Bab 7 : Badrul

473 19 1
                                    

"Hmmm..." Kai mengangkat telefon.

"Woi! Kau tidur lagi ke?" pekik Bad di hujung talian.

"Hmmm..." Kai masih mamai.

"Bangun!!! Kau kena pickup aku kat rumah kejap lagi. Jangan lambat!" Bad mengingatkan Kai untuk mengambilnya di rumah.

"Hmmm..."

"Bangun!!!" pekik Bad sekali lagi sebelum panggilan ditamatkan.

Kai membuka mata perlahan-perlahan. Jam di skrin telefon ditilik. Ternyata sudah pukul 11:41 pagi. Matahari sudah pun tinggi tercacak atas kepala. iPhone 11 Pro diletakkan di tepi bantal. Kai mengeliatkan badan di atas katil. Matanya memandang sekeliling. 'Landlord' tiada di bilik.

Menjadi rutin harian Kai untuk ke beranda dan membuat senaman pagi selepas dia bangun dari tidur. Sedang dia meregangkan pinggang, telefon bimbitnya berbunyi sekali lagi. Kai mengambil tuala mandinya pada penyangkut baju yang tergantung di beranda lalu masuk ke dalam bilik dan menjawab panggilan telefon.

"Bangun!!!" Suara Bad memekik gegendang telinga Kai.

"Eeee... dah bangun lah!" jawab Kai bengang. Bad gelak mengusik di hujung talian.

"Datang pickup aku awal, Kai. Ibu ajak kau lunch kat rumah sekali."

"Wow! Jimat duit makan tengahari aku hari ni. Pukul 1 aku gerak dari kolej."

"Noted, bro."

*****

Baju sleeveless Adidas putih Kai capai dari dalam almari tetapi apabila teringatkan yang dia akan berjumpa dengan ibu Bad, dia melipat dan menyimpan semula baju tersebut. Nak berjumpa dengan orang tua Bad mestilah kena pakai pakaian yang senonoh sedikit. Kai mencapai baju yang lebih sopan dari dalam almari. Baju Dry-Ex Uniqlo kelabu disarungkan ke badan dan Jogger Pants Adidas hitam disarungkan ke kaki.

Stoking Adidas putih dan botol air 1.5 liter dimasukkan ke dalam drawstring bag. Kai mengambil dompet, kunci bilik, dan kunci kereta Myvi di dalam laci meja. iPhone 11 Pro yang sedang dicas, dicabut dan dimasukkan ke dalam poket.

Selipar hitam jenama Flipper di tepi rak kasut disarungkan ke kaki sebelum suis kipas ditutup. Adidas Ultraboost 4.0 kelabu dicapai sebelum pintu bilik dibuka. Kunci bilik dimasukkan ke dalam tombol pintu.

"Eh, you nak pergi mana?" tegur Kath. Kai menoleh memandang Kath yang baru keluar dari bilik Esther.

"Dance studio. Kan dah cakap semalam." Kath membuka tombol pintu dan masuk ke dalam bilik. "Sorry, aku tak tahu kau kat bilik Esther. Ingatkan kau keluar." Kai menahan pintu bilik supaya tidak tertutup. "Nasib baik kau keluar before aku kunci bilik. Kang tak pasal-pasal aku nak kena patah balik pulak pass kunci."

"Kenapa tak call tanya I kat mana?" tanta Kath.

"Aku mana ada nombor kau." Kath senyap.

"Tunggu sekejap. I nak ikut." Kath menukar baju dan bersiap.

"Semalam kau cakap malas."

"Hari ni I rajin. I bosan duduk bilik tak buat apa-apa."

"Tapi aku ajak-ajak ayam je," Kai sebenarnya risau sebab dia nak pergi ke rumah Bad dulu untuk makan tengahari tapi dia tak tahu macam mana nak menerangkannya kepada Kath.

"Aku nak ikut jugak."

Kai mengeluh perlahan. Aplikasi 'Whatsapp' di telefon bimbit dibuka. Dia menghantar pesanan ringkas kepada Bad dan mengatakan 'landlord' akan mengikut mereka ke studio.

*****

"Kita kat rumah siapa ni?" tanya Kath sebaik sahaja kereta Myvi itu diparkir di bawah pokok mangga depan rumah Bad.

Mungkin KeliruDove le storie prendono vita. Scoprilo ora