Bab 6 : Blackout

496 21 2
                                    


"Kath!!!" jerit Esther masuk ke dalam bilik lalu melompat ke atas katil Kath.

"Apa ni?! Explain!" Esther menunjukkan skrin telefonnya kepada Kath. Kath menghiraukan Esther dan menarik selimutnya menutup muka.

Awal pagi lagi Esther sudah mengganggu Kath. Tujuannya ke situ untuk bertanya ke mana dia dan Kai pergi malam semalam. Selepas melihat posting Instagram Story Kath, Esther terus berlari ke bilik itu. Mujur Kai tiada di bilik saat dia menerjah masuk mengejut.

"Bangun lah! Explain ni." Esther menggoyang-goyangkan badan Kath memaksanya untuk bangun.

"Apa kau ni pagi-pagi buta kacau aku tidur!" Kath membuntangkan matanya marah. Terus hilang rasa ngantuknya pagi itu.

"Ni, ni, ni. Apa ni? Korang pergi mana semalam?" Kath melihat skrin telefon Esther.

"Aku pergi tolong Kai lah semalam," jawabnya selepas melihat video yang dijeda dari Instagram Story-nya.

"Tolong apa? Macam pergi dating je ni?" Esther mencebik bibir.

"Apa kau ni?" Kath menjeling Esther. "Aku tolong dia hantar barang bagi moksu dia kat kafe tu je lah semalam."

Pintu bilik terbuka. Esther terlopong melihat Kai masuk dalam keadaan berpeluh. Lebih-lebih lagi apabila melihat Kai memakai Sleeveless Crop Top Sweatshirt Hoodie jenama Reebok yang menampakkan abs dan biceps-nya. Seksi!

"Eh, awalnya datang. Buat apa kat sini?" tanya Kai sambil meletakkan Adidas Ultraboost 4.0 kelabu atas rak kasut.

Disebabkan Esther tidak memberi sebarang respon, Kath menyiku perutnya. Lamunan Esther terhenti.

"Errr... I dengan Zara nak ajak korang lunch sekali." Spontan Esther memberi jawapan. Entah dari mana pula idea itu datang.

"Tibeh?" Kath meminta kepastian.

"Errr... I balik bilik dulu lah. Zara tunggu I kat bilik." Kalut kaki Esther keluar dari bilik. Hatinya berdegup kencang melihat Kai dalam keadaan begitu. Gay panic!

"Jumpa nanti," tegur Kai. Esther tidak memandangnya. Gementar!

"You dari mana?" Kath menukar posisi duduk dari baringannya.

"Jogging round U, round tepi tasik. Esok ada dance practice. So, aku nak recover stamina dulu harini. Kalau tak pancit aku esok." Kai melilit tuala di pinggangnya. Seluar pendek Puma itu dilucut jatuh ke lantai.

"Dance practice?" tanya Kath. Kai tersenyum. Banyak lagi tentang dirinya yang Kath tidak tahu. Mungkin juga tidak perlu tahu.

"Kalau kau free esok petang, jom lah ikut. Dalam pukul dua camtu," ajak Kai.

"Tak rajin," jawab Kath sambil melipat selimutnya.

"Aku pun ajak-ajak ayam je." Kath membaling bantalnya terkena muka Kai.

"Aduh, dia ni! Memang tak boleh ajak bergurau langsung lah." Kai membaling semula bantal tersebut ke muka Kath. Balingan Kai yang agak kuat itu membuatkan Kath terjatuh atas katil.

"Eeee, melampau you ni!" Kath datang mendekat dan memukul Kai dengan bantal bertubi-tubi.

Sebagai mempertahankan diri, Kai berdiri dan mengambil bantal atas katilnya. Dia menyerang balas pukulan Kath ke seluruh badan. Maka perang bantal pun bermula.

"Arghhh! Pervert!" Kath memusingkan badannya sambil tangannya menutup kedua-dua belah mata.

"Eh, aku pulak salah? Kau lah yang main ganas sangat." Kai mengambil tualanya yang terlucut jatuh atas lantai lalu melilitnya semula kemas dan ketat di pinggang.

Mungkin KeliruWhere stories live. Discover now