Bab 17 : Kecewa

359 20 0
                                    

Seharian Kai menunggu Kath pulang tetapi khabar berita pun tiada. Dia mengemas beberapa barang yang ingin dibawa pulang ke kampung. Awal pagi esok uncle Chong akan datang menjemputnya di kolej.

"Kai, I nak balik dah," tegur Esther sejurus menolak pintu masuk bilik Kai.

"Awalnya? Bukan you balik esok jugak ke?" tanya Kai.

"Lagi cepat lagi bagus, kan?" Esther masih memendam rasa sakit.

"I hantar you turun?" Kai mempelawa temani Esther turun blok.

"It's okay. Jumpa you next sem," senyum Esther tawar.

"Take care. Happy holiday," Kai menghampiri Esther untuk bersalaman tetapi Esther menutup pintu bilik. Kai tergamam. Mungkin Esther masih perlukan masa untuk menerima kenyataan.

*****

Loceng rumah banglo itu berbunyi beberapa kali. Auntie Claudia menjenguk ke luar tingkap melihat tetamu yang datang ke rumahnya. Butang alat kawalan jauh ditekan membolehkan pagar automatik di luar rumah terbuka luas.

Kaki Kai melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu. Uncle Chong menunggu Kai di dalam kereta yang diparkir di bawah pokok depan rumah auntie Claudia.

"Kawan Kath, kan?" tanya auntie Claudia di muka pintu. Kai mengangguk perlahan.

"Jemput masuk," pelawa auntie Claudia. "Nak jumpa Kath ke?"

Auntie Claudia membawa Kai duduk di ruang tamu. Dia mengarahkan bibik untuk menyediakan jus oren untuk Kai.

"Eh, takpe. Saya sekejap je ni," Kai menolak pelawaan auntie Claudia sopan. "Saya datang ni pun nak minta maaf dekat auntie."

"Minta maaf? Sebab apa ya?"

Kath keluar dari bilik apabila melihat Toyota Hilux TRD Sportivo diparkir di depan rumahnya. Dia masih ingat kereta itu pernah datang ke kolej untuk mencari Kai. Perasaannya menjadi tidak enak.

"First of all, saya minta maaf sebab pura-pura mintak Kath pulangkan buku tempoh hari," Kai berterus-terang. Langkah kaki Kath terhenti apabila dia mendengar suara Kai dari atas.

"Sebenarnya saya ni roommate Kath," sambung Kai. Kath yang mendengar pengakuan Kai itu terduduk di atas tangga sambil menekup mulutnya.

"Kenapa you tipu auntie time tu? Did Kath tell you to?" tanya auntie Claudia. Kath yang bersembunyi di sudut tangga atas mencuri dengar perbualan mereka.

"Tak! Memang niat saya sendiri untuk menipu. I kind of knew that you don't like someone who looks like.... me."

"Whatever! Tak perlu jelaskan. It's good that you understand," tegas auntie Claudia.

"Kenapa gate luar tak tutup?" Tiba-tiba Steve muncul di muka pintu. Langkahnya terhenti apabila melihat Kai di ruang tamu bersama auntie Claudia.

"Seems like I'm interrupting here," Steve keluar semula dan menutup pintu rumah. Telinganya dipasang untuk mencuri dengar perbualan Kai dan auntie Claudia.

"Sebenarnya saya dan Kath, kitorang rapat. Sangat rapat. Saya......" Kai mencari kekuatan sebelum menyambung niat isi hatinya ke situ. "Saya nak mintak permission auntie to date Kath."

Pengakuan berani mati itu membuatkan Kath terkejut, apatah lagi auntie Claudia dan Steve.

"Date Kath?!" auntie Claudia meninggi suara.

"I think I love her," ujar Kai.

"You think?! What you know about love?!" tegas auntie Claudia. Kai senyap dengan muka yang terkebil-kebil.

"What kind of answer are you expecting? You tahu I tak boleh tolerate dengan abnormal sexual orientation. You datang rumah I then you ask to date my daughter? What kind of answer do you want?! You expect I untuk terima semua ni?! Lepas tu, you nak minta restu I?"

Lidah Kai terkunci tanpa kata. Entah apa yang Kai fikirkan sebelum dia berani datang bersua muka dengan auntie Claudia.

"Let me be frank. Secara jujurnya, I think this type of relationship takkan kekal lama," auntie Claudia cuba menegakkan fakta.

"But I'm serious with Kath," Kai cuba mempertahankan cintanya.

"Okay... if you say so. But let's prove it today. Kita tanya Kath how serious she is about this."

Auntie Claudie berlalu pergi meninggalkan Kai. Baru sahaja ingin memanjat anak tangga, dia ternampak Kath duduk di hujung bucu tangga atas.

"Kath, turun sini. You dah dengar apa yang kawan you cakap ni kan?"

Kath menguatkan lutut kakinya sebelum mengagahkan diri berjalan menuruni anak tangga. Kai yang tadinya duduk, terus berdiri memandang Kath.

Langkah kaki Kath terhenti di anak tangga yang terakhir. Dia langsung tiada keberanian untuk memandang Kai.

"I'm sorry about us, mom," Kath memandang auntie Claudia dengan penuh rasa serba-salah.

"Simpan maaf tu nanti. I just want to know what happened," auntie Claudia memeluk tubuh dengan wajah yang panas.

"Nothing," Kath mengetap bibir sebelum menguatkan diri memberi jawapan. "Nothing happened."

Jawapan Kath menyentak perasaan Kai. Mata mereka saling berpandangan. Kai cuba menghantar telepati meminta penjelasan.

"Kai... I'm sorry." Mata Kai mula memerah. Dia menahan airmata dari terus bergenang dan jatuh.

"So do you call this serious?" provok auntie Claudia. Anak matanya menjeling Kai halus.

"I get it now. So kerisauan I sejak semalam tu memang tak berbaloi langsung lah kan?" Kai tersenyum sinis menahan pedih. "Totally not worth it. Sia-sia!" Kai ketawa dalam kekecewaan.

Kai berjalan menghampiri Kath. Matanya memandang ke dalam mata Kath tetapi Kath menundukkan kepalanya memandang lantai.

"There's something you need to know. I taktau pun yang semalam tu Esther," jelas Kai. "My eyes were covered. You knew that!" Kath memandang Kai. Mereka saling berpandangan untuk beberapa saat.

"Why the fuck am I explaining myself?!" Kai ketawa sinis sambil menggosok kepalanya. Dia merasakan dirinya cukup bodoh.

Kai memusingkan badan memandang auntie Claudia. "Saya minta maaf sebab datang menggangu masa rehat auntie. I think there's some misunderstanding here and there. I better go now. Thank you for let me in into your house."

Kai memandang Kath semula, "Thank you for all the memories."

Kai melangkah keluar dari rumah tersebut. Dia terserempak dengan Steve di luar pintu. "Betul kata kau. Kath bukan termasuk perempuan yang melawan fitrah. Kau menang bro. Take good care of her. She's still my friend."

Mendengar pesanan Kai kepada Steve itu membuatkan airmata Kath bergenang lalu jatuh ke pipi. Kath terduduk melutut dan menutup mukanya dengan tangisan.

"Uncle, kita balik kolej semula. Kai nak repack barang balik. Nak bawak balik semua barang," arah Kai sebaik sahaja dia masuk ke dalam perut kereta Hilux itu.

Banyak persoalan yang bermain di fikiran uncle Chong sepanjang perjalanan pulang ke kolej tetapi dia diamkan sahaja kerana melihat Kai yang tidak berhenti menangis di sebelahnya.

Memandangkan kontrak penginapan di kolej itu adalah selama setahun, Kai terpaksa ke ofis kolej sebelum pulang ke kampung. Dia sudah membuat keputusan untuk tidak lagi tinggal di kolej itu lagi, lebih-lebih lagi untuk tinggal sebilik dengan Kath. Dia perlu move on.

Borang pembatalan kontrak penginapan diisi. Kunci biliknya dipulang semula pada staf ofis. Kai akan request dan meminta untuk menginap di kolej lain pula bagi semester akan datang.

Mungkin KeliruWhere stories live. Discover now