal.

Kai tidak menyahut. Dia baring atas katil sambil bermain Super Mario dalam Nintendo Switch.

"Kai!" Kath bangun dari katil. "I cakap dengan dinding ke?" Kath merampas konsol Nintendo Switch Kai.

"Apa lagi yang tak kena ni?" keluh Kai.

"Answer me!"

Malas untuk melayan Kath, Kai menarik blanket di kaki lalu menyelubungi tubuh. "Tolong tutup lampu," kata Kai sebelum menutup mata.

"Oh, kalau girlfriend you yang tanya, mesti laju je you jawab," sinis Kath.

"Stop it. Aku takde mood," kata Kai perlahan. Matanya masih tertutup rapat.

"What is your problem, Kai? Semalam lari, tadi lari. You nak apa sebenarnya?" Kai senyap tanpa jawapan.

"I'm talking to you! Stop seeking for my attention!" Kath menarik blanket Kai. Kai membuntangkan mata kerana terkejut. "Kenapa you selalu buat benda ikut suka you? Tak fikir ke pasal orang sekeliling? Ke semua jenis tomboy macam you perangai macam ni?!"

Dengar Kath membangkitkan isu tomboy, Kai teringat perkara yang dibincangkan dengan Steve semalam. Hatinya menjadi panas. Kai berdiri memandang mata Kath tajam. Ketinggian Kai, 168cm, membuatkan Kath memandangnya mendongak. Kai mengawal perasaan marah walaupun dalam hati sudah penuh dengan sumpah seranah.

Setiap kali benda nak bawa berbincang, mesti akan menjadi perbalahan. Kai sekali lagi keluar dari bilik. Kali ini dia tidak membawa gitar bersama. Hanya crossbag Fila dan iPhone 11 Pro yang Kai sempat capai.

Kath menekup muka menyesal.

*****

Badan digolekkan ke kiri dan ke kanan. Mata tidak dapat lelap. Otak masih memikirkan Kai. Hati dihimpit dengan rasa bersalah. Kath melihat jam pada skrin telefon, 11.30pm. Kai masih belum pulang ke bilik.

Aplikasi Instagram dibuka. Kath sekali lagi ingin meminta bantuan Bad untuk bertanyakan keberadaan Kai. Kath sedar bahawa dia adalah punca pergaduhan berlaku.

Kath membatalkan niat untuk mesej Bad apabila dia melihat Kai membuat Instagram Story. Dia ragu-ragu untuk membuka atau tidak story itu. Tetapi Kath membuang egonya jauh walaupun namanya akan dilihat seen selepas melihat Instagram Story Kai itu.

Instagram Story Kai dibuka. Video dipos 32 minit yang lalu. Kai membuat video dia sedang mengusap seekor kucing dengan kapsyen 'he helps me to relieve my stress' dan berlatarkan lagu Bad Boy nyanyian Red Velvet. Kath memandang latar belakang belakang dari video yang dipos Kai itu. Dia seakan tahu di mana Kai berada. Studio!

Mungkin KeliruWhere stories live. Discover now