Bab 15 : Tipu

434 17 1
                                    

Cahaya matahari pagi yang menerangi bilik membuatkan mata Kai terbuntang segar dari lena. Dia tersenyum melihat Kath masih nyenyak dalam dakapannya. Bagi mengelak Kath terjaga dari tidur, Kai bangun dari katil perlahan-lahan.

Kai ke pantri untuk memuat sarapan sebelum ke kuliah. Tuna Ayam Brand disapukan atas permukaan roti Gardenia Bonanza. Salad yang dicarit kemas dan tomato yang siap dipotong diletakkan atas sapuan tuna. Sekeping roti kosong dilapikkan dengan roti tadi menjadikan ia sandwich yang lengkap sempurna. Sos cili dipicit ke atas permukaan roti dengan penuh seni. Terbentuk emoji smiley: dua dot mata dengan satu garisan senyuman.

Sandwich yang telah siap dibuat dibawa masuk ke dalam bilik bersama sekotak susu full cream Goodday. Bunyi pintu bilik yang tertutup membuatkan Kath terjaga dari tidur. Dia mengeliat halus apabila melihat Kai masuk membawa makanan.

"Morning tuan puteri." Kai meletakkan sandwich dan kotak susu di atas mejanya. "Kelas pukul berapa hari ni?"

"Sebelas. You?" Kath memandang Kai dengan mata sepet yang masih mamai.

Jam penggera dari telefon bimbit Kai membingit telinga. "Haa, ni alarm dah bunyi. Dah nak bersiap gi kelas lah ni?" tanya Kath.

Penggera lagu Shawn Mendes itu Kai tutup. "Ni ada breakfast. Makan sikit before pergi kelas." Tuala dan bekas mandian Kai ambil sebelum keluar ke bilik mandi.

Kath mengambil telefon bimbit dan melihat notifikasi yang masuk. Tiba-tiba dia tersedar yang dia berada di atas katil Kai. Fikirannya memikirkan kejadian semalam. Dia menekup muka dengan bantal kerana malu sendiri.

Susu kotak di atas meja dibuka lalu diteguk perlahan. Kath tersenyum melihat sandwich yang terdapat sebaris senyuman sos cili di atasnya.

"Dah makan?" tanya Kai sejurus masuk ke dalam bilik selepas beberapa minit berada di dalam bilim mandi. Kath hanya mengangguk senyum.

Kemeja chiffon grafik berkolar H&M Kai sarungkan ke badan. Mudah, selesa, dan yang penting tidak perlu digosok. Cepat untuk bersiap.

"Can we take a selfie?" tanya Kath.

"Tiba-tiba?" Kai menjungkitkan kening.

"Err... as our first day as... a couple?" kata Kath malu-malu. Kai tersenyum kecil sambil mengemas beg untuk ke kuliah.

Kath menarik tangan Kai lalu duduk di atas katilnya. Lensa kamera hadapan telefon bimbit dibuka. "Senyum okay... 1, 2, 3," kira Kath sebelum menekan butang snap di skrin.

"Cukup dah?" tanya Kai selepas dua tiga gambar selfie yang Kath ambil.

"Erm, tunggu jap," Kath membuka laci mejanya. Kamera polaroid Fujifilm Instax Mini diambil. "One more time, please?" Kai tergelak dengan gelagat Kath yang dianggap lucu.

"Okay, bagi sini," Kai menghulurkan tangan. Kath memberinya kamera polaroid itu. Lensa kamera dihalakan ke muka Kath.

"Senyum!" arah Kai.

"Kenapa you tangkap gambar I?" Kath cuba merampas kamera polaroid itu dari Kai.

"This is an order!" Kai membuat muka garang. "Cepat senyum!" Seperti lembu yang dicucuk hidung, Kath ikutkan sahaja kehendak Kai.

Sekeping polaroid keluar dari lubang atas kamera selepas beberapa saat Kai menekan butang shutter. Polaroid itu dikibas beberapa kali sebelum dapat melihat gambar yang diambil.

"Turn I pulak!" Kath merampas kamera polaroid dari tangan Kai. "Smile!" paksa Kath. Kai dengan rela menunjukkan baris giginya sebelum gambarnya ditangkap.

"Okay, selfie pulak," ajak Kath. Dia duduk rapat di sebelah Kai. "Say cheese, 1, 2, 3..." Kai mencuri cium pipi Kath sebaik sahaja kiraan tiga dibuat. Butang shutter juga dipicit tepat pada waktu kiraan.

Mungkin KeliruWhere stories live. Discover now