Part 18

13 2 0
                                    

"Lis," panggil Adrien. Alisa yang sedari tadi mengelamun memandang tingkap menoleh. "Dah berapa lama kita kahwin?" Soal Adrien.

Alisa tercengang. "Kenapa tiba tiba tanya ni?"
"Saja la aku nak tanya. Orang kata, orang perempuan ni dia ingat semua benda. Jadi aq nak uji la kekuatan minda kau" balas Adrien. Oh..

"Baru sebulan" jawab Alisa
"Jadi, betul la kan?"
"Apa yang betul?". Adrien duduk di atas katil di sebelah Alisa. Kemudian mengambil kotak hitam di tepi katil.
"Kau ni, suka letak barang barang kau tepi katil. Cuba letak atas meja." Tegur Alisa. Adrien cuma tersenyum.
"Nah" bungkusan kotak itu dihulurkan. "Apa ni?"
"Open it" arah Adrien.

Saat kotak dibuka Alisa tergamam. Hatinya terpaut sayu. Sepasang telekong berwarna putih dibalut kemas di dalam kotak itu. Dan di atas telekong itu ada senaskah al quran. Jantung Alisa berdegup kencang. Tiada kata kata yang keluar. Alisa memandang Adrien.

"Aku harap, kau akan berubah ke arah yang lebih baik. Aku akan terus doakan kau. Doakan aku jugak, supaya boleh mengubah kau. Aku akan terus bimbing kau, lis. Barulah kau boleh tarik aku masuk syurga sekali kan?" Ungkap Adrien.

Alisa terus memeluk tubuh Adrien. Bagaikan tak mahu lepas. Dengan suara yang bergetar Alisa mengucapkan terima kasih.
Pelukan yang tiba tiba hadir menetak jantung Adrien. Muncul perasaan kasih dan sayang antara mereka. Adrien sedikit terkejut tetapi masih terus berkata. "Sama sama, tapi kau kena janji kau akan berusaha untuk berubah jugak. Dan, kau pun kena tegur aku kalau aku salah, okey? Kita terus bimbing diri kita sama sama. Happy Anniversary, Sayang!"

Alisa angkat muka. "Sayang?" Pertama kali Adrien memanggilnya begitu. 'Eh, aku cakap sayang ke?' Adrien tidak mempamerkan sebarang reaksi. Alisa tersenyum. "Sayang kau jugak" ucapnya.

Pelukan dileraikan. Bungkusan itu kembali ditatap. "Aku nak berubah..Kau ajar aku baca boleh?" Adrien mengangguk. Terbit perasaan gembira yang tak terhingga di dalam hatinya.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..

Not TrustedWhere stories live. Discover now