Bab 10 : Not Someone Else

433 21 3
                                    

Kuliah Kalkulus pagi itu tiada pensyarah tetapi semua pelajar diwajibkan hadir ke kelas untuk menjawab kuiz yang dikendalikan oleh pensyarah ganti. Semua pelajar terkejut dengan kuiz mengejut itu. Sudah lah tidak sempat mengulang kaji, ada sepuluh soalan pula. Masing-masing sudah bersedia untuk redha dan pasrah.

Zip beg dibuka dan Kath mengambil alat tulis dari celahan buku dalam beg. Terlekat satu sticky note hijau pada kalkulatornya. Sticky note itu dicabut. Apa pula tu?

Lunch? Mai Kafe?

Tulisan tangan Kai itu membuatkan Kath tersenyum kecil. Kath mengambil pen merah dari dalam bekas pensil. Dia melukis emoji senyum dan menulis nota di tepi.

1pm. Don't late!

Kamera dari telefonnya dibuka. Kath mengambil gambar sticky note yang telah dicontengnya itu dan dihantar kepada Kai melalui aplikasi Whatsapp.

Aku tunggu dekat bus stop depan fac kau. Laju Kai membalas mesej.

Selepas membaca mesej dari Kai, iPhone X itu Kath simpan ke dalam beg galas. Beg galasnya diletakkan di tepi meja. Dia ada masa dua jam untuk menyelesaikan kuiz Kalkulus mengejut itu sebelum keluar makan tengahari dengan Kai.

*****

Kath keluar dari kelas dengan seribu langkah. Esther, Hadi, dan Zara mengejarnya dari belakang.

"Kita nak lunch mana harini?" tanya Hadi.

"Kafe Za'ba nak tak? I rasa macam nak makan nasi kukus," cadang Esther lalu memandang Kath untuk meminta pendapat.

"Errr... I dah janji dengan Kai nak keluar. Hari ni korang lunch bertiga je ey?"

Mata memandang kiri dan kanan. Selepas tiada kereta yang lalu, mereka melintas jalan di atas garisan zebra.

"Kita dah takde kelas kan petang ni? Jom ikut diorang!"

"On je," jawab Zara.

"Kath!" Jeritan kecil Kai kedengaran di bus stop berdekatan. Mata mereka memandang Kai sambil melambai-lambaikan tangan.

"Tengok muka Kai je dah buat I kenyang," seloroh Esther.

"Amboi. So forward. I like your style. Erm... Tekak macam nak western pulak tibeh. Jom pergi Mai Kafe!" ajak Hadi.

Kai memandang Kath meminta kebenaran. "Jom." Pada asalnya, hanya mereka berdua sahaja yang merancang untuk ke Mai Kafe tengahari itu, tetapi tiba-tiba ramai pula yang mahu ke sana juga.

"Erm... tak nak lah." Kath memeluk tubuh.

"Jomlah. Aku belanja kau kek," pujuk Kai.

"Nope. I only have cake on my bad days. Hari ni mood I baik."

"Mengadalah," usik Hadi.

"You kenapa?" jeling Kath dengan suara yang menjengkelkan.

"Jom lah Kath." Esther memegang lengan Kath. Kath tetap menggeleng tidak mahu.

"Alaaa... jom lah. I nak dengar Kai nyanyi akustik live lagi."

"Tak nak lah. Korang je lah pergi." Kath berlalu pergi. Tidak tahu dia ke mana.

"I book grab ey?" Hadi membuka apps Grab dalam telefon bimbitnya.

"Eh tak payah lah. Kita makan kafe dalam U je lah. Jimat duit sikit. Kafe Za'ba okay tak?" cadang Kai. Dia juga tiba-tiba tiada mood untuk ke Mai Kafe apabila melihat Kath bermasam muka seperti tadi.

"Good idea! Jimat duit I. Esther pun nak makan nasi ayam kukus tadi kan?"

"Tapi I teringin nak dengar you nyanyi live," Esther memandang Kai meminta belas kasihan. Dia mencebih bibir merajuk.

Mungkin KeliruHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin