Part 1

23 3 1
                                    

Adrien berhenti berlari. Nafasnya tercungap-cungap. Lelaki yang dikejarnya tadi hilang dari pandangan di kalangan orang ramai yang keluar masuk stesen keretapi itu.

Adrien merengus, langsung terduduk diatas kerusi berdekatan yang disediakan buat penumpang stesen itu. "arh!! sorry bro, dia hilang" talian dimatikan. Adrien merenung telefon bimbitnya sebelum menyumpah seranah. Tidak percaya akan kecuaiannya yang menyebabkan lelaki tadi berjaya melarikan diri.

"patutnya aku dah boleh agak kenapa dia masuk sini tadi!!" Adrien separuh menjerit menahan amarahnya.

Dalam tak sedar, rupa-rupanya ada seseorang yang sedang berdiri di sebelahnya.

"err.. Encik tak apa-apa?" teguran lembut itu membuatkan kepala adrien terangkat. Saat itu barulah dia sedar kehadiran seorang perempuan disebelahnya. Keayuan wajah perempuan itu membuat adrien terpukau. "saya.. nak ambil beg tu" perempuan tadi menunding jari ke arah seutas beg tangan yang berada dibelakang adrien. Adrien mengambil beg yang berada dibelakangnya dan dihulurkan kepada perempuan tersebut.

"sorry... saya tak perasan" ucap adrien. "thanks" sahut empunya diri. "lain kali jangan tinggal merata. nasib baik saya bukan pencuri" nasihat sempat diberikan sebelum perempuan itu tersenyum nipis dan terus beredar.

Adrien turut tersenyum. Tanpa sedar amarahnya langsung hilang. 'mesti dia ingat aku gila sebab menjerit tadi' kata adrien sendiri.. Yelah, kalau kau kena pun mesti kau ingat dia tak betul sebab menjerit dikhalayak ramai.

* * * * *

Alisa hanya duduk bersantai di atas kerusi malam ini. Moodnya sudah melayang pergi.Matanya hanya memerhatikan orang ramai yang sedang menari di bawah lampu neon mengikut irama muzik. "Hai lis, duduk je? Xnak minum?" sapa luke, yang sedari tadi memerhatikannya di kelab malam ini. "No, Thanks" balas alisa tanpa memandang luke. Luke adalah salah seorang temannya di kelab ini. Disebabkan temannya yang lain tidak hadir malam ini, Alisa tidak ada mood untuk menari atau melakukan apa-apa aktiviti. Bukan sahaja kerana temannya yang tidak hadir. Tetapi juga disebabkan masalah yang berlaku didalam rumahnya pagi tadi.

"Hei, aku tanya aje. Tak payah la sombong sangat"

Alisa tidak pedulikan luke. Sebaliknya, dia sedang mengingati permintaan ahli keluarganya siang tadi.

*

"Terima jelah lisa, anak kawan papa tu baik orangnya. lagipun, Lisa je yang tak kahwin lagi." perlahan suara mamanya memujuk.

"umur kau pun bukannya makin muda kan. Calon-calon sebelum ni kau dah tolak, takkan kali ni pun nak tolak mentah-mentah jugak. At least kenallah dulu" Safiya, kakak kembarnya pula menyampuk. Mentang-mentanglah safiya sudah berakahwin, senang aje dia cakap pasal pasangan hidup ni.

"Tak apalah, papa bagi kamu masa. Fikirlah dulu" akhirnya si ayah bersuara

*

"Hoi!! Jauh kau mengelamun eh?" terjah luke mematikan lamunannya.

Not Trustedजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें