Part 13

6 1 0
                                    

"Lis, dah siap ke?" Laung Adrien dari ruang tamu. Alisa turun dari anak tangga dan menghampiri Puan Sharma. "Kirim salam papa" ujarnya lalu menyalami tgn ibunya. "Yelah... baik-baik bawa kereta, ad" pesan puan sharma. Adrien cuma mengukir senyum.
" kami geram dulu, ma" kata Alisa.
"Assalamualaikum" sambung Adrien.
"Waalaikummussalam"

***
"Ad..."panggil Alisa.
"Ye" jawab Adrien. Mereka masih di dalam perjalanan ke sana. Baru sahaja memasuki lebuh raya.

"Mommy tak marah ke aku pakai macam ni?" Soalnya.
Adrien angkat kening. Hmm?...
"Takpe.. Mummy ok je. Tak payah risau"
"Tapi... mommy and daddy tu kan... orang kuat agama macam kau... Aku ni, faham-faham jelah... Tak pelik ke jiran nampak aku dengan tak pakai tudung nya.."

"Kenapa? Bukan kau tak pakai baju" jawab Adrien selamba.

"Ish..... benci la macam ni!" Bentaknya keras.

"Hahaha.. Kau rilek la.. Jangan pedulikan apa orang kata.."

"Habis, kau tak marah pulak aku tak pakai tudung?" Sebenarnya Alisa memandang pelik Adrien. Kenapa adrien langsung tidak menegur dirinya?

"Buat apa nak marah kan? Membazir tenaga aje.. lagipun aku tahu, lambat-laun kau berubah jugak"

"Kalau aku tak berubah jugak?"

"Aku pasti kau akan!" Jawabnya dengan yakin.

Tiba tiba kereta diberhentikan secara mengejut. Hampir terlajak Alisa ke depan. "Asal kau stop??" "Dah sampai"

Not TrustedWhere stories live. Discover now