Part 4

8 2 0
                                    

Sejak kejadian yang berlaku tempoh hari.. luke tidak lagi datang ke club seperti biasa. Lantas, membuatkan Alisa tertanya-tanya. Apa yang berlaku sebenarnya? Kemana luke menghilang? Siapa pula lelaki yang menggelarkan dirinya boyfriend dan hero alisa? Dan mengapa lelaki tersebut bertindak sedemikian?

Alisa duduk termenung di bar yang disediakan buat pengunjung kelab malam itu. Semua lamunan dan persoalannya terhenti tatkala seorang lelaki duduk disebelahnya.

"So.. How are you?" soal lelaki itu. Cermin mata hitam ditanggalkan. Alisa terpanar. Panjang umur...

"eh, apa kau buat kat sini?"

" saja lepak.. jumpa girlfriend I" jawab adrien kemudian mengenyitkan matanya kepada alisa.

Sekali lagi alisa terkejut dengan lelaki dihadapannya ini. "weh... kau gila ke.. aku gila?" dengan suara yang latang dan yakin dia bertanya. Adrien senyum segaris.

"okey.. Aku tahu. Kepala otak kau mesti tengah serabut kan? Meh aku explain" balas adrien kemudian meneguk air milik alisa. alisa tidak menunjukkan sebarang reaksi. Adrien juga, mereka tahu air itu belum disentuh. Jadi, tidak salah adrien mahu minum air itu.

"macam nilah, aku ada beberapa soalan untuk kau dan juga merupakan jawapan untuk persoalan kau" Adrien memandang tepat wajah gadis itu. Namun, alisa tidak menjawab.

"Apa hubungan kau dengan luke?" adrien mula menyoal.

"Apa kena mengena kau dengan luke?"

"jawablah dulu!" nada adrien yang tinggi itu menakutkan alisa. Haa.. tahu pun takut..

"kawan"jawab alisa sepatah

"Cuma kawan??.. kawan rapat?"

Alisa menggeleng "kawan kelab"

"so.. That's it. Jumpa lagi.. See ya!!" adrien menghabiskan air alisa itu dan meninggalkan not 10 untuknya. Adrien bingks berdiri, saat kaki melangkah lengannya ditarik.

"aku masih tak faham" alisa bertanya dengan suara yang lembut. Tidak sekasar tadi.

"kau akan faham satu hari nanti"

"wait.. please, just tell me your name" suara alisa masih lembut.

Adrien mengukir senyuman ikhlas. 'tahu jugak berlembut kau eh?'

"call me Adrien, your hero" genggaman tangan dilepaskan. Adrien melangkah pergi.

Alisa mengeluh... Dia Adrien. Benarkah lelaki itu bakal tunangannya? Dengan wajah dan nama yang seiras?

Not TrustedWhere stories live. Discover now