Bab 13 : Lari

409 19 1
                                    

Tepat jam 11 malam, Kai sampai di depan blok kolej. Menghabiskan masa dengan Bad di Berjaya Time Square membuat duitnya habis berbelanja membeli-belah. Sebagai tanda terima kasih, Kai membawa Bad ke Mai Kafe. Nasib baik Bad sudi kerana melayani mood rabaknya. Kai belanja Bad kek red velvet kegemarannya dengan harga diskaun yang moksu Mai beri.

Pintu bilik dibuka. Kai masuk ke dalam bilik. Dia melihat Kath duduk melunjur atas katil dengan muka bengis.

"Kai, you dari mana?" tanya Kath tegang.

Kai tidak memberi respon respon. Dia meletakkan shopping bag yang dibelanjakan tadi di tepi meja.

"Kai! Apahal ni?" Kai memandang Kath dengan muka tidak bersalah. Dia masih senyap tanpa sebarang jawapan.

"You ingat you boleh buat apa je yang you suka?! Pergi je bila-bila you nak?!" bebel Kath. "I've called you a million times! Banyak kali! Kenapa tak angkat call?!"

"Bateri habis," jawab Kai ringkas sambil mengecas telefon bimbitnya. Dia sengaja tidak mengecasnya dari tadi walaupun Bad ada membawa power bank.

"Alasan! Mood swing tiba-tiba ni kenapa?! You lambat period ke?"

"Yang kau nak bising ni kenapa? Bukan ke bagus kalau aku takde? You could spend time with your boyfriend, right?"

Kath bangun dari katil. "Berapa kali I nak kena ulang yang Steve bukan boyfriend I?! We've never been in relationship pun!" Kai buat-buat tidak mendengar. "Jangan cakap I je. You pun dua kali lima! Esther tu asyik mengendeng je dengan you. Dah macam belangkas. Gedik sana, gedik sini. Asyik melekat je."

Kai masih tidak melayan bebelan Kath yang makin merepek. Dia berjalan mengambil tuala yang tergantung di beranda.

"You dengar tak apa I cakap ni?!" Kath menghampiri Kai. Dia merentap tangan Kai untuk pusing melihatnya. "Jangan buat macam ni lagi. I tak suka."

"I know you don't like what I am or who I am. You just don't like me. Is it?"

"Good that you know! So sekarang you tak perlu nak seek attention from me, lagi-lagi dengan cara tiba-tiba hilangkan diri macam tadi. You'll never get my attention. It's just a plain annoying!"

Panas hati Kai. Jari telunjuknya tepat ke muka Kath tetapi belum sempat Kai menyemburkan api kemarahan, kedengaran suara Bad menjerit dari luar blok memanggilnya.

"Kai!!!" Kai menjenguk kepala ke luar dari beranda bilik. Bad melambai-lambaikan tangan. Entah kenapa pula dia berpatah balik.

"Wait! Coming!" Kai baling tuala di tengkuknya ke atas katil lalu berlenggang keluar meninggalkan bilik.

Kath menjenguk di beranda melihat Bad. Bad yang melihatnya melambaikan tangan sebelum masuk ke dalam kereta. Kath hanya membalas dengan senyuman. Apabila dia melihat Kai sudah berada di bawah, Kath masuk semula ke dalam bilik tetapi matanya masih mencuri lihat apa yang berlaku di bawah.

"Ni shopping bag kau satu tertinggal." Bad memberi shopping bag itu pada Kai dari tingkap cermin kereta.

Kai membuka melihat isi dalamnya. "Sial lah! Ni panties yang aku beli tadi. Kau bukak tengok isi dalam ni kan?!"

"Aku curious."

"Celaka!" Mereka gelak.

"Kau nak balik dah ke?" tanya Kai.

"Yelah. Dekat pukul 12 dah ni. Esok aku kelas pukul 9."

"Kau tak payah sembang pasal kelas dengan aku. Kau bukan kisah ponteng ke tak." Bad ketawa kecil.

"Huh, so kenapa? Apa masalahnya?" tanya Bad.

"Aku ingat nak tumpang tidur rumah kau malam ni."

"Eh, tak boleh! Aku sorang je kat rumah hari ni. Ibu outstation. Ke kau nak tumpang tidur rumah Sarah?"

Mungkin Keliruजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें