Part 16

7 1 1
                                    

Sejurus selepas sarapan, mereka berdua pulang ke selangor. 'Rumah mama dan papa'

Adrien telah berangkat ke tempat kerja jam 11.00 pagi tadi. Tak ade la jauh, 30 minit dah sampai,.. kut..

Jam sekarang menunjukkan 2.34 petang. Alisa sudah siap. Rambut diarapikan, make up tak tebal sangat, baju? Tip top!

Okey.. sekarang call someone.
Telefon dicapai dan dia mendail nombor seseorang. Beberapa deringan dan si penyahut menjawab panggilannya.

"Mikh, tukar tempat. Cafe biasa dalam  5 minit"
"What?! Gila ke? Aku dah sampai la mangkuk!!" Jawab si dia.
"Hei, aku tak peduli! Aku nak kau sampai sana dalam masa lima minit mikhail!" Balas Alisa.
" Oke, fine!" Mikhail memutuskan talian.

Alisa menyimpan semula telefonnya dan menarik handbag lalu melangkah keluar dari biliknya..

Ketika kunci kereta di ruang tamu dicapai, puan sharma menegurnya dari belakang.

"Lis nak ke mana?"
"Keluar,ma.. Jumpa kawan"
"Dah bagitahu ad ke?"
aik.. kena bagitahu ke??
"aaa.. Dah ma.. ad cakap boleh.. Nanti petang lis balik ye.. lis pergi dulu" dusta Alisa lalu menyalam tangan ibunya.
'Bukan dia peduli pun aku nak pergi mana' omel Alisa sendiri.

***

"Pehal nak jumpa?" Soal Mikhail setelah Alisa duduk di atas kerusi.
"Aku nak tangguh plan kita"
"What??"
Alisa pedulikan Mikhail. Dia memanggil waiter dan memesan minuman untuknya.

"Kau dengar sini, aku baru je kahwin dengan dia.. takkan aku nak bunuh dia terus?"

"Itu masalah kau! Aku nak jugak intel tu.. kalau dia tahu apa ada dalam intel tu nanti, lagi susah nak ambil" balas Mikhail.. apa ingat senang ke nak tukar rancangan macam petik jari?

"Bagi aku masa, aku janji kau akan dapat harta tu.  Buat masa sekarang, kita kena atur balik sebab aku dah tahu intel tu kat mana sekarang"

"Kat mana?"
"Kita kena umpan dia sebelum dia serahkan intel tu kepada haziq, luke pun dah tak ade ni.. kita kena serang dia dulu, aku nak buat dia percayakan aku"
"Okey, aku percaya kau Erna"
Alisa senyum sinis. Mikhail tidak tahu akan identiti sebenar dirinya. Adrien pula, tidak tahu bahawa dia adalah Erna.

Ya. Alisa dan Erna. Orang yang sama.

"Jangan lama sangat" tiba-tiba Mikhail bersuara.
"Asal?"
"Aku takut kau fall in love dengan dia" ujar Mikhail.
Alisa tersentak. Fall in love?
"Bahaya nanti, Erna.. masa tu kau mungkin sanggup tukar nyawa kau demi dia"
" Tak mungkinlah, aku kahwin dengan dia pun disebabkan rancangan kita. Aku dah tolak hati untuk jatuh suka pada dia"

Tiba-tiba air yang dipesan sampai.
Pelayan itu meletakkan air dan berlalu pergi.
"Terpulang pada kau. Kuasa cinta ni BAHAYA" kata Mikhail sengaja menekankan perkataan bahaya.
"Aku tak takut bahaya" kata Alisa lalu menyedut air minumannya.

"Lepasni lepak nak?"
"Euww.. lepak? sama kau? bagi aku sejuta dulu baru aku layan"
"Eh, jual mahal.. banyak lagi perempuan yang boleh layan aku la"

Alisa menyedut minumannya lagi sambil memikirkan Adrien. Adrien? Layakkah aku untuk jatuh cinta dengannya?

***
Alisa duduk diam. Memikirkan sesuatu, tiba-tiba pintu bilik yang dikuak membuatkan dia terkejut.

Oh, Adrien dah balik.

"Eh, kau buat apa kat penjuru katil tu? Termenung tunggu aku balik ke?"
Sakat Adrien. Dia meletakkan barangnya ditepi katil.

Not TrustedWhere stories live. Discover now